Alhamdulillah mungkin ini merupakan tulisan terbaru tahun ini, setelah berbulan-bulan menyepi membina sarang labah-labah, insyaAllah Allah masih memberi keteguhan iman untuk terus berdiri dan melangkah diatas jalan ini..
Pelbagai onak dan duri yang menusuk, pelbagai liku-liku perjalanan yang dihadapi, pelbagai banjaran dan gunung yang didaki, namun Allah masih mengizinkan diri kerdil ini untuk terus berjalan dan melangkah bersama..
Terkadang hati ini jauh didasar lautan, terkadang hati ini melambung-lambung ingin terbang bersama sang camar mengeilingi keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa..
Terkadang masih terlihat kelibat yang teguh berjuang, terkadang sudah jauh mereka melambai..
Tapi hati ini masih menginginkan ISLAM, hati ini masih merindukan IMAN, hati ini masih mendambakan CINTA ILAHI, hati ini sungguh mencintai JALAN RASULULLAH..
Berbulan-bulan memberi alasan kepada diri sendiri dengan kesibukan dunia, baru hari ini tersedar untuk apa semuanya..hanya kerana kesibukan sementara, bangunan yang dibina tergendala ditengah jalan..inilah yang membezakan aulawiyat kita..mana yang harus diutamakan dan yang harus dikesampingkan..
Tujuan utama kita diciptakan dan tujuan kita menyibukkan diri dengan dunia..matlamatnya tetap sama..kita diciptakan untuk beribadah dan menjadi khalifah..kita menyibukkan diri seharusnya bagi memenuhi tujuan utama tersebut..bermula dari bangun pagi sampailah kembali semula ke tempat tidur, semua nya dilakukan bagi memenuhi tujuan utama tersebut..bergerak kita bagi memenuhi tujuan utama tersebut..
Tetapi sering hati ini menyalah ertikan tujuan utama tersebut, apabila dibezakan kedua tujuan tersebut, kaburlah pandangan apabila melangkah..sempitlah jalan yang dibentangkan, terasa sungguh jauh dan berliku..
Wahai teman yang kucintai..
cintailah jalan ini sepenuh hatimu
sampaikanlah seruanNya setulus hatimu
jadikanlah kesulitan sebagai guru
jadikanlah kesenangan sebagai cermin
tsabatkan hati ini kerana Allah..
No comments:
Post a Comment