Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Philosophy Life Skill

Philosophy Life Skill

1) Memanah

2) Menunggang kuda

3) Berenang

Sebenarnya inilah filosofi yang seharusnya ada pada diri setiap insan yang bergelar muslim..filosofi yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad SAW.. ingat x lagi? ketika zaman Khilafah, salah seorang tentera musuh mengintip masuk ke suatu perkampungan untuk melihat-lihat keadaan umat Islam ketika itu..ketika sedang berjalan2, musuh tersebut terjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis, kemudian apabila ditanya kenapa pemuda tersebut menangis, dijawab bahawa beliau kalah dalam memanah. Ketika sang musuh tadi dengar, dia pun pulang dan mengkhabarkan laporannya, bahawa Islam mengajarkan umatnya supaya berpegang teguh pada Quran dan Hadith sejak dari mereka kecil lagi. Pemuda yang beliau jumpa sedang menangis tadi menangis kerana kalah dalam memanah adalah kerana Nabi mengajarkan umatnya supaya anak-anak mesti diajar Memanah, Menunggang kuda, dan Berenang. Tambah sang musuh lagi, bahawa Islam tidak akan dapat dikalahkan selagi mana mereka memegang kuat pada Quran dan Hadith. Setelah puas puak2 musuh berdiskusi, mereka sepakat untuk menjauhkan Quran dan Hadith dari hati setiap penganut Islam. Ini kerana mereka tahu, komitmen setiap muslim kepada agamanya, dan paling mereka dapat lakukan adalah menjauhkan mereka dari Quran dan Hadith..


Maka berlangsunglah peranan mereka merosakkan pemikiran-pemikiran penganut Islam dengan pelbagai cara. Setelah beberapa tahun, musuh menghantar lagi pengintipnya untuk melihat bagaimana keadaan umat Islam sekarang, dan apabila sang musuh masuk ke salah sebuah kampong, dia bertemu dengan seorang pemuda yang sedang menangis, kemudian ditanya kenapa pemuda tersebut menangis, dijawabnya beliau menangis kerana kekasih hatinya pergi meninggalkannya. Dan apa lagi yang dilakukan oleh sang pengintip tadi?? dilaporkannya kepada ketuanya bahawa saat ini adalah masa yang tepat untuk menyerang Islam!! Dan apa jadi pada serangan yang dilakukan tersebut?? Islam berjaya dikalahkan seteruk-teruknya oleh musuh.. Islam yang sebelumnya menguasai 2 per 3 dunia!, kini telah jatuh merudum akibat hati mereka yang telah berjaya dijauhkan dari Quran dan Hadith tadi..sehingga ke hari ini..


Apa pengajarannya??

Saya mendapatkan ini ketika menghadiri suatu majlis atau seminar dari PKS di Medan..haha mulanya naqibah kami (beliau mmg org PKS) message, “ada daurah untuk semua mahasiswa di salah sebuah hotel…..” jadi kami pun bersemangatlah datang..kat hotel pulak tu, mesti best daurah ni..apabila kami sampai pagi tu, kami lihat banner “Pelatihan Tekad Bumi PKS”..hanya senyuman yang terukir..hehe kena tipu!..disebabkan sudah diajak naqibah, kami pun masuk, mendaftar, dan mencari tempat duduk.

Begitu ramai mahasiswa yang hadir..mereka semua kelihatan bersemangat..betul-betul bersemangat. Apabila acara bermula, pengerusi majlis berteriak “apa khabar semua!!” mereka pon menjawab “Alhamdulillah, selalu semangat, Allahu Akbar!”..huh! terpegun kejap..bersemangat sekali!..kami yang hadir pada ketika itu pon turut bersemangat..ketika diputarkan lagu Merah Saga, mereka berdiri bersama menyanyikan lagu tersebut yang ditujukan kepada saudara kita di Palestine..ditambah pula kehadiran seorang penyanyi rap islami, Ebith beat A (EBA) dari Bandung..lagi bertambah-tambah semangat..saya betul2 terpegun dengan EBA..beliau masih muda, 24 tahun, penyanyi rap asalnya, dan sekarang me’rap’kan nasyid..apabila beliau memberi ucapan, betul2 macam ustaz yang sedang rap..beliau mengingatkan kembali tujuan kami disana bukan hanya untuk mendapatkan materi untuk pemilu semata2, tapi melalui pemilu tersebutlah, dakwah di Indonesia akan dapat berkembang..dan banyak lagila yang die ingatkan..(saya terfikir, rasanya artis nasyid kat Malaysia mesti xdapat bagi ucapan sehebat EBA, tujuan die bernyanyi betul2 ikhlas untuk berdakwah, Subhanallah!!). saya sgt suke dengan lagu yang disampaikan EBA, Surat Cinta Dari Palestina..belum keluar lagi lagu die..


Apa kaitan dengan Phylosophy Life Skill tadi?

Berbalik pada philosophy kita tadi, merupakan hadith yang menyuruh supaya umat islam mesti mempunyai kemahiran memanah, menunggang kuda dan berenang.. Haaa?..zaman sekarang memanah?..belum sempat angkat busur, dah kena bom la nanti..zaman sekarang menunggang kuda?..biar betul!, mesti kalah kena lenyek dengan kereta kebal..(ahaha..tu sume ayat2 saya masa sekolah dulu2..) tambah dengan berenang..apa sebenarnya yang Nabi nak ajar kita ni??..soalan ni bermain2 dalam kepala saya sampailah pada hari tersebut di “Pelatihan Tekad Bumi PKS”

1) Kenapa memanah?

(saya akan jadi anak panah yang siap dilontarkan oleh siapa saja pemanahnya!! untuk menuju target saya!! go Hajar!)

Haa..Nabi suruh kita memanah bukan sebab zaman Nabi hanya ada panah je, tapi Nabi suruh kita supaya mempunyai sasaran hidup yang jelas..sejelas target yang akan kita panah ketika anak panah dan busur tersebut telah berada ditangan kita. Itulah yang Nabi nak kita supaya jelas target, visi misi dan tujuan hidup kita. Apa yang hendak kita capai dalam hidup ini?? Tentulah keredhaan Allah. Macamana nak dapat? Mestilah ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Macamana nak jelas dengan target hidup kita tu? Cuba buat senarai 100 target yang kita nak, besar2 atas kertas, tuliskan impian-impian kita tu, dan tampal kat dinding bilik, hari2 kita lihat target kita, disitu akan jelas kelihatan tujuan hidup kita. Dan 100 target tu tidak akan hanya terhenti disitu, setelah masa jauh berlalu, kita akan dapati, semua target2 kita telah tercapai, yang tinggal hanyalah coretan2 target…sebab apa? Sebab target kita semua telah tercapai!! ..cubalah! insyaAllah

“Impian yang tidak dituliskan akan lenyap menjadi mimpi!!”

2) Kenapa menunggang kuda?

(menunggang sambil memanah..lagi mantap!)

Walaupun zaman kita masih ada kuda, dan kebanyakan kuda zaman kita ni semua malas2..nak relax je tau..ajak jalan2 pusing taman pun merungut..(hihi..tu masa saya naik kat Taman Tasik Titiwangsa dulu2 =p )..kenapa menunggang kuda? Ibrah dari kuda tersebut adalah agar kita mampu mengendalikan hidup kita, dan bukan kita dikendalikan oleh hidup kita!..seperti mana kita menunggang kuda, kita mampu mengawal kuda untuk berlari, pusing, berjalan, duduk rehat, makan rumput dan sebagainya, seperti itulah kita kena kawal hidup kita..jangan takut mengendalikan kuda, bukan kuda yang mengawal kita..betul x?? makan untuk hidup ke hidup untuk makan? (Ayat adik saya..=p ).

“Jangan takut untuk menghadapi kehidupan!!”

3) Kenapa berenang?

(gajah pon leh berenang!,,nape aku xleh?!)

Masa zaman kanak2 dulu saya suka lumba2 berenang dengan adik2 kat sungai, tapi mesti saya yang kalah..sebab..ahaha..saya berenang tak pernah bergerak langsung..walau 1cm pon!!..sampai mama pon gelakkan saya..(HUUUU…!!!.. =..( ) haha..itu semua memori!..berbalik pada topik, kenapa berenang?? (saya mmg suke cite jauh2!..adik2 usrah pon kata camtu..nak wat cane, kalau x nnt korg ngantuk..hehe) Baik..kenapa Nabi suruh kita berenang, sedangkan pada zaman Baginda, xpernah peperangan berlangsung kat air laut!..hanya padang pasir je..jadi kenapa berenang? Haaa…sebab melalui berenang, kita akan terus bergerak ke depan..ada ke berenang bergerak pada arah berlawanan??..hmm..sepanjang penelitian saya didepan layar TV ketika Sukan Komanwel dulu, semua perenang berenang bergerak ke arah kepala, xda pulak saya nampak bergerak pada arah kaki..betul x?..ke saya yang x update perkembangan terbaru dunia renang??..ibrahnye, kita harus menguasai keterampilan hidup kita dan mampu bergerak..jika kita x menguasai skill untuk berenang, macamana nak bergerak?!..(saya lah tu!! Nasib baik terapung!)..dan kalau xpandai mengimbangi badan kita dalam air, macamana nak terapung?(Alhamdulillah, part tu saya lulus!..yea!!) begitu juga dalam hidup kita, adakah boleh kita bergerak melawan arus?..pon xboleh.. dan..bagaimana kita nak menyelamatkan diri kalau lemas tanpa skill berenang..jadi??!

“Kuasailah keterampilan hidup!”

Disana turut diajarkan cara2 Direct Marketing dan Direct Selling yang betul..bukan PKS ajar anak2 buah die menjual barang, tapi bagaimana untuk menyuruh pembeli mereka membeli..ape ni..xfaham..seperti yang kita tahu pemilu, akan berlangsung tak lama lagi, jadi, bagaimana cara untuk mengajak rakyat2 jelata supaya memilih PKS..jangan salah faham, PKS bergerak atas dasar dakwah, dan bukannya menggunakan dakwah sebagai method..untuk berdakwah, memerlukan kemenangan dan kuasa untuk merealisasikannya. Itulah juga yang diajarkan oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, as-syahid Imam Hassan Al Banna.. dan direct selling ini dilakukan oleh Nabi selepas menerima wahyu pertama, iaitu kepada Siti Khadijah dan Ali. Dan kami pula, insyaAllah akan lakukan pada sahabat2 dan adik2 kami disini.. Bagaimana untuk menarik mereka supaya betul2 mencintai dan memilih jalan Allah..insyaAllah doakan kami berjaya!!

Itulah sedikit, terlalu sedikit sebenarnya berbanding dengan apa yang telah kami dapat pada hari tersebut..walaupun kami pulang awal selepas makan tghari (oo..dapat makan terus cabut?..hehe..), terlalu banyak ilmu yang kami dapat walau pada masa yang singkat itu..kami berterima kasih kepada naqibah kami kerana sudi menjemput kami, nasib baik kami xpakai baju kurung, kalau x mesti peserta2 lain pandang pelik kenapa ada mahasiswa Malaysia kat seminar PKS ni..ahaha..kami pon nak belajar jugak!! Jadi bersemangat macam korang!!
INSYAALLAH!!

************************************************************************************

Saturday, March 7, 2009

EXAM..EXAM..!

"EXAM"..word yang paling2 gerun..tp kadang2 malas/mengantuk/penat mengatasi kegerunan..(hihi)..

semoga exam kalini memberi suatu cahaya baru, atau suatu ruang untuk saya terutamanya mendekatkan diri kepada Al-Haq, dan lebih mengikhlaskan hati dalam berjuang menuju kejayaan yang dikejar..insyaAllah!!

Rabbi yassir wa la tu'assir,

Fainna taisir kulli 'asir 'alaika yasir

Allahumma tammim bilkhair

Sunday, February 8, 2009

AKU ADALAH MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin dahulu, jauh disudut hati aku pernah terlintas perasaan sedemikian, tetapi sekarang, aku yakin dengan apa yang telah ditetapkan untukku. Biarpun mereka memandangku pelik, tetapi apa yang aku mahukan Allah memandang aku cantik. Biarpun mereka tersenyum sinis, tetapi aku mahukan Allah tersenyum tanda kasih dariNya. Biarpun mereka menjauhi aku, tetapi aku mahukan Allah semakin dekat denganku..


Dan aku akan cuba menjadikan diri aku lebih baik dari mereka, InsyaAllah..kerana itulah yang membezakan aku dengan mereka.

Friday, January 9, 2009

sUsaHnyeR


huuu..tensionnye..da seminggu try reg tp xdapat2..tenet ni diciptakan utk mpermudahkan manusia..tapi kat indon, ni sume bnda yg senang jadi susah..benda yg murah jadi mahal..benda remeh jd sulit..

aku sebenarnye kena yakin & bersyukur kenapa Allah campakkan aku kat sini..ada one time aku terlepas cakap kat mama 'nape Allah campakkan *sy* kat indon ni? medan lagi!'..terus mama jawab 'tak baik mempersoalkan apa yang sdg Allah rancangkan untuk kita. kita ni hanya hamba Dia. kita sentiasa layak diuji oleh Dia. anytime. mungkin kalau *sy* dok kat ukm dulu, hanya kejayaan dalam ujian je, tapi *sy* xkan dapat kejayaan di sisi Allah..'

hmm..bila ingat ayat tu, kadang2 baru kite nasihatkan org mmg senang..tp bile kena kat btg hidung sndiri macam skng ni, susahnye nak terima Allah je yg tahu..

ikhlas tu adalah rahsia *sy* dgn Allah..tapi macamana nak yakinkan diri kte utk ikhlas??

& macamana nak bersyukur..syukur yang sebenar2 syukur dgn ketetapan yang Allah tetapkan..part ni plak teringat ustaz kat surau cakap, 'apa yg kita slalu fikir baik utk kita, x semestinya baik disisi Allah. macamtu jugak sebaliknya. yang perlu kita buat skrg adalah doa!' doa;
'Ya Allah, aku mohon Ya Allah, rancangkanlah sesuatu yang baik buat diriku, rancangkanlah sesuatu yang baik untuk diriku Ya Allah, yang mana baik juga disisiMu, jika kegagalan ini adalah yang terbaik untuk ku, baikkanlah juga ia disisiMu, jika kejayaan adalah yang terbaik untukku tapi tidak baik disisimu, maka jauhkanlah ia darikuYa Allah. namun begitu Engkau Yang Maha Perancang, aku mohon rancangkanlah sesuatu yang baik disisiku dan juga baik disisiMu.Amin'

bila kita slalu doa dan sentiasa jernihkan hati, InsyaAllah kita cuba jd hamba yg bersyukur..

walaupun kadang2 pahit utk menelan, tapi yang pahit itu adalah ubat...& yang manis selalunya adalah racun dalam xsedar...