Showing posts with label rintihan hati bersama ilahi. Show all posts
Showing posts with label rintihan hati bersama ilahi. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Allah bantulah aku..

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah basahkanlah hatiku dgn zikrullah, dekatkanlah daku kepadaMu Wahai Sang Khaliq yg memiliki hatiku,
Rabbi yassir wa la tu'assir..permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..bantulah aku dlm urusan akhiratku..

Kali ni sy ingin berkongsi pengalaman..pengalaman ni taklah hebat mana, tetapi sekadar perkongsian, agar barmanfaat kpd semua..insyaAllah



Ketika kaki ini baru melangkah ke pesawat, subhanallah, berbunga2 rasa hati..x sabar ingin mengenali waqi' tanahair..mungkin kerana selama ini, tersentuh tarbiyah di perantauan, terasa sungguh asing untuk pulang ke tanahair sendiri..takut untuk berhadapan dgn realiti sebenar..tiada lg hidup sebebas2nya menjalankan apa sahaja aktiviti yg dimahukan..bukanlah kembali ke pangkuan keluarga itu sebagai alasan..tetapi menyedari diri ini telah kembali kepada ibu dan ayah yg harus dijaga hak mereka terhadap anaknya..huuh berat terasa dihati untuk berhadapan dgn masyarakat yg selama ini hanya diintai dilayar sahaja..

Terlihat bumi tarbiyahku yg semakin menjauh dari pandangan mata, sayuu hati, berlinang mata, cuba menahan perasaan hati..bukan senang bertarung dunia mengejar janji yg telah lama tersemai..janji yg menentukan siapa kita disisi Mu..janji yg bisa mengubah tanah jahiliyah menjadi tanah yg bisa mengubah dunia kembali bertamadun..

Bertarung bersama2 sahabat yg seakan saudara sendiri, suka-duka dirasa bersama..bahu membahu..segala pahit masin semua terpaksa ditelan demi menghargai manisnya janji Allah..demi menjaga sinar islam disana..demi menjaga saudara-saudara yg terlambat untuk menyambut cahayaMu..

Perasaan ini sering bermain2 dihati..risau, kelu, tergamam, cuba membuka mata, cubit pip kiri, cubit pipi kanan..mungkin kerana suatu ketika dulu, hati ketika meninggalkan tanahair adalah jauh bertolak belakang dgn sekarang..Subhanallah, sesungguhnya Allah lah yg memberikan hidayahNya kepada siapa yg dikehendakiNya..dan aku bersyukur Alhamdulillah kerana telah disentuh nikmat hidayah sepanjang berada disana..tempat yg terbaik buat diriku..untuk menyambut hidayahMu..

Ketika mula menjejakkan kaki di tanahair, segala2nya berbeza..suasananya beza, cuacanya beza, udaranya beza, walaupun bumi yg kutinggalkan tak lah jauh mana, hanya seberang tanahair, tetapi pandanganku..perasaanku kini..sungguh jauh berbeza..sayu meninggalkan bumi tarbiyahku sebenarnya, bumi yg banyak mendidikku mengenali siapa diriku..hanyalah seorang hamba..yg tidak sabar bertemu Tuannya..

Setibanya sy di tanahair, sy dikuarantin oleh murabbiku selama seminggu lebih..melihat angka, hanya sebentar seminggu tu, hakikatnya hati ini terasa sungguh lama..bukan apa, agar keluarga dapat menerima kepulanganku dgn senang hati..senang hati dlm erti kata, xperlulah lagi melihat aku keluar2 rumah utk berprogram padahal baru pulang tanahair..tunggulah seminggu dua menatap wajah anaknya dulu, insyaAllah semoga semua berjalan lancar..

Agak lama hati dibiar kosong tanpa terisi, kerana sibuk mengurus diri dan rumah..sejujurnya hati ini masih lagi tertinggal di perantauan walau hakikatnya jasad berpijak di tanahair..

Banyak cerita yg didengar tentang betapa hebatnya tarbiyah di Malaysia..mampukah sy untuk beradaptasi dgn kapasiti yg umpamanya tidak sampai 1 bar..( TT_____TT ) huhu

Alhamdulillah, langkah awal untuk memanaskan enjin tarbiyah di tanahair akan bermula..keluarga menerima, walaupun terkadang sedikit sayu memikirkan penerimaan mereka hakikatnya..kepada Allah jualah hati ini bertawakal dan berdoa agar dilembutkan hati mereka..

Terasa ganjil, kerdil, kecil, malu, segan, semuanya ada ketika berhadapan dgn akhawat tanahair..hebatnya mereka, tersusun rapi gerakerja mereka, ukhuwah yg begitu hebat, binaan yg tersusun rapi..terasa malu dgn keadaan diri, yg terlalu jauh ketinggalan di belakang..

Berat untuk menelan keadaan ini..mampukah???..Wallahu a'lam..

Memikirkan hal ini, sy mengambil keputusan untuk hibernate sebentar dari kerja 'dunia'..sadid bunyinya..(buat gempak je)..keputusan yg diambil ini, sekali lagi memberi pelbagai gambaran kpd ramai pihak yg bertanya..ada yg positif, ada yg negatif sikit2..xmampu untuk berdebat lg, Allah sahaja yg tahu segala isi hati..

Keputusan ini sgt berat sebenarnya, memikirkan sy tidaklah mempunyai tabungan yg banyak untuk menampung sara hidup beberapa bulan, terpaksa menadah tangan dgn parent, berat sgt berat, malu pn sgt malu..terfikir kenapa sejak dulu tidak serius memikirkan akan berhadapan dgn keadaan seperti ini..inilah sarananku, menabunglah untuk saat2 seperti ini..bukan sengaja mahu goyang kaki membina badan di rumah, jauh dari itu..

Hati ini perlu benar2 disiapkan untuk menempuh cabaran dunia realiti..tidak mahu kecundang seperti beberapa jundi yg sering dicerita akhawat, tidak, sy tidak mahu seperti itu..biarlah hidayah ini kugenggam, walau panas seperti bara, izinkanlah aku Ya Allah..

Alhamdulillah kini hampir 6 bulan sy telah berhibernasi..Allah sahaja yg mengetahui kini..sudah cukupkah tarbiyah yg Kau berikan selama 6 bulan ini untukku..adakah bekalan ini dapat memberi jaminan untuk menghadapi realiti?..asumption2 negatif kita cuba singkirkan dulu.. >_<


Allah bantulah aku..dalam menghadapi realiti ini..

Sunday, March 13, 2011

-tunduk-

begitu ramai manusia disisi
tetapi KAU memaksaku merayu hanya kepadaMU

begitu ramai manusia yg kecundang
tetapi KAU memaksaku tetap menyambut tali penyelamat

begitu ramai manusia ketawa sana-sini
tetapi KAU memaksaku menangis dan menagih dariMU

begitu ramai manusia bersenang lenang
tetapi KAU memaksaku tetap memikirkanMU

begitu ramai manusia yg berjaya bersama
tetapi KAU memaksaku sendirian menghadapi ujianMU

begitu ramai manusia berputus asa terhadapMU
tetapi KAU memaksaku agar terus mengharap keampunanMU

begitu ramai manusia kecewa dengan penantian beribu batu
tetapi KAU memaksaku terpaku menanti disini

begitu ramai manusia terpana dgn janji manis duniawi
tetapi KAU telah membuatkanku mengharapkan hanya janji ukhrawi

Friday, October 29, 2010

tadabur hati

BismillahirRahmanirRahim..

Sesungguhnya diri ini hanyalah pinjaman..pemilik sebenarnya adalah Allah. Tapi kita insist mengatakan diri ini kita yang punya.

Wahai diri yang memenuhi seruan tuhannya..sudahkah cukup seruannya kau lengkapi?? Biar berapa tahun, diri ini dibiarkan terkapai-kapai..bagai yoYo..kejap diatas..kejap dibawah..kejap diatas balik..then dibawah lagi..namun Allah Maha Memiliki..Dialah pemilik hati ini..hanya sedetik Dia datang menyapa..hati yang tadinya gelap diselaputi kegelapan..sekelip mata Dia mampu mengubahnya jernih..

Pernahkah kita terbayangkan, bagaimana Kekasih kita begitu tersiksa ketika terputusnya wahyu dari Allah. Rasa rindu, sedih, bersalah dan pelbagai lagi mainan perasaan muncul ketika itu. Sehingga rasanya mahu sahaja dikorbankan dirinya agar Allah menyapanya kembali.

Tapi kita hanyalah manusia, hatinya begitu mudah dibolak-balikkan. Kita sanggup membiarkan hati kita kosong tanpa kata-kata cinta dariNya. Sedangkan KekasihNya saja begitu tersiksa terputusnya wahyu, tetapi kita, tanpa rasa segan silu, membiarkan hati kita seperti sebuah rumah yang kosong tidak berpenghuni. 

Pada zaman ketika Rasulullah saw masih hidup, AlQuran dihidangkan dengan cara yang berbeza. Setiap terjadinya peristiwa-peristiwa tertentu, Allah akan menurunkan ayat-ayatNya melalui jibril. Sedikit demi sedikit diterima dan dihafal dan difahami oleh para sahabat. Tetapi di zaman kita sekarang, AlQuran terhidang didepan mata dalam bentuk buku, ada yang seperti dompet, ada lagi mp3, dll Tapi sudahkah kita menerimanya, menghafalnya, memahaminya, mantadaburinya?

Terkadang kita menunggu, menunggu dan terus menunggu sapaan itu datang menyapa. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa diri sendirilah yang seharusnya siap menghadirkan diri dihadapanNya. Apakah masih berselimut, kita tunggu Allah datang menyapa kita? Sungguh peliklah kita ni. Tidak sedar diri. Kalau dengan teman diperlakukan sebegitu, pasti macam-macam yang dihemburkan.

Ketika sibuk diri ini dipenuhi janji-janji kosong duniawi, barulah terdetik mahu pulang kembali mencari RabbNya. Terkadang buntu, terkadang samar. Tetapi Allah menyayangi kita. Bertarik tali kita denganNya, namun Allah tetap menyayangi kita...
Bagi orang yang memenuhi seruan Tuhan, mereka disediakan balasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruanNya, sekiranya mereka memiliki semua yang ada di bumi dan ditambah sebanyak itu lagi, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan itu. (13:18)
Adakah kita tergolong dalam group yang memenuhi seruanNya, atau sebaliknya? jawapan ada pada diri masing-masing.

Maka apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran, iaitu orang yang memenuhi janji Allah dan tidak melanggar perjanjian (13:19-20)
Kita mempunyai mata untuk melihat, apakah dibiarkan saja membuta tidak mahu melihat dan mengambil peduli? Tidak, kita tidak buta. Mata kita masih terang, dan akal kita masih berfungsi. Pasti kita marah jika ada yang mengatakan sedemikian kepada kita, tetapi sedarkah kita, itulah yang sedang kita lakukan sekarang. Mata masih terbuka celik, tetapi buat-buat tidak nampak AlQuran didepan mata. Hanya lalu, sentuh pun taknak apalagi mahu menelaahnya, jauh sekali. Tetapi sedarlah wahai diri, dirimu diciptakan begitu hebat dan mulia sekiranya kebenaran tersebut diambil dan janjiNya dipenuhi.

Perjanjian kita dengan Allah bagaimana pula? ya, kita masing-masing telahpun berjanji dan bersumpah setia kepadaNya. Tetapi..   ....
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sedikit dibanding kehidupan akhirat (13:26)
Inilah kita, terlalu sayang dengan kehidupan yang kita ada sekarang, sehingga semuanya kelihatan indah dan menggiurkan. Cita-cita tertinggi kita pacakkan, namun bukan untuk Allah. Semuanya kelihatan begitu pasti, tetapi sayang, itu semua fana. Tiada yang kekal melainkan suatu hari nanti ia akan hancur berkecai. Segala kenikmatan tersebut tidak dapat dibawa menemani kita dikubur nanti. Hanya kesaksian yang mampu membantu dan menemani kita. 
Bangkitlah wahai diri, dirimu bukan hina, 
kerana dirimu dicipta oleh Dia Yang Maha Sempurna
***********************************************
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (13:28) 

Wednesday, September 22, 2010

DIA


Wajahnya yg cerah mententeramkan jiwaku

Senyuman manisnya melapangkan dada sempitku

Setiap butir katanya adalah hikmah buatku

Penawar ketika aku berduka

Amaran ketika aku leka

Peringat ketika aku tenggelam dalam riang

Nasihatnya adalah keyakinan buat diriku

Pandangannya membuatkan aku teringat pada Pemilikku

Setiap bersamanya memberi inspirasi baru bagi diriku

Tingkahnya sungguh santun

Menambat aku akan keindahan alam nyata

Sentuhannya pengubat segala lelahku



Ya Allah

Tenteramkanlah hatinya sepertimana tenteramnya aku melihatnya

Jadikanlah senyuman ikhlas sedekahnya buat beribu insan setiap bersamanya

Semoga kata-katanya juga menjadi

Hikmah..penawar..amaran..nasihat yang mampu membangkitkan jiwa yang lesu

Semoga pandangannya akan sentiasa mengingatkan hamba yang melihatnya

Terhadap Sang Penciptanya..

Jadikanlah kemunculannya penguat keyakinanku..

Santun tingkahnya melembutkan hati hamba yang melihatnya



Ya Allah

Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik DA'I..

Namun aku memintamu menjaga dan memeliharanya

Agar sejahtera DA'Iku menjalani liku perjuangan

Yang melelahkan dan penuh onak..
Kerana DIA adalah DA'Iku..


Saturday, September 4, 2010

RamadHan sHaring

Ramadhan ini akan berlalu, namun apa yang kita dapat setelah ia berlalu..hanya tinggal beberapa hari..jadi janganlah kita sia-siakan ianya berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan dihati kita..baik pada amalan dan juga niat dihati..

Antara sedar dan tidak, setiap hadirnya ramadhan, tidak pernah ia lupa menyapa kita..hanya kita saja antara mahu dan tidak menerima sapaan tersebut..

Ramadhan kali ini menyapaku penuh makna..melihat ragam manusia baik dikulitnya mahupun isi hatinya..sungguh bererti meninggalkan kesan yang harapnya tidak pudar setelah ia berlalu..

Ketika bertugas di poliklinik, hampir setiap hari akan ada lebih kurang 3 case visum..adik perempuan berusia lebih kurang 12 tahun ke atas, masih sekolah tetapi dibawa ibubapanya untuk membuat laporan polis kerana dirogol..baik dari teman lelakinya sendiri, ada juga dari jiran tetangga yang melakukannya..(huh..apa dah jadi dgn dunia ni...)

Apabila menonton tV, isu-isu bencana alam hebat diputarkan..baik Sinabung yang meletus, juga banjir hebat di Pakistan..hampir setiap tahun..bencana datang mengunjung..tapi berapa ramaikah kita yang mengambil iktibar kehadirannya..

Lebih hebat lagi..apabila negara-negara islam heboh bertengkar..satu melawan satu sama lain..masing-masing cuba menegakkan kebenaran..tetapi adakah kita sedar dalang disebalik pertengkaran ini..ada yang sedar..tapi masih ramai yang terpacu dengan pertengkaran ini..mereka terlalu mengikut ego masing-masing mahu memenangkan negara masing-masing..sedangkan Islam mengajarkan kita persaudaraan sesama muslim tak kira di negara mana kita berada..kita adalah saudara..tapi kita lupa..

Jika ada yang tebaca baru-baru ini, 'Burn the Quran day'..isu ini heboh diperkatakan di rancangan-rancangan luar negara..tidak kalah juga di akhbar-akhbar tempatan heboh membahasnya..namun berapa ramai diantara kita yang membacanya..kita sibuk mengupdate hiburan..sedangkan AlQuran kita dihina sebegitu..

Friday, August 13, 2010

TEGUH

***usangnye blog ni!!

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan akhirat" (14:27)
Allah berjanji akan meneguhkan iman bagi siapa yang beriman terhadap 'ucapan' yang teguh..apakah ucapan itu?..Ucapan yang sehari-hari kita ucapkan..'La ilaha illallah'..tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah..

Namun, mengapa dikalangan orang-orang yang beriman ini Allah mahu meneguhkan iman mereka?..apakah tidak cukup dengan mereka yang digelar orang beriman?

Inilah kenyataannya..dikalangan orang beriman sendiri, belum tentu kukuh iman di hati mereka sehingga mereka boleh bergoyang kaki kerana dianggap telah tergolong dalam golongan orang beriman..

Apakah pasti kita termasuk dalam golongan orang beriman? namun kita mahu menjadi orang beriman sehingga meletakkan diri kita di setiap kalimat 'orang beriman' di lembaran AlQuran..agar kita merasa terpanggil ketika diseru..'Wahai orang yang beriman..!'

Memang itu yang kita mahukan..tetapi kita lupa sehingga kita lalai dalam meningkatkan iman didalam hati kita..cukup sekadar terasa sedikit manisnya iman..

Tetapi rencahnya masih belum memuaskan..asam garam nya masih belum terasa..

"Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu" (2:214)
Rencah ini yang sering kita terlupakan..betapa kita merindukan manisnya halwa ketika kita merasakan masamnya mangga muda, pahitnya ubat, pedasnya cili..seperti itulah kita harus melalui dan menempuhi asam garam tersebut agar kita sentiasa mensyukuri kemanisan iman yang dicampakkan Allah

Agar tidak pernah kita melupakan ucapan yang pernah kita ucapkan..agar kita sentiasa bersyukur dengan ucapan tersebut..

Belum tentu kita akan mengingati jika kita belum pernah diuji daya ingatan kita..seperti itulah juga hakikatnya ujian yang dilemparkan Allah kepada kita

Agar ingatan kita terhadapnya tetap teguh..agar keyakinan kita bertambah teguh semakin hari..
Agar segala perbuatan kita mahunya hanya untuk Allah..
Agar ucapan kita adalah yang terbaik supaya yang lain juga turut merasakan kemanisan tersebut..

Saturday, July 17, 2010

BUTIRAN INI..


moga ia adalah penenang jiwa..
moga mampu memadamkan api dosa..
dan mampu mendinginkan bara jahiliyah..

moga ia adalah butiran permata..
yang menjadi saksi setiap orakan langkah..
menjadi penutup episod lalu..
pembuka lembaran baru..

agar ianya adalah kekuatan baru..
biar hanya sepasang kaki yang melangkah..
seolah mengorak langkah bersama berjuta umat diluar sana..

menjadi peluru semangat..
juga bilahan keimanan..

moga gugurnya ia..
adalah saksi sebuah perjanjian..
bukan perjanjian yang hanya untuk dimungkiri..
tetapi adalah janji untuk ditepati..

moga butiran ini..
menjadi suatu rantai perjuangan..
terus istiqamah atas landasan peperangan ini..

Thursday, July 1, 2010

IBN ABU JAHAL

Diatas kapal itu, berdiri seorang lelaki gagah perkasa..sosok tubuhnya seperti seorang pahlawan memang tiada siapa yang pernah silap menilainya..beliau merenung masa lalunya.. Dahulu beliau adalah seorang pembesar yang disegani dan digeruni, hartanya melimpah ruah, hasil dari warisan keluarganya yang kaya raya, juga usaha dirinya yang gagah perkasa..

Tidak lama kemudian, di tempatnya muncul seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah seorang Utusan, ingin membawa kepada kebenaran..beliau pantang menurut. Beliau adalah seorang ketua, mana mungkin tunduk kepada seorang lelaki yatim yang pengikutnya adalah terdiri dari orang-orang biasa..dendam kesumat beliau begitu menguasai dirinya..tiada sebutir kebaikan yang beliau tinggalkan dilubuk hati beliau..walaupun beliau pernah mengakuinya, tetapi tidak selepas ayahnya terbunuh di dalam perang Badar..Abu Jahal, itulah ayahnya..seorang penentang nombor satu perjuangan Utusan Pembawa Kebenaran..beliau begitu menyanjungi perjuangan ayahnya, sehingga bersumpah akan menuntut bela atas kematian ayahnya. Hutang nyawa tetap dibalas nyawa..itu sumpahnya..

Beliau terus merenung jauh zaman lalunya..peperangan demi peperangan dicetuskannya, demi menuntut bela..namun, semakin lama, teman-temannya meninggalkannya..sehingga hanya tinggal beliau sendirian..selepas Fathul Mekah, sokongan terhadap beliau begitu tipis, teman-temannya membelotinya, pengikutnya lari..namun beliau gagah perkasa..darah pahlawannya mengalir mengajarkan beliau pantang menyerah..beliau melarikan diri mencari bantuan..bantuan demi bantuan, namun kejayaan tidak berpihak kepadanya..

Sehinggalah didalam kapal ini beliau berdiri..beliau begitu mengharapkan sokongan dari Raja Habsyah..walaupun hanya sehelai sepinggang, beliau gadaikan dirinya sebagai anak kapal yang akan berlayar ke Habsyah..begitu dendam kesumatnya menguasai dirinya..ditinggalkan anak dan isteri yang dicintainya di Mekah..beliau yakin akan menuntut bela atas kematian ayahnya. Lagi pula, Sang Utusan telah mengumumkan bahawa darahnya dihalalkan sekiranya ada yang menjumpainya..mana mungkin dibiarkan dirinya dikerumuni oleh musuh-musuhnya sendiri..

Tiba-tiba..kapal yang dinaikinya bergoyang, angin ribut membuatkan kapal tersebut hilang pertimbangan. Anak-anak kapal sibuk dengan posisi masing-masing..namun ribut tersebut terlalu kuat..sehinggalah ketua kapal yang ditumpanginya itu berkata kepadanya ‘Berdoalah kepada Allah agar kita terselamat!!’..terkasima beliau mendengarnya..apakah lelaki tersebut seorang muslim??

Namun dalam keadaan yang genting, inilah peluang beliau menentukan kebenaran..apakah Latta & Uzza atau Allah yang akan menolongnya..namun, bibirnya meminta kepada Allah.. ‘Dengan Nama Tuhan Muhammad.. ’ tiba-tiba, angin ribut tersebut terus menjadi sunyi..

Saat itu barulah beliau mengakui ketuhanan Sang Pencipta, Tuhan Muhammad..sejak itu, hati beliau mulai terusik dengan ketauhidan Allah..beliau menyesal dengan sikap dirinya yang ego untuk menerima kebenaran di depan matanya..dendam kesumat yang begitu menguasai dirinya telah mengaburi cahaya kebenaran yang disuluhkan kepadanya.. ‘Ya Allah! Betapa hinanya diriku?!’

Namun, terlanjur beliau sudahpun tiba di hadapan Raja Habsyah..sebilah pedang dihunuskan diatas bahunya oleh Sang Raja tersebut..saat itu beliau ditanyakan mengenai Muhammad, beliau menjawab ‘Sebelum ini aku adalah penentang Muhammad yang pertama, tujuan aku datang adalah untuk meminta bantuan dari Habsyah bagi membunuh Muhammad, namun kini aku meminta jasamu agar melepaskanku supaya dapat aku pulang ke Mekah berjumpa Muhammad untuk melindungi Muhammad dan menjadi pembela Islam!’..Sang Raja tidak percaya dengan kata-kata anak Abu Jahal tersebut ‘apakah yang membuatmu berubah pendirian?’.. beliau mula menceritakan pengalamannya di atas kapal..begitu hidayah Allah datang menyapa kepada hambaNya dimana sahaja.

Sang Raja percaya dengan kata-kata beliau. Beliau dilepaskan dan pulang ke Mekah untuk bertemu Rasulullah..beliau mahu memeluk Rasulullah, meminta maaf atas kesalahannya..beliau tahu terlalu besar kesalahan yang dilakukannya, namun beliau yakin Muhammad pasti memaafkannya kerana peribadi Muhammad yang mulia dan pemaaf. Namun, beliau tidak yakin akan para sahabat juga penduduk kota Mekah yang lain..sudah ramai nyawa yang terkorban hanya kerana dirinya yang ego..sudah tentu ramai yang menyimpan dendam atas perbuatannya..

Tidak sabar rasanya ingin berjumpa isterinya yang tercinta juga anak yang disayanginya..namun cinta isterinya kepada dirinya begitu tinggi..isterinya keluar mencarinya supaya dapat memujuk beliau agar menyerahkan diri kepada Muhammad..beliau sedar akan cinta isterinya kepadanya..ditengah-tengah budaya bangsa arab yang kotor, wanita tersebut menjadi pilihan hatinya..mereka berkahwin kerana saling mencintai..mana mungkin beliau sanggup membiarkan isterinya diluar, tentu musuhnya yang ramai akan menuntut bela dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan isterinya yang sedang bersendirian. Perjalanan yang panjang ditempuh bagi menemukan isterinya..Alhamdulillah selepas mereka bertemu, isterinya segera menyatakan hasrat hatinya agar suaminya menyerahkan dirinya kepada Muhammad..isterinya juga sudah merayu kepada Muhammad agar perintah bunuh atas suaminya ditarik balik..

Apakah lagi yang harus diucapkan dibibir beliau..kalau boleh, sekarang juga beliau mahu menemui Muhammad!..namun, hatinya tetap takut akan musuh-musuhnya yang lain, belum tentu yang lain dapat memaafkan dirinya..diutuskan khadamnya agar bertemu Rasulullah..khadamnya sebenarnya telah lama memeluk islam tanpa pengetahuan beliau dan keluarganya..namun sekarang khadamnya telah beliau merdekakan. Namun, kemarahannya terhadap pengikut Muhammad telh berubah..beliau berjanji kepada dirinya akan membantu Muhammad menyebarkan Islam..

Diutuskan lelaki yang telah dimerdekakannya itu agar berjumpa Rasulullah untuk menyatakan hasrat hati beliau bertemu Rasulullah meminta maaf..Rasulullah menerima dan menyambut beliau dengan besar hati..tetapi masih kelu bibirnya untuk mengucapkan kalimah syahadah..beliau meminta masa kepada Muhammad ‘Aku belum bersedia memeluk islam kerana tidak mahu disebabkan rasa bersalahku, tetapi berilah aku masa agar aku memeluk islam kerana kebenaran islam’

Muhammad memberikan waktu kepada beliau..namun dendam sahabatnya yang pembelot masih menyala..sengaja disuluh-suluh agar Muhammad tidak menerima beliau..pada suatu malam, beliau ketempat yang telah dijanjikan bagi beradu nasib dengan sahabatnya dulu..hati busuk sahabatnya itu memang sudah diketahuinya..sejak kecil beliau bersahabat dengan lelaki yang bernama Suhail..Suhail datang membawa konco-konconya..perjanjian satu lawan satu dimungkirinya..Beliau dengan kuda tunggangannya lari namun dicelah-celah sebatang pohon, tiba-tiba beliau bagai ditelan..

Suhail terus menemui Muhammad dan menceritakan hal tersebut. Beliau tahu, pasti Muhammad sudah mengetahui hal tersebut kerana beliau adalah seorang Nabi utusan Allah..lalu, Muhammad tertarik dengan peristiwa tersebut dan sengaja mahu pergi ketempat kejadian..tiba-tiba dimalam yang gelap tersebut, ada cahaya terang keluar dari pohon tersebut..dan terdengar jeritan ‘tolong aku Muhammad!!!’..keluarlah beliau dan terus memeluk tubuh Muhammad.. ‘tolong aku..tolong aku!! Pohon ini telah menelan aku!!’..Muhammad dengan tenang meminta beliau menceritakan peristiwa sebenarnya dan akhirnya Muhammad berkata ‘Allah telah menolongmu berkali-kali, adakah kau masih meminta waktu?’ Lantas Ikrimah bin Abu Jahal mengucapkan syahadah..

Setelah kejadian itu, Ikrimah merupakan pembela Islam dan Rasulullah yang utama..misi demi misi disertainya bagi menyebarkan agama Allah.. ‘sesiapa yang bersahabat dengan Rasulullah adalah sahabatnya, dan sesiapa yang memusuhi Rasulullah adalah musuhnya juga’ itulah janji Ikrimah!! Ikrimah berjanji akan membela Islam sehabis-habisnya..kerana telah berlalu usianya dahulu menentang Islam, maka tidak akan disisakan walau sedetik waktupun agar beliau dapat membela Islam.

Ketika misi menyebarkan islam sampai ke Rome, beliau bersama-sama Khalid bin Al-Walid menyertai misi tersebut..saat yang getir menentang kuasa besar Rome begitu terasa oleh tentera muslim, sehingga Ikrimah memberikan cadangan agar ditubuhkan satu pasukan berani mati yang mara kedepan bagi menentang Rome. Sekurang-kurangnya bilangan tentera Rome menjadi sedikit untuk ditentangi oleh para muslimin..Mulanya Khalid tidak bersetuju, namun itulah tujuan mereka berperang.. ‘Mendapat kejayaan atau mati syahid!!’

Ikrimah berjaya mengumpulkan 300 orang yang berani menyertai pasukan tersebut. Setelah pasukan berani mati merempuh tentera Rome yang ramai, akhirnya Islam berjaya menakluki Rome..namun, Ikrimah cedera parah..Khalid segera mencari sahabatnya Ikrimah..beliau menuju ke khemah dimana dikatakan terdapat tiga tubuh yang mengalami cedera parah dan sedang dirawat..benar, Ikrimah ada disana..Ikrimah tersenyum sambil menahan kesakitan..beliau bersyukur kerana Islam telah menang dan beliau, bersama dua orang sahabat lagi cedera parah..Ikrimah kemudian meminta air kerana haus, Khalid lantas mengambil kantungannya..belum sempat diberikan kepada Ikrimah, Abbas disamping Ikrimah meminta air, lantas Ikrimah menyuruh Khalid memberikan kepada Abbas, tetapi belum sempat Abbas meminum air, sahabat disampingnya pula meminta air..tetapi Khalid tidak sempat memberikan kepada sahabat tersebut..beliau syahid di jalan Allah..lantas Khalid pusing kepada Ikrimah, dilihatnya Ikrimah juga telah syahid dijalan Allah..maka Khalid berpusing ke Abbas..Abbas juga telah syahid..mereka bertiga telah syahid! Syahid dan dijanjikan syurga..

MasyaAllah!! Sunhanallah!! Indahnya perjuangan para sahabat..mereka telah berjanji pada diri mereka sendiri bahawa mereka akan menjadi pembela agama Allah..walaupun dahulunya, silam mereka dilumuri darah para pejuang islam, namun mereka berjanji akan menggilap kembali darah tersebut dengan memperjuangkan Islam..benar-benar mereka melakukannya sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir..

Janji mereka telah tertunai, namun janji kita??

Pernahkah kita berjanji kepada diri kita untuk menggilap kembali masa jahiliyah kita dengan membela agama Allah..sudah, kita sudahpun berjanji semalam..tetapi adakah sudah tertunai?? Adakah sudah kita cuba untuk tunaikan??

Perjuangan para sahabat begitu hebat dan dahsyat berbanding perjuangan yang kita harus lalui..namun..adakah kita belum juga bersedia menghadapinya?? Adakah kita masih bertalik tali dan ragu-ragu untuk melaluinya??

Sejarah kita berbanding para sahabat jauh lebih cetek kejahatan yang kita lakukan, namun mengapa masih ragu-ragu terhadap pengampunan Allah??adakah darah kita pernah dihalalkan oleh Baginda??pernahkah kita menentang habis-habisan agama Allah??pernahkah kita membunuh beribu-ribu nyawa mereka yang berjuang dijalan Allah??

Namun Ikrimah menghapuskan dosanya yang lalu..sehingga beliau syahid!! Beliau syahid membela agama Allah dan berada di barisan ahli syurga..Subhanallah!

Ikrimah bin Abu Jahal dapat merasai nikmat syurga, kenapa kita tidak??

Saturday, June 5, 2010

BELAJAR DARI PERJALANAN




Dulu masa sekolah..

Perkara paling best adalah melepak ngn member2

Esp kat mall2..sambil2 shopping..borak2 smpi malam

Waktu solat pn kdg2 dilewatkan macam tu je

Xkesah bukan ada yg tahu..

Tp rasanya skrg masa utk itu dh xda lagi

Wpun shopping or even kerja

Masuk waktu solat, tetap kena solat

Dah xde masa utk melepk membuta smpi malam

Masaku lebih teratur dan disiplin

Solat mengajarku mengatur masaku dan mengingatkanku dari kelalaian


Dulu kalau melepak suka buka cerita2 zaman dulu2

Cerita2 zaman sekolah

Ketawa sama2..mengimbas zaman kanak-kanak

Memang best n menghiburkan

Tp skrg rasanya

Itu semua mmbuang waktuku

Masih byk yg perlu dikerjakan

Rasanya 24jm spt xcukup utk aku habiskan sehari

Walau sesaat aku bazirkan

Aku rugi selamanya


Aku bukan jenis cerita masalah

Jadi aku slalu habiskan waktuku dgn mndengar music

Pbagai jenis music aku putar

Smpilah aku puas n lupa dgn masalah

Tp skrg rasanya

Semua tu mainan kanak2

Apa yg perlu aku lakukan..aku ada Quran

Quran adalah pengubat hatiku

Setiap aku membukanya

Rasa spt tiada masalah yg pnah aku hadapi

Quran benar2 meringankan masalahku

Bukan menghindarkan aku dari mghadapi masalah,

tp membuat masalahku mnjadi ringan

shingga semuanya mnjadi simple


aku kdg2 terasa keseorangan

sbb xpandai bcerita..

n rasa semua org xkn layak utk memahamiku

aku lebih suka mengurungkan diriku

tp sebenarnya aku xpnah sndiri

dan xkn pnah dapat bersendiri

baru skrg aku tahu

aku xpnah sendiri

Allah sntiasa dgnku

Lebih dekat dari urat leherku sndiri

Lebih dekat dari ibuku sndiri

Lebih byk mndengar rintihanku dr org lain

Bila aku solat, aku akan bertemu dgn Allah

Aku berhadapan dgn TuhanKu

Allah ada dihadapanku

Saat itulah aku meluahkan segala2nya

Aku suka sbb aku tahu, penyelesai masalahku ada bersamaku

Dan aku yakin hanya Dia layak mendengar segalaNya


Kawan aku pnah kata, bila pg kat satu tmpt, jerit sekuat hati

Kalau xdapat, ada bantal..ambil bantal, tekup n jerit

Aku pun cuba..aku jerit smpi aku tertido

Spy hilang resah2ku

Tp sbnrnya resahku x hilang..ia hilang cuma sbntar krn ketiduran

Skrg aku dgr wuduk menyucikan

Aku cuba berwuduk..dgn niat sgla dosa2ku dihapuskan

Semoga dgn cara itu, resah hatiku turut hilang

Iya, memang benar

Setiap aku berwuduk, aku segar

Lesu hilng, apa lagi resah hati

Sbb aku tahu bila aku berwuduk,

Dosa2 kecilku digugurkan

Dosa2 itu yg mghalang kegembiraan katiku

Dan aku tahu tika itu

aku sedia utk berhadapan dgn Tuhanku


skrg bila mengenang balik apa yg aku lakukan

utk mengubat hidupku dulu

sungguh tidak disangka2

benda2 seperti itu yg aku lakukan

aku hanya mampu senyum melihat keadaan ku

pelbagai cara, pelbagai resepi

tapi semuanya tidak bertepatan

kononnya menyelesaikan masalah,

tapi aku hanya melarikan diri dari masalah

n menyembunyikan masalah


cuba ketawa n aku ketawa

tetapi hatiku tidak pernah ketawa..

kononnya hilang resahku

tetapi di hatiku resah itu masih ada

kononnya lepak2 dgn member dulu

buatkan aku xpnh rasa sndiri

tp aku masih terasa sndiri

aku masih terasa sepi


sguh lucu mainan aku dulu

tp alhamdulilah

Kun Fayakun

Allah menyayangiku

ketetapanNya utk aku berada dijalanNya

membawa aku keluar dari lumpur dunia

Dan aku yakin dgn Kasih sayangNya

Segala laluan gelapku diterangi

Segala beban pundakku diringankan

Segala kesunyianku dilengkapkan

Hidayah Allah datang tanpa disangka2

Kalau biar ia terlepas, yakinkah aku ada hidayah kedua?

Bagaimana kalau Allah merajuk dgn aku?

Bagaimana kalau Allah xnk lagi dgn aku?

Bagaimana bila ada msalah yg sgt besar, mahukah Allah membantuku?

Sdgkn aku xpnah contact dgn Allah..

Aku xpnah buat apa Allah suruh aku buat??

Aku xpnah tolong Dia??

Aku xnk semua tu tjadi

Dan aku xkan biarkan ia terjadi..


Apa yg aku dapat skrg ini

Merupakan suatu rahmat dari Allah

Kasih sayang Allah sgt aku perlukan..

Suatu yg berharga,

lebih berharga dari diamond, emas,

intan, berlian, rumah, kereta, bf, dll