Bermula sejak di zaman Rasulullah lagi, apabila umat Islam berkumpul dan bersatu mereka akan menjadi kuat. Tetapi kalau masing-masing hanya membawa diri masing-masing, umpama sebatang lidi yang rapuh, mudah dipatah-patahkan. Mudah juga dilempar sani-sini. Itulah kekuatan umat Islam. Kita akan menjadi kuat jika bersatu, tetapi mudah sekali rapuh jika hanya bersendirian.
Namun, seperti yang diajarkan Nabi, kita berkumpul bukan untuk berbual kosong, bukan sekadar bertanya khabar, bukan sekadar memenuhi masa-masa free, bukan juga sekadar memenuhi tuntutan kewajiban. Tetapi sungguh, jauh lebih besar dari itu semua. Kita berkumpul, selalu kita panggil liqa, usrah, halaqah..apa-apa pun, itu semua tujuannya untuk mengumpulkan kita. Tapi apakah hanya itu yang kita mahukan sedangkan jauh lebih besar dihadapan kita yang telah disusun untuk kita.
Bilal bin Rabah, sanggup menyelinap keluar ditengah malam dari jagaan tuannya, Umaiyah, untuk berkumpul bersama muslim yang lain. Apakah rahsia disebalik berkumpulnya Bilal sehinggakan, beliau menjadi ahli syurga yang suci hatinya, merdu suaranya melaungkan takbir mengajak kepada Islam, tinggi jihadnya terhadap Islam. Begitu juga Umar al Khatab ketika menyerang adiknya Fatimah al Khatab yang sedang berkumpul membacakan alQuran. Ada apa sebenarnya dengan usrah ni?
Ada yang menganggap usrah cukup sebagai suatu tuntutan kewajipan. "Sebab sy pernah terdengar kita kena join usrah, jd saya pn joinlah!".."sebab ustazah saya cakap, usrah tu wajib,,".."sebab sy rasa kalau saya xpergi usrah, saya rasa bersalah"..macam2 lagi jawapan yg menarik.
Tapi sebenarnya jauh dari itu. Terbentuknya para da'i yang mantap yang dihantar oleh Nabi ke Habsyah, Madinah dll sehingga berjaya menyebarkan risalah ini adalah kerana pembentukan yang dibentuk selama berada di dalam usrah. Mereka berjaya menjadi 'cream of the cream'..betapa hebatnya da'i yang dibentuk oleh Nabi sehingga mereka mahu menyebarkan risalah ini dan mahu memastikan seluruh umat didunia ini mendapatkan Islam.
Itulah yang kita harapkan dari berkumpulnya kita. Bukan sekadar suka-suki jumpa member-member usrah, bukan sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, tetapi sungguh besar peranan da'i kita daam membentuk kita sepanjang usrah dijalankan.
Bahkan melihat wajah sang murabbi pun cukup memberi jawapan kepada segala permasalahan. Segala beban dunia menjadi ringan melihat wajah murabbi kita. Itulah nikmatnya usrah kita. Kita berusrah untuk membentuk pemahaman kita terhadap Islam, untuk kembalikan kepada Islam, bersama membincangkan masalah umat Islam, bersama membincangkan sesuatu yang tak pernah kita bicarakan dengan orang lain di waktu-waktu biasa kita, di luar waktu usrah kita. Ilmu yang kita dapat dari pelbagai sumber, kita cuba uraikan agar dapat membentuk diri dan orang lain supaya menjadi seorang muslim yang beriman dan bertaQwa.
Pentingnya peranan murabbi kita dalam membentuk diri kita ketika dalam usrah. Jadi, bukanlah murabbi kita saja-saja nak menyusahkan kita dengan usrah, atau saja-saja nak bagi homework atau denda. Tapi semua tu adalah untuk membentuk diri kita menjadi individu Muslim yang sebenar-benar muslim. Selangkah kita membuka hati kita untuk memperbaiki diri kita, Allah akan mempermudahkan langkah yang seterusnya.
Jadi, bukalah hati kita, agar murabbi kita dapat membantu kita. Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang pada diri mereka (13:11)
Pernah seorang murabbi berkongsi, katanya, usrah is like rice, not just a cheese cake, sedap dan enak, tetapi jarang sekali kita perlukannya, tetapi nasi sudah menjadi makanan ruji kita, sehari tidak makan nasi rasanya x feel. Ada yang kekurangan tanpanya. Itulah usrah.
Tapi rasanya lebih dari itu, kalau kita umpamakan usrah ni seperti oksigen, macamana?? ^_^
No comments:
Post a Comment