Saturday, February 26, 2011

(-_-)

Saya sangat sayang Rasulullah
Saya sangat sayang Rasulullah
Saya sangat sayang Rasulullah...

Jalan yang berliku mampukah ditempuhi
Jalan yang panjang mampukah sabar hati ini
Jalan yang sulit mampukah diredahi
Jalan yang sunyi sepi  mampukah hati ini teguh berdiri
Jalan yang suci layakkah aku melangkah tanpa mencemari

Ya Allah tetapkanlah aku terus 
ISTIQAMAH berjalan di JALAN INI

Saturday, February 19, 2011

KEMBALI

Alhamdulillah mungkin ini merupakan tulisan terbaru tahun ini, setelah berbulan-bulan menyepi membina sarang labah-labah, insyaAllah Allah masih memberi keteguhan iman untuk terus berdiri dan melangkah diatas jalan ini..

Pelbagai onak dan duri yang menusuk, pelbagai liku-liku perjalanan yang dihadapi, pelbagai banjaran dan gunung yang didaki, namun Allah masih mengizinkan diri kerdil ini untuk terus berjalan dan melangkah bersama..

Terkadang hati ini jauh didasar lautan, terkadang hati ini melambung-lambung ingin terbang bersama sang camar mengeilingi keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa..

Terkadang masih terlihat kelibat yang teguh berjuang, terkadang sudah jauh mereka melambai..

Tapi hati ini masih menginginkan ISLAM, hati ini masih merindukan IMAN, hati ini masih mendambakan CINTA ILAHI, hati ini sungguh mencintai JALAN RASULULLAH..

Berbulan-bulan memberi alasan kepada diri sendiri dengan kesibukan dunia, baru hari ini tersedar untuk apa semuanya..hanya kerana kesibukan sementara, bangunan yang dibina tergendala ditengah jalan..inilah yang membezakan aulawiyat kita..mana yang harus diutamakan dan yang harus dikesampingkan..

Tujuan utama kita diciptakan dan tujuan kita menyibukkan diri dengan dunia..matlamatnya tetap sama..kita diciptakan untuk beribadah dan menjadi khalifah..kita menyibukkan diri seharusnya bagi memenuhi tujuan utama tersebut..bermula dari bangun pagi sampailah kembali semula ke tempat tidur, semua nya dilakukan bagi memenuhi tujuan utama tersebut..bergerak kita bagi memenuhi tujuan utama tersebut..

Tetapi sering hati ini menyalah ertikan tujuan utama tersebut, apabila dibezakan kedua tujuan tersebut, kaburlah pandangan apabila melangkah..sempitlah jalan yang dibentangkan, terasa sungguh jauh dan berliku..

Wahai teman yang kucintai..
cintailah jalan ini sepenuh hatimu
sampaikanlah seruanNya setulus hatimu
jadikanlah kesulitan sebagai guru
jadikanlah kesenangan sebagai cermin
tsabatkan hati ini kerana Allah..

Monday, January 10, 2011

QIYAMULAIL

taken from: dakwah.info



Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya. Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”


Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur. Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.


Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan, menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini. Kesempatan bulan Ramadhan dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tida kurang juga qiam-qiam di malam hari. Walaupun, Ramadhan pergi, namun tidak menjadi alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail.



Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:

“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:

“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”



Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah!!

Tuesday, November 30, 2010

KITA BERKUMPUL KERANA APA?

Bermula sejak di zaman Rasulullah lagi, apabila umat Islam berkumpul dan bersatu mereka akan menjadi kuat. Tetapi kalau masing-masing hanya membawa diri masing-masing, umpama sebatang lidi yang rapuh, mudah dipatah-patahkan. Mudah juga dilempar sani-sini. Itulah kekuatan umat Islam. Kita akan menjadi kuat jika bersatu, tetapi mudah sekali rapuh jika hanya bersendirian.

Namun, seperti yang diajarkan Nabi, kita berkumpul bukan untuk berbual kosong, bukan sekadar bertanya khabar, bukan sekadar memenuhi masa-masa free, bukan juga sekadar memenuhi tuntutan kewajiban. Tetapi sungguh, jauh lebih besar dari itu semua. Kita berkumpul, selalu kita panggil liqa, usrah, halaqah..apa-apa pun, itu semua tujuannya untuk mengumpulkan kita. Tapi apakah hanya itu yang kita mahukan sedangkan jauh lebih besar dihadapan kita yang telah disusun untuk kita.

Bilal bin Rabah, sanggup menyelinap keluar ditengah malam dari jagaan tuannya, Umaiyah, untuk berkumpul bersama muslim yang lain. Apakah rahsia disebalik berkumpulnya Bilal sehinggakan, beliau menjadi ahli syurga yang suci hatinya, merdu suaranya melaungkan takbir mengajak kepada Islam, tinggi jihadnya terhadap Islam. Begitu juga Umar al Khatab ketika menyerang adiknya Fatimah al Khatab yang sedang berkumpul membacakan alQuran. Ada apa sebenarnya dengan usrah ni?

Ada yang menganggap usrah cukup sebagai suatu tuntutan kewajipan. "Sebab sy pernah terdengar kita kena join usrah, jd saya pn joinlah!".."sebab ustazah saya cakap, usrah tu wajib,,".."sebab sy rasa kalau saya xpergi usrah, saya rasa bersalah"..macam2 lagi jawapan yg menarik.

Tapi sebenarnya jauh dari itu. Terbentuknya para da'i yang mantap yang dihantar oleh Nabi ke Habsyah, Madinah dll sehingga berjaya menyebarkan risalah ini adalah kerana pembentukan yang dibentuk selama berada di dalam usrah. Mereka berjaya menjadi 'cream of the cream'..betapa hebatnya da'i yang dibentuk oleh Nabi sehingga mereka mahu menyebarkan risalah ini dan mahu memastikan seluruh umat didunia ini mendapatkan Islam. 

Itulah yang kita harapkan dari berkumpulnya kita. Bukan sekadar suka-suki jumpa member-member usrah, bukan sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, tetapi sungguh besar peranan da'i kita daam membentuk kita sepanjang usrah dijalankan. 

Bahkan melihat wajah sang murabbi pun cukup memberi jawapan kepada segala permasalahan. Segala beban dunia menjadi ringan melihat wajah murabbi kita. Itulah nikmatnya usrah kita. Kita berusrah untuk membentuk pemahaman kita terhadap Islam, untuk kembalikan kepada Islam, bersama membincangkan masalah umat Islam, bersama membincangkan sesuatu yang tak pernah kita bicarakan dengan orang lain di waktu-waktu biasa kita, di luar waktu usrah kita. Ilmu yang kita dapat dari pelbagai sumber, kita cuba uraikan agar dapat membentuk diri dan orang lain supaya menjadi seorang muslim yang beriman dan bertaQwa. 

Pentingnya peranan murabbi kita dalam membentuk diri kita ketika dalam usrah. Jadi, bukanlah murabbi kita saja-saja nak menyusahkan kita dengan usrah, atau saja-saja nak bagi homework atau denda. Tapi semua tu adalah untuk membentuk diri kita menjadi individu Muslim yang sebenar-benar muslim. Selangkah kita  membuka hati kita untuk memperbaiki diri kita, Allah akan mempermudahkan langkah yang seterusnya.

Jadi, bukalah hati kita, agar murabbi kita dapat membantu kita. Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang pada diri mereka (13:11)


Pernah seorang murabbi berkongsi, katanya, usrah is like rice, not just a cheese cake, sedap dan enak, tetapi jarang sekali kita perlukannya, tetapi nasi sudah menjadi makanan ruji kita, sehari tidak makan nasi rasanya x feel. Ada yang kekurangan tanpanya. Itulah usrah. 

Tapi rasanya lebih dari itu, kalau kita umpamakan usrah ni seperti oksigen, macamana?? ^_^

Sunday, November 21, 2010

-ABSTRAK-

"fikiran kau abstrak lah!"
Kata-kata seorang teman memang sentiasa berlegar-legar. kalau difikir-fikirkan, dulu tak pernah pulak orang cakap macam tu. siap ada yang kata diri ni dinding lah, batu lah, dll..
hmm..fikir fikir fikir dan fikir, betulke?
Wallahua'lam..

Kalam Allah begitu indah, bahasanya betul-betul menyentuh hati..kalau tidak, macamanalah berjaya menarik hati penduduk Mekah yang pada Zaman Rasulullah, asyik berpuisi..inilah mukjizat Rasulullah, alQuran yang indah bahasanya, diturunkan dikalangan penduduk bumi yang pada ketika itu sibuk berpuisi. barulah kena gayanya..

Setiap hari selepas solat, kita sibuk membuka alQuran, baca..dan tadabur. semakin tadabur, semakin asyik kita teruskan..helaian demi helaian kita habiskan..seolah-olah ayat itu berbicara kepada kita..

Batu yang kukuh pasti berlekuk jika tetesan air terus jatuh menimpanya. begitulah hati kita terbentuk. hati yang keras, lama-lama akan menjadi lembut, tetapi hanya dengan ayat-ayat alQuran. kerana hati kita, dan diri kita diciptakan oleh Dia yang menurunkan alQuran, dan ianya adalah untuk kita. sebagai panduan hidup kita. kita beli kipas angin, pasti diselitkan buku panduan dari factory tersebut. samalah macam kita. alQuran diturunkan agar kita tak lost dalam memandu diri ini.

Mungkin inilah acuan Allah. jika Saidina Umar yang keras hatinya, pedangnya tak pernah kenyang dengan darah, tetapi ketika beliau memeluk Islam, lidah dan hatinya hanyalah untuk kebenaran, kaum Quraisy gerun dengannya, malahan syaitan-syaitan juga takut melihat kelibatnya. itulah acuan Allah

Kalau diri kita dulunya tidak seperti sekarang, malah lebih baik dari dulu, itulah acuan Allah. hidup ini diisi dengan ujian. tapi tak pernah ujian tersebut menggagalkan kita, malah kita semakin bangun dan bangun dan sedar dengan kesilapan yang dulu.

jadi kalau ada yang kata kita abstrak, apa jawapan dia..? ^_^