Showing posts with label sendiri. Show all posts
Showing posts with label sendiri. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

(-_-)

Saya sangat sayang Rasulullah
Saya sangat sayang Rasulullah
Saya sangat sayang Rasulullah...

Jalan yang berliku mampukah ditempuhi
Jalan yang panjang mampukah sabar hati ini
Jalan yang sulit mampukah diredahi
Jalan yang sunyi sepi  mampukah hati ini teguh berdiri
Jalan yang suci layakkah aku melangkah tanpa mencemari

Ya Allah tetapkanlah aku terus 
ISTIQAMAH berjalan di JALAN INI

Wednesday, January 6, 2010

~JALAN INI~


Jalan ini..

Inilah jalan ku

Jalan yang dicari-cari


Walau gelap hati ini waktu dulu

Namun aku yakin itulah ia..


Walau sesak aku rasakan, berat..terlalu berat

Aku yakin cahaya tersebut mampu meringankannya


Walau merangkak aku menerkapnya

Namun aku tetap yakin itulah ubatku


Walau sekecil mana cahaya yang kau pancarkan

Aku sangat memerlukannya


Walau berhadapan ribuan kata-kata

Aku tetap mahu menelannya


Walau pahit rasanya pandangan pertama

Aku mahu rasakan juga manis



Maniskah cahaya itu?


Cukupkah sekecil itu?

Usahaku untuk meluaskannya

Aku mahu itu..


Inilah jalanku..[12:108]

Seperti termaktub dalam kitabMu

Juga kitab ku..ditanganku..


Agar tiada lagi hujahku kelak..

Hujah dihadapanMu..[6:156]

Hujah dihadapan mereka..[6:19]


Inikah janji aku dulu?

Janji dalam rahim ibuku dulu?


Jika ya, aku mahu memikulnya..

Kerana inilah tujuanMu

tujuanMu untukku..


Wednesday, December 23, 2009

SOLAT YANG MACAM NI

aku mahu solat yang macam ni..

seolah2 Ka'bah dihadapanku,

..syurga dikananku,

..neraka dikiriku,

..malaikat maut di atas kepalaku,

..titian sirat dibawah kaki ku..







sebab selama ni solatku..

seperti pasar,

..riuh dgn bicara..
















seperti meeting,

..kecoh melontarkan idea..














seperti bank,

..penuh dengan kira-kira..











seperti radio,

..berputar-putar lagu itu dan ini..


















seperti nota kuliah,

..jenuh dengan hafalan tadi..












seperti filem,

..banyak betul action-action menarik hati..











sebab aku tahu..

kalau aku jaga solatku,
Allah akan menjaga Aku..














walau dimana sekalipun..















keadaan apa sekalipun..














baik tika aku muda sekarang..
















atau sudah tua nanti..
















solat untukku tetap wajib..













..benarlah begini











dapat membersihkan hatiku..


agar hatiku kembali jernih..

seperti jernihnya air di telaga kautsarMu..

seperti bersihnya air yang mutlak yang Kau ciptakan..

suci lagi menyucikan..

agar harum..

mengharumkan hati hambaNya..

seperti harumnya Raudhah..



~amiin~

Friday, September 11, 2009

MENGGELAR DA'I


ketika diri menjejakkan kaki..
tidak menyangka siapa diri ini
terlalu hina dan kerdil

menerima halwa penyejuk hati
merubah hati menjadi lunak
merubah hati menjadi putih
seperti lunak dan putihnya kapas
namun terkadang rapuh dicerai-cerai

adakah hati menuju ke dai?
tiada siapa mengarah
melainkan kehendakNya
Dia mengatur langkah ku
membuatku terkesima ditengah jalan
apakah layak diriku
menggelar sandaran dai..?

namun hari demi hari ku lewati
dengan tawakal sepenuhnya dalam hati
sekali rasa seperti berjaya
sekali terasa jauh kebelakang
serasa ramai telah ku genggam
sedari ramai yang masih terlepas

Ya Allah
inikah jalanMu?

maafkan aku yang keterlaluan
maafkan kakiku tidak berjalan menemui mereka
maafkan tanganku yang tidak menulis kebenaranmu
maafkan lidahku tidak meluruskan perkataan
maafkan telingaku tidak mendengar keluhan mereka
maafkan mataku ketinggalan melihat mereka
maafkan bibirku tidak mengatur senyuman kepada mereka
terutamanya maafkan hatiku
yang terkadang bersih rasanya
namun terkadang jatuh tercelup lumpur

Ya Allah
inikah da'i?

Wednesday, August 26, 2009

today..for tomorrow..~

16 august;

Today i got a new patient. My second patient. She is in a somnolent state. We suspected she has an encephalitis. Since dia datang ke RS, almost every 30minutes dia akan kejang. And, her husband x pernah jemu n x lepas ada disebelah dia. Her mom especially, walaupun anaknya dah berkahwin, tetap menjaga dia, kompres, bisik2..sama macam menjaga anak kecil yang sedang sakit. Adiknya bergilir2 dgn maknya menjaga kakaknya.

Walaupun mereka, dilihat pada penampilannya, orang susah, tetapi relationship between them very close, kuat, harmonis, saling caring between each others..selalu yang kita lihat, kalau dah kawin, adik2 n family yang lain akan kata “malas la nak jenguk, suami dia kan ada..”

My first patient, since my first day i came to this neurology department, Pak Poniman, 65 yo. We diagnosed him wit ischemic stroke..

Menariknya, pak poniman ni xjemu n x mengalah melakukan fisioterapi. Pertama kali dia datang pertama kali, menurut teman sy, dia seperti orang yang koma, x sedarkan diri, lemah tangan kiri n kaki kiri macam lumpuh.

Tapi selepas 2 minggu di RS, perubahan yang ketara! Dia dapat angkat tangan dia kembali..and happynye die, everytime i came to check him, disuruh angkat tangan, mesti dia happy n tersengih dengan gigi yg xde..huuu co cute! Tapi skrg dia minta pulang, cz rumah die jauh kat acheh.. “huuu bye pak..semoga bapak cepat sembuh ya!!”


22 august;

Pagi2 spt biasa dtg ke RS seawal jam 730 pagi. Tiba2 terpaku mata melihat di board, Pak Ponidi dah exit! Sejak sy bertugas jaga di RS, bapak ni xpernah sedar. Dia apatis, n kelihatan agak tenat. Tapi wife dia stay jaga dia sejak hari pertama dia dimasukkan ke RS n skrg dah 2 bulan lebih wife dia setia menjaga bapak tersebut..bayangkan! n she is the only one yang akan tukar cadar katil suaminya di hospital.sering juga sy melihat dia menyalin cadar suaminya. Tidak seperti pasien yg lain. And everytime visite time, dia akan sapukan bedak pada seluruh badan suaminya, supaya sentiasa wangi. N doctor pon x la complain sgt dah..tp sedihnya kami pada pagi itu bila dapat tahu dia exit. Semoga Allah menempatkan dia ditempat yg mulia.

Kadang2 ajal datang dengan perancangan yg penuh teliti,
tapi terkadang kita x dapat menduga
ajal dapat datang secara tiba2
Mungkin ketika kita sakit,
kita merasa hidup sudah tidak lama,
tetapi terkadang yang sihat
dibawa pergi mengadap terlebih dahulu.
Alangkah sedih jika persiapan
masih belum disediakan dari sekarang,
jangan menyesal jika sakaratul maut
sudah didepan mata


Melihat kesetiaan isteri Pak Ponidi tersebut, membuat sy kagum. Betapa besar pengorbanannya menjaga suaminya.

Adakah masih ada lagi isteri yang begitu taat? Adakah lagi suami yg sedar akan pengorbanan isteri mereka? Menjaga suami yg sakit, belum terhitung lagi anak2 yg perlu diuruskan bersama..hal2 rumah, keluarga, sekolah, kerja, wang..semua perlu diuruskan serentak

Namun adakah sang suami terfikir, apakah isteri mereka dapat menjaga mereka ketika mereka sakit jika masa sihat mereka tidak pernah dipedulikan hati dan perasaan mereka. Di caci, di halang, di batas, di putuskan hubungan dengan keluarganya dan macam2 lagi yg sering kita dgr..

“Adakah sang isteri tersebut dapat lagi menjadi isteri yang solehah..ibu yang mithali??

Jika suaminya sendiri tidak mampu menjadi imam buat dirinya dan anak2nya..”

Saturday, August 15, 2009

assalamualaikum


assalamualaikum blog ku yang usang lagi berabuk
dah lame sgt tinggalkan blog ni..

anyway, skrg terlalu sibuk utk update blog ni..insyaAllah..selepa sebulan, maybe evrything may come back to normal..hopefully macam tu lah..

hari ni nak berkongsi dgn anda semua..hari ni genap 100 hari maktok meninggalkan kami sekeluarga..

and yes!..dia banyak mengajar sy ttg kehidupan..dan perasaan sedih masih menyelubungi diri ini, cz tiada lagi suara atau nasihat2 maktok, semangat2 yg selalu dia berikan..and especially, dia sgt mengharap ada cucunya yg dapat menjadi doktor, dan kerana itulah sy jadikan alasan mengambil bidang ini pada mulanya..

namun, hajat untuk mengubatinya x kesampaian..dia pergi dulu..innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

dia sering mengingatkan cucu2nya supaya rajin beribadah, selawat, zikir..and macam2 lagi..resepi air yasin, gula yasin, coklat uasin, semua ada dia tinggalkan pada cucu2nya..

tak pernah jemu dia melakukan zikir2 pada makanan tersebut, alasannya supaya cucu2nya cerdik..ya Allah, sy yg sihat mahu cuba pon x berkesempatan..tapi dia x pernah jemu..

sebelum dia meninggal, semua peralatan ibadahnya di agih2kan pada cucu2nya..sejadah, tasbih, yasin, ma'thurat, dll...semua diagihkan!..dia takut anak2 n cucu2nya bz n xde masa mendoakan dia kelak, maka dia bangun malam, solat sunat, puasa..x pernah tinggal..alhamdulillah maktok selamat dikebumikan



semoga rohnya ditempati bersama org2 yang soleh..amin..

Thursday, July 2, 2009

kembali dari kelesuan

Salam wbt..

Lama betul diri ini menyepi dari berdakwah..pelbagai alasan diberikan pada diri ini..kononnya 3 mggu bercuti utk exam, 2 mggu kerana bercuti di tanah air, 2 mggu bercuti kerana merasa tiada semangat..subhanallah.. saya yakin inilah juga yang bakal terjadi kepada diri anda apabila mula meletakkan diri dalam zone yang selesa..selesa dengan diri yang tidak perlu bersusah payah utk menyeru mereka kepada agama..lihatlah apa yang akan terjadi sekiranya semua orang mempunyai perasaan seperti itu..(ku mohon jangan diulangi kesilapan diri ini..amin~)



TEGURAN ALLAH SWT

Serasa saya, mungkin diri ini akan lama terus hanyut jika tidak dikejutkan dengan peristiwa2 yang datangnya dari Allah sendiri untuk menyedarkan diri hamba2Nya terutama diri yang kerdil ini (astaghfirullah alAdzhim). Baru2 ini saya dikejutkan dengan berita2 dari teman2 lama. Mungkin ini hanya segelintir teman yang hanyut didepan mata, tetapi bagaimana muslim2 lain?!

Hati ini sangat menyesal kerana berperilaku seperti itu. Teringat saya dengan kata2 sahabat saya;
"sedetik kita tidak berusaha kearah membentuk khilafah islamiyah, kita akan berdosa"..
kata2nya ditujukan ketika saya mengadu kepadanya akan kelesuan yang melanda diri. Akhirnya tersedarlah juga, bahawa bukan hanya sedetikyang telah ku tinggalkan, malah beribu2 detik. Perasaan itu tidak terhenti disitu, ketika menerima khabar dari teman lama, bahawa begitu ramai teman2 sekolahku yang kian hanyut denganenaknya dunia barat, begitu enak dengan hiburan, begitu enak dengan diri seolah2 tiada yang memerhatikan, begitu enak melayani nafsu yang membuku di hati sehingga lupa dirinya milik siapa.


Subhanallah, begitu sekali Kau mahu menyedarkan aku akibat perbuatanku yang lesu kelmarin..aku begitu terkedu mendengarkan khabar tersebut, dahulunya dirinya merupakan muslimah yang sentiasa menasihati teman2, menegur, serta mendengar keluh kesah teman2nya. Saya yang dulunya merupakan teman akrabnya juga pernah mendapat teguran darinya, tapi yang terjadi sekarang sudah jauh dari sepatutnya. Mungkin inilah akibatnya jika seorang pejuang merasa lesu, apakah yang terjadi kepada pengikutnya yang berjuta?..mungkin pejuang tersebut hanya memikirkan dirinya sendiri, tetapi kesannya terlihat pada pengikutnya serta jajahannya. Melihat bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjaga dirinya serta para pengikutnyadengan solat malam sehingga menawan Constantinople. Bagaimana Salahuddin Al-Ayubi yang menakluki Jurusalem kerana dirinya yang begitu istiqamah mengajak askarnya agar istiqamah mengingati Allah setiap masa berjuang. Terutama sekali Baginda Rasulullah SAW yang menyeru umatnya menegakkan agama islam dengan istiqamah bertahajud disetiap malam sehingga mendapat kembali Mekah!! Semua bermula dengan individu. Individu yang lemah, kesannya bukan sedikit. Lihatlah apakah yang akan terjadi jika pejuang2 tersebut lesu, sudah pastinya Islam tidak dapat ditegakkan!!!

Inilah yang saya dapat akibat dari kelesuan saya sendiri. Terima kasih kepada teman2 seperjuangan yang tidak jemu memberikan input agar diri ini kembali terbina. Benarlah jika hidup tanpa jemaah, diri akan pasti hanyut. Tanpa teman untuk menegur dan menasihati, bayangkan..Cuba luaskan pandangan keserata dunia melihat nasib2 umat islam. Mungkin kita memikirkan lesu kita, tetapi lesu mereka? tidak pernah kita hiraukan. Medan dakwah juga semakin luas, tidak hanya sekadar usrah tetapi penulisan, email, video2, presentation2.. semuanya dapat digunakan dalam berdakwah. Tinggal hanya diri itu untuk bergerak melakukannya.

BERSEDERHANA


"Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat!" itulah yang dipesan oleh ibu ketika diri melangkah ke tanah orang. Walaupun hanya 1 ayat, tetapi cukup untuk membuat hati sentiasa istiqamah. Itu juga yang dianjurkan oleh agama agar bersederhana. Bukan dakwah sederhana yang tidak mantap menyebabkan kebosanan, tetapi dakwah yang mantap walaupun hanya sedetik tetapi istiqamah bergerak menuju khilafah islamiyah!

Tuesday, June 23, 2009

JAWAPAN

mungkin sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini..sibuk? tak..saya baru lepas pulang bercuti di tanah air..nak pegang komputer pon takut2 tersangkut lama. memang pon. kurang dari 2 minggu sahaja saya dapat pulang ke rumah
dan penantian yang ditunggu2, alhamdulillah. Allah memberikan jawapanNya. mungkin akan saya ceritakan lebih lanjut pada posting selanjutnya, kerana ada banyak yang saya pelajari dari penantian tersebut. Allah yang Maha Penyayang tidak pernah menyusahkan atau membebani hambaNya. hanya sahaja Dia memberi waktu kepada kita untuk belajar..insyaAllah

Thursday, June 11, 2009

PENANTIAN



Assalamualaikum wbt


Subhanallah..lama betul x berblogging..mulanya ada exam..terpaksa struggle for the last strike..chaiyok..u can do it!!..(insyaAllah..berilah aku kemenangan itu ya Allah..amin)


Selepas bersengkang mata memerah akal n fikiran..family datang dari tanah air..berjalan merantau Indonesia melihat ciptaan Sang Pencipta..tidak disangka..kesan keindahan alam yang memikat berjaya mengatasi withdrawal symptoms ku terhadap kopi yang lama kutinggalkan..betapa hebat ciptaan Tuhan..mengatasi ciptaan ubat manusia..hanya melihat kebesaran dan mencium wanginya keindahan tersebut terubat segala keresahan dan kebimbangan..damainyee..


Sekarang merupakan suatu penantian..menanti keputusan..berada di rumah membuat membuat aku sedikit lalai terhadap diri sendiri..(taw2 je laa..=p)


Ya Allah,

jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur..

jadikanlah kami hambaMu yang taat kepada seruanMu..

jadikanlah kami hamba yang yakin akan janjiMu..

tsabatkanlah hati kami atas landasan dakwah ini..

kuatkanlah hati kami menempuhi liku2 ini..

berilah kesabaran kepada kami Ya Allah

agar kami tidak goyah

agar kami tidak lesu

agar kami tidak jemu

menyeru dan meyeru..

kerana itu tujuanMu..

Ya Allah..







Monday, May 11, 2009

Understanding and Application of Islamic Values in Medical Practice, Ethics, Hospital Administration



Alhamdulillah baru-baru ini saya dapat mengikuti seminar dan workshop di Padang, Indonesia bertemakan understanding and application of Islamic values in medical practice, ethics, hospital administration. Diantara yang ditekankan adalah The Lost Jewels, Maqasid Syariah dan Qawaid Syariah yang disampaikan oleh Prof Omar Hasan Kasule dari Brunei serta Dr Ali Misha dari Jordon, Dr Ishak dari Malaysia serta beberapa lagi pakar-pakar dari Malaysia dan Indonesia. Masa yang agak lama diperkirakan untuk posting ini kerana mahu memahamidengan jelas dahulu berkenaan MS ini, takut-takut tidak sampai maksudnya pulak.


Saya seorang doktor muslim!


Pertama sekali sebelum itu, apa perbezaan antara kita(bakal..) dengan doktor yang non muslim? Baju sama, working hour sama, naik kereta sama(hihi..). Jadi apa bezanye? Ok. Jika dilihat dari sudut pengendalian serta perlaksanaan antara kita dan mereka (doktor non muslim) memang tiada beza, seharusnya! Baiklah, kita ambil contoh, apakah yang membezakan perjalanan dan perlaksanaan haji di Mekah sebelum dan selepas kedatangan islam?? Apakah tawafnya berbeza? Apakah sa’inya yang berbeza? Tiada yang berbeza bukan, dari sudut perlaksanaannya, baik tawaf, sa’i, dll (maaf saya kurang ingat susun atur melaksanakan haji, lemahnya ingatanku =p). Jadi, yang membezakannya apa?? Jika dipandang dengan mata kasar, tiada beza sama sekali!! Semua sama kan! Even orang Quraish tetap menyebut Allahu Akbar. Tetapi bagi seorang muslim yang faham, melihat dengan mata hati, yang jelas membezakan antara kita dan mereka adalah nilai-nilai islam. Kita sekarang ini melaksanakan haji dengan penuh ketauhidan! Keyakinan kita yang paling tinggi kepada Allah Yang Maha Esa. Pengharapan mengabdikan diri dengan penuh sifat kehambaan. Itulah perbezaannya. Cukup simple dan sederhana mungkin, tetapi penting sekali sebagai individu muslim. Malah non muslim lebih mengaplikasikan Islamic values ini sepanjang kehidupan mereka berbanding muslim yang sedia dilahirkan dengan nilai-nilai tersebut malah mereka turut mengkaji dan mengembangkannya. (Malu x?..) Mereka punch card lebih awal, keluar office lebih lambat, concentrate dalam kerja, jujur dengan majikan n rakan sekerja, dll. Tapi kita, kalau boleh nak lari awal jer. Buat kerja pun macam terpaksa.

Apakah Islamic values tu?


Islamic values ataupun nilai-nilai islam dalam diri individu muslim terdiri dari:


General values:
1) Correct aqidat
2) I’tidaal/equilibrium
3) Quality in work performance

4) Self motivation


Ethical values:
1) Respect for patient autonomy
2) Disclosure and truthfulness
3) Respect for patient privacy and confidentiality

4) Respect for fidelity


Tidak sulit bukan? Mudah sekali nilai-nilai didalam islam. Namun mengapa sulit sekali bagi individu muslim untuk melaksanakannya? Ini dapat kita lihat ketika patient memilih-milih samada mahu perkhidmatan dari doktor muslim atau non muslim. Mereka lebih suka dengan non muslim kerana lebih ramah, lebih mendekati patient, tak cekik darah, dll. Inilah permasalahannya. Nilai-nilai islam ini telah hilang dari diri kita. Kita dilahirkan dengan fitrah yang begitu sempurna. Nilai-nilai islam inilah merupakan pembeza antara kita dan mereka! Pembeza aku dan engkau! Ayuhlah tanamkan semula nilai-nilai tersebut! Kita telah diangkat sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) wajib melaksanakan yang terbaik serta harus sentiasa cuba untuk meningkatkan diri. kita masing-masing punya Furqan yang bermaksud pembeza. Pembeza siapakah kita. Mengaplikasikan alQuran di sepanjang hidupnya. Seperti kata Prof Omar Hasan Kasule; umat islam sekarang hanya baca Quran ketika ada mayat. Kalau tak ada mayat, mereka lupa kepada Quran. Lucu tetapi mendalam maksudnya.


Aplikasikan Maqasid Syariah


MS merupakan law atau hukum yang telah dipersiapkan bagi kita seorang doktor mengaplikasikannya ketika bertemu patient. Mungkin ramai yang masih belum pernah mendengarnya. Saya juga masih baru mendengarnya tetapi inilah yang harus diterapkan ketika masih mahasiswa (hmm?..student!). Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Xpe, insyaAllah saya percaya masih belum terlambat untuk semua itu. Apakah elemen-elemen di dalam MS? Terdiri dari:


1) Hifdh deen- memelihara deen
2) Hifdh nafs- memelihara jiwa
3) Hifdh nasl- memelihara keturunan
4) Hifdh aql- memelihara akal

5) Hifdh mal- memelihara harta


Ok, pertama sekali deen. Kita wajib memelihara deen kita bukan. Sepertimana Sumaiyah dan Bilal memelihara deen mereka walau badan serta jiwa begitu diancam. Begitu jugalah kita ketika cuba membantu, merawat, menyelamatkan nyawa manusia ketika di ambang kematian. Adakah selepas kita puas diagnose penyakit mereka, kita minta mereka jumpa dukun sebagai ikhtiar terakhir? Atau ambil beberapa potongan-potongan ayat Quran kemudian dililitkan ke lengan mereka atau mana-mana bahagian yang lain. Inilah yang masih terjadi sebenarnya. Paling mudah kita wajib mengingatkan mereka supaya kembali meletakkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa menyembuhkan segala sesuatu. Meminta hanya pada Dia. Begitu juga pada diri doktor itu sendiri. Janganlah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak agama.


Kemudian jiwa. InsyaAllah mudah difahami kerana memang menjadi tugas kita bagi menyelamatkan jiwa manusia sehabis daya kita. Kerana itulah kita berada di bidang ini bukan? Namun janganlah sampai dunia dan harta mengelabui niat murni tersebut.

Memelihara keturunan. Kita tahu melalui keturunan akan menghasilkan generasi-generasi masa depan yang dapat memimpin dunia ini. Kerana itulah kita disuruh berkahwin, bagi menghasilkan keturunan muslim yang dapat memimpin. Keturunan inilah yang kita harus pelihara. Janganlah melakukan kontrasepsi tanpa menilai hujung pangkal tujuan mereka melakukannya. Namun sekarang telah ada kontrasepsi yang bersifat reversible, sehingga hukumnya sudah tidak lagi haram.


Memelihara akal pula. Contoh yang paling mudah adalah penggunaan narkoba atau dadah selama perawatan. Ini memungkinkan timbul masalah bagi kesihatan akal mereka. Dan yang terakhir adalah memelihara mal atau harta. Ok, mungkin kita terlalu hendak menegakkan diagnose suatu penyakit sehingga patient tersebut tergadai rumahnya. Sehingga terjadinya pembaziran-pembaziran yang lain. Sedangkan ada cara yang lain untuk menegakkannya. Lainlah kalau mereka mampu. Namun begitu tetap terjadi pembaziran bukan?
Mungkin ini sedikit yang dapat saya berkongsi. insyaAllah saya akan cuba meluangkan masa berkongsi pengalaman. ilmu jika tidak disampaikan, akan berkarat menjadi sia-sia kan? Tetapi kalau diberi dan dikongsi bersama akan berkilau memancar menyusup ke dalam hati-hati yang mendengarnya. InsyaAllah.


Friday, May 1, 2009

SIAPAKAH LEBIH LAYAK, KAU ATAU DIA??


Diriku bukan milikmu. Tetapi aku adalah milik Dia. Hatiku juga bukan milikmu tetapi adalah milik Dia. Adakah kau akan tetap memaksaku untuk tetap menjadi milikmu sedangkan aku sentiasa mengharapkan Dia sentiasa memilikiku? Ketahuilah, aku diciptakan bukan untuk menjadi khalifahmu tetapi sebagai khalifah Dia. Adakah layak dirimu berbanding diriNya?? Mungkin kau fikir selama ini aku tidak akan bahagia selagi aku tidak membuat kau bahagia. Mungkin selama ini kau fikir aku tidak adil terhadap dirimu. Tetapi adakah kau lupa siapa yang memberikan kebahagiaan itu? Adakah kau lupa juga bahawa dirimu sebenarnya milik siapa? Kau dan aku sama. Kita dicipta dari tanah yang sama. Tanah hitam yang berbau busuk, mungkin kau terlupa. Kita dicipta untuk tujuan yang sama. Tidak layak dirimu untuk menandingiNya. Tidak layak dirimu mengatakan kau lebih berkuasa terhadap diriku, jika kau tidak pernah bersamaku untuk bersamaNya. Apatah lagi untuk menghalangiku dari mendekatiNya. Walau aku diciptakan lemah dari dirimu, tetapi adakah kau lupa siapakah yang memberikan kekuatan itu? Mungkin kau lupa bahawa Dia sangat dekat dengan diriku. Malah lebih dekat dari urat leherku. Janganlah kau cuba merampas tempatNya dihatiku. Janganlah kau berani menggantikan Dia dengan dirimu. Janganlah kau lupa tujuan dirimu diciptakan. Dirimu diciptakan untuk beribadah kepadaNya. Dirimu diciptakan untuk menjadi penolongNya. Adakah kau lupa terhadap janjimu dengan Dia suatu ketika dulu? Janganlah kau lalai dengan diriku. Janganlah kau lalai dengan kehidupanmu. Janganlah kau lalai dengan dunia yang fana. Ingatlah dunia yang kekal sedang menanti disana. Sekiranya kau tetap ingin bersamaku marilah bersamaku disini agar disana kita kekal bersama. Sekiranya kau cuba meraguiku mengenaiNya, aku tidak akan pernah meraguiNya dan aku tidak akan pernah teragak-agak untuk memilihNya, untuk bersama denganNya.


Wednesday, April 22, 2009

YA MUHAIMIN


YA ALLAH..

JADIKANLAH AKU HAMBA YANG TAAT KEPADAMU

PELIHARALAH AKU DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKU

AKU YANG LEMAH..

MEMOHON DARI MU YANG MAHA KUAT DAN YANG MAHA PEMELIHARA

YA AZIZ!!..YA MUHAIMIN!!

YA JABBAR..

YANG MAHA MEMAKSA HAMBANYA..

HANYA KAU YANG MAMPU MEMAKSA DIRIKU..

MENUNDUKKAN AKU AGAR TAAT SETIA KEPADAMU

WALAU KAU MEMAKSA

MAUPUN KAU MEMBIARKAN AKU..

SAMA ADA KEMUDAHAN MAUPUN KEPAYAHAN YANG KAU KIRIMKAN..

AKU REDHA DENGAN PAKSAANMU

AGAR AKU TERDIDIK TIDAK LALAI SERTA CUAI

DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMAMU YANG QUDDUS INI..

AGAR IANYA SENTIASA MENJADI PERINGATAN

BUAT DIRIKU SERTA SAHABAT.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, April 19, 2009

IMAN YANG LEMAH!!

‘Tidak berani’ lahir dari iman yang lemah..benarkah? atau adakah berani itu merupakan potensi diri yang dapat diwarisi? Ataukah berani itu dapat disifatkan sebagai ikut-ikutan, bila kawan kita berani, kita pun ikut sama berani, malah ada yang lebih hebat..adakah begitu?? Ataukah kita hanya perlu tunduk tanpa menegakkan kebenaran?? Atau menunggu super hero untuk menegakkan ia untuk kita?

Adakah begitu wahai HATI??
Iman yang dikatakan lemah, hanya dirasa ketika hati mulai tidak tenang atau tidak tenteram dengan perkara-perkara yang telah dilakukan, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduknya. Ada yang dirasa menentang dan ada juga yang dirasa menyokong. Ditambah pula dengan akal yang sentiasa berputar-putar mencari fakta serta bukti akan tindakannya. Namun nafsu yang cuba membenarkan keadaan sering melekakan, membuai enak hati dengan alasan-alasan yang tiada nas sama sekali. Malah memang telah dipegang kuat dari dulu akan ketidakbenarannya.
Iman yang lemah berjaya dibuai enak oleh nafsu sehingga berjaya mengatasi segalanya, membuat bibir menjadi kelu. Kelu untuk bersuara. Kelu untuk menegakkan kebenaran. Kelu untuk berani dan bertegas. Sehingga pendirian yang teguh mungkin malah luntur atau hancur akibatnya. Fitrah yang murni kini dilawan akibat iman yang lemah.
Apakah iman yang sering harus disalahkan???
Iman. Iman. Iman. Habis tu macamana nak tahu iman ni kuat ke lemah?
Sebenarnya bagaimana kita mahu memupuk iman sehingga ianya menjadi sebati dalam diri kita itulah yang harus dipersoalkan. Sehingga ianya benar-benar berfungsi selama kehidupan kita. Berfungsi melindungi kita. Berfungsi menggerakkan akal kepada kebenaran yang haq sehingga mampu juga untuk menggerakkan hati membezakan yang benar dan batil. Sehingga kebenaran dapat terserlah didepan mata. Sehingga hati berani menggerakkan bibir bagi menyatakan kebenaran.
Pengajaran terutamanya ditujukan kepada diri sendiri sebelum menuding jari merata. Mengapakah diri menjadi lemah seperti itu? Tidak berani menyatakan yang benar. Sanggup membiarkan jasad dipersalahkan.
Fikirlah wahai HATI!!


Tuesday, March 31, 2009

SAMPAI BILA??

************************************************************************************

~sampai bila kami kena tunggu?

~sampai bila kami kena diam?

~sampai bila kami kena lihat je?

~bila masa kami kena cakap?

~eyy ish malulah!

~nanti ape diorg cakap ape pulak!

~pandai2 je nak tegur orang, tgk la diri sendiri dulu!

(dan macam2 lagi bila..bila..dan bila..)

Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran, setiap kali sesuatu yang tidak enak terlihat berlaku didepan mata..sampai bila harus bertindak dan sampai bila pula mahu ditunggu mengumpul kekuatan untuk saling mengingatkan?

Tidak kurang juga saya sendiri pernah melalui perkara-perkara seperti itu..apabila terimbas kembali zaman ketika saya dicampakkan untuk bersama-sama teman ketika dibangku sekolah mahupun di matrikulasi..indahnya ketika itu tiada siapa yang menyangkal pelbagai perkara hendak dicuba bersama..mula dari melepak, menonton wayang, dan banyak lagi hal-hal yang rasanya tidak perlulah dituliskan disini..memang tidak dinafikan zaman sekolah merupakan zaman 'honeymoon'..walaupun padat dengan PMR dan juga SPM..masih mempunyai masa untuk semua itu..ketika bersama-sama teman, kami cenderung mempunyai group-group sendiri.. disitu bermulalah kembara mencuba pelbagai benda-benda baru dan mulalah mendekati perkara-perkara yang dilarang..memang ramai teman-teman yang kecundang..dan saya juga hampir-hampir bersama mereka yang kecundang tetapi mujur ada yang sempat menyelamatkan (alhamdulillah!)..

Apabila difikirkan kembali, sehingga sekarang saya tidak berupaya menyelamatkan teman-teman yang kecundang, sehingga apabila ditanya-tanya bagaimanakah keadaan mereka, memang sudah jauh dari jalan yang lurus..(naudzubillah!) dan disitulah sentiasa terfikir-fikir, kenapa saya boleh selamat? bagaimana saya terlepas? dan tentunya kerana ada si penyelamat tadi yang menyelamatkan saya(dan tentunya semua itu tidak akan terjadi kalau bukan dengan kehendak Allah)..dan siapakah penyelamat tadi?..itulah seorang sahabat yang berani menegur saya..walaupun saya berada dalam group tadi, tetapi saya tidak mampu memainkan peranan untuk menegur mereka, sehingga mereka lalai..semua adalah gara-gara malu(konon)!..dan itulah yang terjadi jika kita tidak mampu menegur..dimanakah peranan kita yang mengaku teman?

Disinilah wujudnya peranan usrah/ halaqah..dimana kita dapat berkumpul bersama membincangkan mengenai islam..dan dimanakah lagi tempat yang boleh kita berkumpul dan bersama-sama berbincang mengenai Islam, menegur sahabat, memikirkan masalah-masalah sahabat-sahabat yang leka..disinilah bermulanya semangat untuk kita berani menegur..insyA apabila kita mampu berdiskusi dalam halaqah, insyA apabila kita berada diluar kelompok halaqah, kita mampu menegur mereka..ini kerana dalam halaqah, kita telah melatih diri kita dan juga telah dilatih untuk saling menegur, saling memikirkan, saling berbincang..dan inilah indahnya sunnah Nabi yang diajarkan pada kita..

Bagaimana lagi kita mahu mengumpul kekuatan dalam diri sekiranya kita tidak bersama mereka yang tsiqqah dalam islam? kononnya kita bersama teman-teman kita nanti boleh menegur, tapi bila?..dan yang paling parah apabila kita sendiri tewas bersama mereka..InsyA saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat supaya cubalah bertindak aktif ketika dalam halaqah, janganlah kita hanya duduk diam mendengarkan murabbi kita bercakap.. walaupun tidak masuk akal, tetapi disitulah kita mula melangkah, setapak demi setapak untuk berani bersuara..alhamdulillah saya pun sudah mencubanya dan Alhamdulillah (chewaH!).. walaupun tidak lantang bersuara, tetapi masih tetap dapat bersuara..

Jadi sahabat2..janganlah hanya duduk berdiam diri menunggu keyakinan diri itu datang!!..tetapi bergeraklah untuk mencari keyakinan diri..insyaAllah!

************************************************************************************

Thursday, March 26, 2009

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah aku panjatkan
Atas segala limpah kurniaMu padaku, Ya Hafidz

Di saat hati begitu kekosongan..
Kau isi hatiku dengan sesuatu yang begitu bernilai..
Sesuatu yang sukar dicapai oleh mereka yang ammah


Disaat aku begitu merindukan dakapan ayah ibuku..
Kau hadirkan aku personal-personal yang begitu penyayang,
Begitu mengambil berat,
Bukan terhadap diriku, tetapi terhadap jalan juang Mu
Amat ku kagumi kecekalan hati mereka,
Kekentalan hati mereka,
Begitu mereka menjaga jalanMu yang suci ini
Justeru itu yang membuat aku yakin akan kasih sayang Mu
Akan dakapan Mu yang Tulus dan Kekal
Terhadap para pejuang agamaMu
Terdetik dihati kecilku untuk menjadi serikandi Mu

Disaat aku terkenang
Saat saat riang bermain bersama adik-adik..
Begitu seronok tertawa ketika itu
Seakan-akan terdengar tawa riang mereka..
Kau hadirkan dalam hidupku kini, ‘adik-adik’ku yang baru,
Adik-adikku yang membuat aku begitu sayang..
Sayang untuk mendidik mereka..
Agar mereka menjadi hambaMu yang solehah
Agar suatu hari kelak mereka juga akan menjadi serikandi Mu


Disaat aku begitu ingin menghabiskan masaku
bersama sama sahabatku yang akrab..
meluahkan segala isi hati, mengadu dan mengeluh
atas segala kejadian yang rasanya ingin dikongsi bersama..
kau hadirkan ‘teman-teman’ baru untukku,
teman-teman yang apabila bersama mereka
segala isi hati mahupun keluhan dulu, tidak sempat untuk difikirkan lagi..
kerana begitu enak dibuai semangat-semangat perjuangan
berjuang bersama mereka di jalanMu yang Haq!
segala keluh dan kesah yang dulunya begitu menjerat
begitu menyarang disegenap ruang dada dan fikiran,
kini bagai hilang..hilang sama sekali
Kau gantikan dengan memikirkan ummah
Kau gantikan dengan kesibukan menyampaikan agama Mu
Kepada mereka yang kabur,
Kepada mereka yang hilang arah,
Maupun kepada mereka yang tidak tahu sama sekali..

ALHAMDULILLAH
Aku panjangkan syukurku ini
KepadaMu
Al Haq
Al hafidz
Al muhaimin
Al badi’
Al Nafi’
An Nur
Al Hadi


ADIK-ADIKKU SAYANG

***********************************************************************************

SEMOGA ALLAH MEMBALAS USAHA MURNI KALIAN..(*_*)


"mereka mempunyai permata-permata yang berharga untuk dijualkan, insyA dengan jualan tersebut Allah akan menggandakan permata mereka dan membalas dengan sesuatu yang lebih baik.."

INSYAALLAH!! =p

***********************************************************************************

Friday, February 20, 2009

APALAH ERTINYA KEJAYAAN



Aku pernah mengeluh..
Kenapa kegagalan demi kegagalan datang melanda
“Kalau aku tetap di Tanah Air
Pasti kegagalan ini xkan terjadi..”
Keluh aku ke mama dgn mata berjujuran
Namun mama membalas..
“kalau pun berjaya, pasti hanya kejayaan semata yang dikecapi”
Aku endah x endah menerima..
Pahit untuk menelan..kata2 yg hanya manis dibibir..
Tapi dihati bagai ditusuk2 menerima

Aku pasrah meneruskan hari2ku..
Doa..doa..doa..dan terus berdoa..
Bersama2 teman, cuba mengejar impian..
Mengejar kejayaan yang diidam2kan..
Dengan usaha yang lebih ditingkatkan..

Bersama teman,
Kami bertukar2 pendapat..
Saling menasihati sekiranya melakukan kesalahan..
Mengingati untuk melakukan ibadah bersama
Sangat indah apabila terkenang,
kita mengejar subuh di masjid..
kau memaksa aku untuk berjemaah
Dengan keadaan telekung melekat dibadan
Kita memanjat pagar kerana masih berkunci..
Kalaulah tuan rumah sedar, pasti dimarahi (=p)

Aku sangat mengagumi ketaatanmu
Hijabmu sangat sempurna
Pakaianmu benar2 menuruti kehendak Ilahi
Kau bagai wanita solehah impian ikhwan
Solat sunat tak pernah kau abaikan
Solatmu sering diawal waktu
Tidak pernah mengeluh kekurangan waktu belajarmu
Aku ajak ke wayang pun dimarahi
Kononnya tertutup amalan selama 40hari
Aku hanya tunduk menerima tanpa mengira kebenarannya
Demi kebaikan ku tinggalkan..

Kejayaan demi kejayaan kau terima..
Tanpa sebarang kegagalan dalam hidupmu
Tidak seperti yang sedang aku alami..
Timbul rasa iri, namun aku tahu bukan rezeki
Memang layak kau menerima kejayaan
Kerana usaha dan ketaatanmu itu
“Memang pantas buat kau”..rintih aku

Sekian asyik aku memerhati dan mengagumimu..
Tidak kusedari hampir 2 tahun kita berteman
Begitu pantas!?

Tiba-tiba lamunanku terpukul
Hati kecilku bagai diketuk.. “apa dah jadi?..”
Kau yang dahulu setiap hari meluahkan isi hati,
kini semakin kurang menegurku..
Dihatimu kini ada ‘orang baru’..aku cuba memahami..
Cinta memang membuat orang buta

Tapi bukan itu yang hatiku katakan..
Tembok yang kau bina dengan begitu tinggi dan kebal dulu
Antara dirimu dengan lawanmu..kini
Seolah2 sudah berlubang dan kian berkarat
Batasan yang kau tanamkan kian roboh
Ketaatanmu juga sudah berubah kiblatnya
Hijab yang kau labuhkan dulu..kian reput mungkin,
Pakaianmu jua makin hilang matlamat yang kau semaikan kelmarin

Kau semakin leka dengan kejayaanmu
Kau mula memandang kecil diriku
Berbanding dirimu yang pernah aku kagumi suatu ketika dulu
Kejayaan yang pernah aku idam2kan bersamamu dulu..
Mulai merampasmu pergi..jauh
Mulai merobohkan binaan ukhuwah yang pernah kita cipta bersama..
Tawa riang kini hanya tinggal sapaan muka
Itupun kalau sempat bersua,
sulit sekali untuk menemuimu walau dibawah bumbung yang sama

Lantas aku memandang ke langit..
Puasku cuba menembusi langit ketujuh
Mencari-cari Sang Pencipta..
Namun aku insan kerdil..

Ya Allah!
adakah ini yang akan terjadi pada diriku
Sekiranya dulu Kau beri aku kejayaan??
Semakin jauh aku denganMu..
Semakin jauh aku dengan temanku..
Semakin banyak maksiat aku lakukan seolah2 lumrah zaman sekarang..
Semakin lupa aku menadah tangan dan bersyukur kepadaMu..

Ya Allah..
Jika kegagalan ini adalah alasan untuk aku tetap disampingMu
Aku terima Ya Allah!!..aku terima dengan syukur..
Jika kegagalan ini yang menemukan aku dengan jalan tarbiyahMu..
Aku terima Ya Allah..aku terima dengan penuh nikmat..
Jika kegagalan ini adalah ujian yang Kau ciptakan untukku
Aku terima Ya Allah..aku terima..
Kerana aku tahu..
kau sedang memerhatikan ku..
Kau sedang bersamaku..
Melihat aku menerima teguranMu
Melihat adakah aku bersyukur diatas ‘nikmat’ yang telah kau kurniakan dulu

Seolah2 terdengar bisikanMu;
“sabarlah wahai hambaku, sabarlah dgn dugaan yang Ku berikan ini
Sebagai tanda Aku amat menyayangimu
Bersabarlah wahai hambaku
Bertahanlah kerana Aku ingin meninggikan darjatmu
agar kau beroleh kejayaan yang akan Ku kurniakan kepadamu
sebagaimana janjiKu..
‘Setelah kesulitan dihujungnya ada kejayaan’
Dua kali ayat ini dibacakan dalam Al-Insyirah
Aku melihat kesedihanmu dan mendengar rintihanmu
Aku beri dugaan ini mengikut kemampuanmu
Aku Yang Maha Adil tidak pernah menzalimi dirimu
Sabarlah..bertahanlah!
Kerana apa yang Aku akan berikan kelak
adalah jauh lebih baik dari apa yang kau pinta!
Bersabarlah kerana setiap detik kesabaranmu akan Kubalas
dengan ganjaran yang jauh lebih besar dari langit dan bumi ini..
Ingatlah Aku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Berjuta kali lebih penyayang dari Ibu yang pernah menyusukanmu!
Yakinlah pertolonganKu sangat dekat,
Lebih dekat dari urat lehermu
Berdoalah hanya kepadaKu..”

Temanku,
Bukan maksud aku memburukkanmu
Jauh sekali untuk meninggalkanmu
Namun terpaksaku nukilkan
Sebagai ‘multivitamin’ kepada mereka yang diuji kegagalan
Jua buat mereka yang berjaya, agar mereka tidak pernah lupa
Siapa kita didunia ini!

Apalah ertinya kejayaan jika jarak semakin luas
antara kita dengan Sang Pencipta??

Sunday, February 8, 2009

AKU ADALAH MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin dahulu, jauh disudut hati aku pernah terlintas perasaan sedemikian, tetapi sekarang, aku yakin dengan apa yang telah ditetapkan untukku. Biarpun mereka memandangku pelik, tetapi apa yang aku mahukan Allah memandang aku cantik. Biarpun mereka tersenyum sinis, tetapi aku mahukan Allah tersenyum tanda kasih dariNya. Biarpun mereka menjauhi aku, tetapi aku mahukan Allah semakin dekat denganku..


Dan aku akan cuba menjadikan diri aku lebih baik dari mereka, InsyaAllah..kerana itulah yang membezakan aku dengan mereka.

Thursday, February 5, 2009

Carilah jodoh beragama



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta


Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama


Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam memilih calon pasangan.Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.