“Tegakkanlah islam didalam dirimu, maka islam akan tertegak ditanah airmu”
(Imam Hassan al Hudhaibi)
(Imam Hassan al Hudhaibi)
Ungkapan yang penuh makna..iya..tegakkan islam didalam diriku, maka islam akan kembali tertegak ditanah airku..itulah mungkin yang lebih dalam ertinya..mungkin selama ini kita sentiasa menginginkan islam kembali tertegak, seperti tegaknya islam di zaman para khulafa..tetapi entah mengapa, bila dilihat melalui kaca tv, islam semakin lama semakin lemah..penindasan, kemungkaran, penipuan, kemalasan, keganasan, pemberontakan, dan selebihnya..islam semakin lama semakin ditinggalkan aslinya..semakin lama islam berubah dan bersalin kulitnya..hilang sudah keaslian dan kemurnian islam..
Islam yang suatu masa dahulu begitu unggul, begitu dihormati, begitu dimuliakan oleh semua makhluk dibumi ini..bahkan orang kafir turut tunduk menerima hukum dan mematuhi segala aturan islam dengan hati yang tiada sangsi dan ragu-ragu..mereka turut menerima islam sebagai suatu cara hidup mereka..namun sekarang, jangankan hukum, apabila disebut ‘saya beragama islam’, pelbagai asumsi muncul..pelbagai keraguan muncul terhadap manusia yang membawa agama islam..islam sekarang ini tidak lagi dipandang mulia..
Islam sekarang ini tidak lagi dipandang sebagai suatu cara hidup..mereka hanya menganggap islam sebagai suatu ‘religion’ ketika mengisi mana-mana borang..islam hanya dianggap sebagai suatu cara untuk kembali membetulkan diri diatas sejadah, setelah seharian terleka dengan nikmat dunia yang mengghairahkan..inilah reality islam sekarang..islam yang pure telah hilang keasliannya, yang tinggal hanyalah islam yang telah dicampur aduk dengan keinginan diri..begitu mudah menukar-nukar menurut kesesuaian diri..
“Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan kembali dalam keadaan dagang. Maka beruntungah mereka yang berdagang. Iaitu orang yang soleh ketika orang disekelilingnya rosak”
Sering kita mendengar hadith ini..memang sering..namun kita malas mahu mengambil tahu, malas untuk mengambil peduli dan melibatkan diri..tiada kaitan dengan hidup..islam dulu datang dalam keadaan dagang (asing), sangat asing berbanding masyarakat arab jahiliyah disekelilingnya..dahulu islam pelik, ketika budaya mereka adalah membunuh anak, islam datang menyelamatkan anak-anak tersebut..ketika budaya mereka adalah wanita dapat digunapakai oleh semua lelaki dan dianggap hanya menyusahkan hidup para lelaki, islam datang menyelamatkan wanita dengan membenarkan wanita dimiliki hanya dengan cara berkahwin dan mengangkat darjat wanita sehingga disanjungi..ketika tawanan perang ditawan kafir dilakukan seperti orang suruhan, seperti binatang yang tidak bertuan, namun islam menawan mereka dengan tiada sebarang pertumpahan darah yang terjadi, malah mereka dilayan seperti tetamu..pelik benar islam ketika pertama kali datang..namun peliknya sungguh bernilai..sungguh berharga..sungguh dibanggakan..
Pelik islam sekarang..sehingga tiada siapa dapat melihat lagi aslinya islam dizaman dulu..pelik islam sekarang sehingga melenyapkan kegemilangan islam, sehingga menghapuskan keindahan islam..sehingga keagungannya tenggelam..hanyut tidak bernilai..bahkan Nabi sendiri tidak lagi dapat mengenal ajaran yang suatu masa dulu dibawanya..sungguh berbeza!
Sehingga apabila ada yang ingin mengamalkan seperti yang diajar Nabi merka merasa sangat janggal, sangat tidak selesa..diperkata, disindir, dipandang sinis dan pelbagai lagi..inilah realitinya..bagaimanalah islam dapat diangkat kembali..bagaimanalah isam dapat kembali tertegak sesuai harapan dan impian yang kecil jauh dilubuk hati yang lemah itu..
Kadang-kadang kita merasa pelik.. “kenapa aku punya islam macam lain je dengan orang lain punya islam”..kita seperti ada extra atau minus dari islam orang lain.. “orang lain duduk melenggang panggung kat rumah, aku kena keluar buat macam-macam”..kita sendiri menimbulkan persoalan itu..kerana kita sendiri tidak kenal islam yang sebenarnya..kita hanya mengambil mengikut kesesuaian diri kita, mengikut kesesuaian environment kita, tetapi lupa islam yang asli..kita tidak lagi kenal islam dizaman Nabi seperti apa..bagaimana para sahabat begitu bercita-cita menyampaikan islam agar semua manusia didunia ini memeluk agama islam, merasai keindahan islam seperti mana yang mereka rasakan, mereka mahu menyelamatkan semua manusia ini dari menyembah tuhan yang lain..betapa mereka meletakkan keyakinan yang sangat tinggi terhadap islam..ketaatan mereka terhadap islam begitu terserlah..
Kita? Jangankan mahu menguasai islam seluruhnya, sedikit sahaja sudah pelbagai alasan yang dilontarkan..ya Allah! Siapakah yang akan kembali menggilapkan islam dimuka bumi ini??..Mahukah kita menyahut seruan itu?
Kerana itulah munculnya hadith ini:
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api”
Nabi tahu nasib kita sekarang..inilah orang yang berdagang..orang yang asing..inilah orang yang soleh dikalangan orang sekelilingnya yang rosak, mereka betul-betul memegang islam sebenar-benarnya..tidak hirau kata orang, tidak hirau penat lelah, tidak hirau masa tidurnya, tidak hirau wang ringgitnya..hidupnya hanya untuk islam..namun mereka sangat sedikit..siapalah yang sanggup menggenggam bara api..menyentuhnya pun sudah menjerit kesakitan..
Ketika islam begitu pelik, muncul seorang hamba yang menyahut seruan..muncul seorang yang mahu meneruskan perjuangan yang tergendala..perjuangan yang dilupakan..ketika islam pelik, pelik lagi si hamba ini..kerana dia mahu memperjuangkan sesuatu yang pelik..alangkah peliknya dia ini..apakah mungkin dia mampu untuk membawa sesuatu yang dianggap tersangat pelik oleh sekelilingnya??..inilah hamba yang mahu menggenggam bara api tadi..begitu sakit dia mahu meneruskan juga..begitu pahit mahu ditelan juga..begitu berduri mahu dilalui juga..
Nabi tahu keadaan umatnya sekarang..Nabi tahu, tetapi kenapa Nabi merindukan umatnya ini? Umat yang rosak ini? Nabi merindukan mereka yang berpegang teguh kepada islam seperti menggenggam bara api..inilah yang Nabi rindukan..kerana itulah yang disebut-sebut Nabi ketika ajalnya diangkat.. “ummati..ummati”..umatku..umatku..Nabi ingin berjumpa dengan umatnya..dua pilihan kita!..
Hanyut didalam bara api, atau sakit menggenggam bara api!!..
No comments:
Post a Comment