Monday, June 28, 2010

KEMANAKAH KOMIT KITA

Kenapa kita komit dengan kerja dakwah?

Kita buat sesuatu bukan kerana ikut orang tapi kita buat kerana kita faham apa yang dituntut oleh Allah s.w.t. untuk apa kita berjuang.

Mujahadah merupakan tugas utama para Rasul dan pengikut-pengikutnya walaupun terpaksa melalui jangka masa yang panjang.

Perjuangan Nabi Nuh a.s. sangat lama iaitu selama 950 tahun, itupun 85 orang sahaja yang beriman, tidak termasuk isteri dan anaknya sendiri. Namun, adakah kita sanggup mengatakan Nabi Nuh a.s. gagal dalam misi dakwahnya?

Nabi Zakaria a.s. terus-menerus berdoa agar dikurniakan anak. Ketika umurnya hampir 100 tahun, begitu juga isterinya berumur hampir 100 tahun, baru mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama Yahya. Namun, setelah lama menunggu untuk mendapatkan anak, anaknya Nabi Yahya a.s. itu pula dibunuh oleh raja ketika itu di depan mata Nabi Zakaria a.s. sendiri. Malah, selepas itu Nabi Zakaria a.s. sendiri dibunuh oleh raja ketika itu.

Adakah kita berani mengatakan bahawa Allah biarkan perkara itu berlaku tanpa dibantu?

Tentu ada hikmahnya Allah tentukan peristiwa itu berlaku!

Orang yang Allah sayang, Allah matikan ia ketika berjuang di jalan Allah.

Namun, lain senarionya dalam hal Nabi Isa a.s. Beliau diselamatkan oleh Allah ketika beliau hendak dibunuh. Malah 11 orang pengikut Nabi Isa a.s. 'hilang' dan tidak diketahui kisahnya selepas itu.

Ini bermakna sekiranya para pengikut tidak memberikan komitmen 100%, maka kaum itu tidak akan berjaya sepenuhnya. Sebagai contoh, pengikut Nabi Musa a.s. bukannya jamaah tauhid, tetapi lebih kepada untuk menyelamatkan diri daripada kezaliman Firaun, walaupun Nabi Musa a.s. merupakan pemimpin yang bertaujidkan kepada Allah s.w.t.

Kisah-kisah di atas diabadikan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an sebagai iktibar atau pengajaran kepada kita.

Pemimpin yang hebat dan bertauhid kepada Allah, namun sekiranya tanpa komitmen tauhid daripada pengikut-pengikutnya, masyarakat itu tidak akan ke mana!

Senario Rasulullah s.a.w. pula berbeza dengan Rasul-rasul yang lain. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sunguh-sungguh komited dengan yakin atas perjuangan Rasulullah s.a.w., penuh ikhlas melaksanakannya kerana Allah s.w.t.

Seorang pemimpin mestilah membuat sesuatu dahulu, berkorban dahulu barulah menyuruh pengikut atau orang bawahannya membuat sesuatu. Hal ini dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ketahuilah bahawa diri kita ini adalah milik Allah s.w.t.

Berilah masa, pemikiran dan harta kita untuk jalan Allah s.w.t.

ps:
Ini adalah sebuah perkongsian dr sebuah usrah. Walaupun bukan usrah sy, tp isinya sgt bermanfaat utk dikongsikan dgn semua. Sering kita abaikan tujuan asal kita berdakwah. Tanpa kita sedar, kita berdakwah dengan tujuan yang semakin lama semakin bengkok dari tujuan asalnya, naudzubillah.
Semoga byk mmberi peringatan, terutama kpd sy sndiri yg tidak pernah lepas dari leka. InsyaAllah!..

No comments:

Post a Comment