Sunday, November 21, 2010

-ABSTRAK-

"fikiran kau abstrak lah!"
Kata-kata seorang teman memang sentiasa berlegar-legar. kalau difikir-fikirkan, dulu tak pernah pulak orang cakap macam tu. siap ada yang kata diri ni dinding lah, batu lah, dll..
hmm..fikir fikir fikir dan fikir, betulke?
Wallahua'lam..

Kalam Allah begitu indah, bahasanya betul-betul menyentuh hati..kalau tidak, macamanalah berjaya menarik hati penduduk Mekah yang pada Zaman Rasulullah, asyik berpuisi..inilah mukjizat Rasulullah, alQuran yang indah bahasanya, diturunkan dikalangan penduduk bumi yang pada ketika itu sibuk berpuisi. barulah kena gayanya..

Setiap hari selepas solat, kita sibuk membuka alQuran, baca..dan tadabur. semakin tadabur, semakin asyik kita teruskan..helaian demi helaian kita habiskan..seolah-olah ayat itu berbicara kepada kita..

Batu yang kukuh pasti berlekuk jika tetesan air terus jatuh menimpanya. begitulah hati kita terbentuk. hati yang keras, lama-lama akan menjadi lembut, tetapi hanya dengan ayat-ayat alQuran. kerana hati kita, dan diri kita diciptakan oleh Dia yang menurunkan alQuran, dan ianya adalah untuk kita. sebagai panduan hidup kita. kita beli kipas angin, pasti diselitkan buku panduan dari factory tersebut. samalah macam kita. alQuran diturunkan agar kita tak lost dalam memandu diri ini.

Mungkin inilah acuan Allah. jika Saidina Umar yang keras hatinya, pedangnya tak pernah kenyang dengan darah, tetapi ketika beliau memeluk Islam, lidah dan hatinya hanyalah untuk kebenaran, kaum Quraisy gerun dengannya, malahan syaitan-syaitan juga takut melihat kelibatnya. itulah acuan Allah

Kalau diri kita dulunya tidak seperti sekarang, malah lebih baik dari dulu, itulah acuan Allah. hidup ini diisi dengan ujian. tapi tak pernah ujian tersebut menggagalkan kita, malah kita semakin bangun dan bangun dan sedar dengan kesilapan yang dulu.

jadi kalau ada yang kata kita abstrak, apa jawapan dia..? ^_^

No comments:

Post a Comment