Thursday, July 1, 2010

IBN ABU JAHAL

Diatas kapal itu, berdiri seorang lelaki gagah perkasa..sosok tubuhnya seperti seorang pahlawan memang tiada siapa yang pernah silap menilainya..beliau merenung masa lalunya.. Dahulu beliau adalah seorang pembesar yang disegani dan digeruni, hartanya melimpah ruah, hasil dari warisan keluarganya yang kaya raya, juga usaha dirinya yang gagah perkasa..

Tidak lama kemudian, di tempatnya muncul seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah seorang Utusan, ingin membawa kepada kebenaran..beliau pantang menurut. Beliau adalah seorang ketua, mana mungkin tunduk kepada seorang lelaki yatim yang pengikutnya adalah terdiri dari orang-orang biasa..dendam kesumat beliau begitu menguasai dirinya..tiada sebutir kebaikan yang beliau tinggalkan dilubuk hati beliau..walaupun beliau pernah mengakuinya, tetapi tidak selepas ayahnya terbunuh di dalam perang Badar..Abu Jahal, itulah ayahnya..seorang penentang nombor satu perjuangan Utusan Pembawa Kebenaran..beliau begitu menyanjungi perjuangan ayahnya, sehingga bersumpah akan menuntut bela atas kematian ayahnya. Hutang nyawa tetap dibalas nyawa..itu sumpahnya..

Beliau terus merenung jauh zaman lalunya..peperangan demi peperangan dicetuskannya, demi menuntut bela..namun, semakin lama, teman-temannya meninggalkannya..sehingga hanya tinggal beliau sendirian..selepas Fathul Mekah, sokongan terhadap beliau begitu tipis, teman-temannya membelotinya, pengikutnya lari..namun beliau gagah perkasa..darah pahlawannya mengalir mengajarkan beliau pantang menyerah..beliau melarikan diri mencari bantuan..bantuan demi bantuan, namun kejayaan tidak berpihak kepadanya..

Sehinggalah didalam kapal ini beliau berdiri..beliau begitu mengharapkan sokongan dari Raja Habsyah..walaupun hanya sehelai sepinggang, beliau gadaikan dirinya sebagai anak kapal yang akan berlayar ke Habsyah..begitu dendam kesumatnya menguasai dirinya..ditinggalkan anak dan isteri yang dicintainya di Mekah..beliau yakin akan menuntut bela atas kematian ayahnya. Lagi pula, Sang Utusan telah mengumumkan bahawa darahnya dihalalkan sekiranya ada yang menjumpainya..mana mungkin dibiarkan dirinya dikerumuni oleh musuh-musuhnya sendiri..

Tiba-tiba..kapal yang dinaikinya bergoyang, angin ribut membuatkan kapal tersebut hilang pertimbangan. Anak-anak kapal sibuk dengan posisi masing-masing..namun ribut tersebut terlalu kuat..sehinggalah ketua kapal yang ditumpanginya itu berkata kepadanya ‘Berdoalah kepada Allah agar kita terselamat!!’..terkasima beliau mendengarnya..apakah lelaki tersebut seorang muslim??

Namun dalam keadaan yang genting, inilah peluang beliau menentukan kebenaran..apakah Latta & Uzza atau Allah yang akan menolongnya..namun, bibirnya meminta kepada Allah.. ‘Dengan Nama Tuhan Muhammad.. ’ tiba-tiba, angin ribut tersebut terus menjadi sunyi..

Saat itu barulah beliau mengakui ketuhanan Sang Pencipta, Tuhan Muhammad..sejak itu, hati beliau mulai terusik dengan ketauhidan Allah..beliau menyesal dengan sikap dirinya yang ego untuk menerima kebenaran di depan matanya..dendam kesumat yang begitu menguasai dirinya telah mengaburi cahaya kebenaran yang disuluhkan kepadanya.. ‘Ya Allah! Betapa hinanya diriku?!’

Namun, terlanjur beliau sudahpun tiba di hadapan Raja Habsyah..sebilah pedang dihunuskan diatas bahunya oleh Sang Raja tersebut..saat itu beliau ditanyakan mengenai Muhammad, beliau menjawab ‘Sebelum ini aku adalah penentang Muhammad yang pertama, tujuan aku datang adalah untuk meminta bantuan dari Habsyah bagi membunuh Muhammad, namun kini aku meminta jasamu agar melepaskanku supaya dapat aku pulang ke Mekah berjumpa Muhammad untuk melindungi Muhammad dan menjadi pembela Islam!’..Sang Raja tidak percaya dengan kata-kata anak Abu Jahal tersebut ‘apakah yang membuatmu berubah pendirian?’.. beliau mula menceritakan pengalamannya di atas kapal..begitu hidayah Allah datang menyapa kepada hambaNya dimana sahaja.

Sang Raja percaya dengan kata-kata beliau. Beliau dilepaskan dan pulang ke Mekah untuk bertemu Rasulullah..beliau mahu memeluk Rasulullah, meminta maaf atas kesalahannya..beliau tahu terlalu besar kesalahan yang dilakukannya, namun beliau yakin Muhammad pasti memaafkannya kerana peribadi Muhammad yang mulia dan pemaaf. Namun, beliau tidak yakin akan para sahabat juga penduduk kota Mekah yang lain..sudah ramai nyawa yang terkorban hanya kerana dirinya yang ego..sudah tentu ramai yang menyimpan dendam atas perbuatannya..

Tidak sabar rasanya ingin berjumpa isterinya yang tercinta juga anak yang disayanginya..namun cinta isterinya kepada dirinya begitu tinggi..isterinya keluar mencarinya supaya dapat memujuk beliau agar menyerahkan diri kepada Muhammad..beliau sedar akan cinta isterinya kepadanya..ditengah-tengah budaya bangsa arab yang kotor, wanita tersebut menjadi pilihan hatinya..mereka berkahwin kerana saling mencintai..mana mungkin beliau sanggup membiarkan isterinya diluar, tentu musuhnya yang ramai akan menuntut bela dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan isterinya yang sedang bersendirian. Perjalanan yang panjang ditempuh bagi menemukan isterinya..Alhamdulillah selepas mereka bertemu, isterinya segera menyatakan hasrat hatinya agar suaminya menyerahkan dirinya kepada Muhammad..isterinya juga sudah merayu kepada Muhammad agar perintah bunuh atas suaminya ditarik balik..

Apakah lagi yang harus diucapkan dibibir beliau..kalau boleh, sekarang juga beliau mahu menemui Muhammad!..namun, hatinya tetap takut akan musuh-musuhnya yang lain, belum tentu yang lain dapat memaafkan dirinya..diutuskan khadamnya agar bertemu Rasulullah..khadamnya sebenarnya telah lama memeluk islam tanpa pengetahuan beliau dan keluarganya..namun sekarang khadamnya telah beliau merdekakan. Namun, kemarahannya terhadap pengikut Muhammad telh berubah..beliau berjanji kepada dirinya akan membantu Muhammad menyebarkan Islam..

Diutuskan lelaki yang telah dimerdekakannya itu agar berjumpa Rasulullah untuk menyatakan hasrat hati beliau bertemu Rasulullah meminta maaf..Rasulullah menerima dan menyambut beliau dengan besar hati..tetapi masih kelu bibirnya untuk mengucapkan kalimah syahadah..beliau meminta masa kepada Muhammad ‘Aku belum bersedia memeluk islam kerana tidak mahu disebabkan rasa bersalahku, tetapi berilah aku masa agar aku memeluk islam kerana kebenaran islam’

Muhammad memberikan waktu kepada beliau..namun dendam sahabatnya yang pembelot masih menyala..sengaja disuluh-suluh agar Muhammad tidak menerima beliau..pada suatu malam, beliau ketempat yang telah dijanjikan bagi beradu nasib dengan sahabatnya dulu..hati busuk sahabatnya itu memang sudah diketahuinya..sejak kecil beliau bersahabat dengan lelaki yang bernama Suhail..Suhail datang membawa konco-konconya..perjanjian satu lawan satu dimungkirinya..Beliau dengan kuda tunggangannya lari namun dicelah-celah sebatang pohon, tiba-tiba beliau bagai ditelan..

Suhail terus menemui Muhammad dan menceritakan hal tersebut. Beliau tahu, pasti Muhammad sudah mengetahui hal tersebut kerana beliau adalah seorang Nabi utusan Allah..lalu, Muhammad tertarik dengan peristiwa tersebut dan sengaja mahu pergi ketempat kejadian..tiba-tiba dimalam yang gelap tersebut, ada cahaya terang keluar dari pohon tersebut..dan terdengar jeritan ‘tolong aku Muhammad!!!’..keluarlah beliau dan terus memeluk tubuh Muhammad.. ‘tolong aku..tolong aku!! Pohon ini telah menelan aku!!’..Muhammad dengan tenang meminta beliau menceritakan peristiwa sebenarnya dan akhirnya Muhammad berkata ‘Allah telah menolongmu berkali-kali, adakah kau masih meminta waktu?’ Lantas Ikrimah bin Abu Jahal mengucapkan syahadah..

Setelah kejadian itu, Ikrimah merupakan pembela Islam dan Rasulullah yang utama..misi demi misi disertainya bagi menyebarkan agama Allah.. ‘sesiapa yang bersahabat dengan Rasulullah adalah sahabatnya, dan sesiapa yang memusuhi Rasulullah adalah musuhnya juga’ itulah janji Ikrimah!! Ikrimah berjanji akan membela Islam sehabis-habisnya..kerana telah berlalu usianya dahulu menentang Islam, maka tidak akan disisakan walau sedetik waktupun agar beliau dapat membela Islam.

Ketika misi menyebarkan islam sampai ke Rome, beliau bersama-sama Khalid bin Al-Walid menyertai misi tersebut..saat yang getir menentang kuasa besar Rome begitu terasa oleh tentera muslim, sehingga Ikrimah memberikan cadangan agar ditubuhkan satu pasukan berani mati yang mara kedepan bagi menentang Rome. Sekurang-kurangnya bilangan tentera Rome menjadi sedikit untuk ditentangi oleh para muslimin..Mulanya Khalid tidak bersetuju, namun itulah tujuan mereka berperang.. ‘Mendapat kejayaan atau mati syahid!!’

Ikrimah berjaya mengumpulkan 300 orang yang berani menyertai pasukan tersebut. Setelah pasukan berani mati merempuh tentera Rome yang ramai, akhirnya Islam berjaya menakluki Rome..namun, Ikrimah cedera parah..Khalid segera mencari sahabatnya Ikrimah..beliau menuju ke khemah dimana dikatakan terdapat tiga tubuh yang mengalami cedera parah dan sedang dirawat..benar, Ikrimah ada disana..Ikrimah tersenyum sambil menahan kesakitan..beliau bersyukur kerana Islam telah menang dan beliau, bersama dua orang sahabat lagi cedera parah..Ikrimah kemudian meminta air kerana haus, Khalid lantas mengambil kantungannya..belum sempat diberikan kepada Ikrimah, Abbas disamping Ikrimah meminta air, lantas Ikrimah menyuruh Khalid memberikan kepada Abbas, tetapi belum sempat Abbas meminum air, sahabat disampingnya pula meminta air..tetapi Khalid tidak sempat memberikan kepada sahabat tersebut..beliau syahid di jalan Allah..lantas Khalid pusing kepada Ikrimah, dilihatnya Ikrimah juga telah syahid dijalan Allah..maka Khalid berpusing ke Abbas..Abbas juga telah syahid..mereka bertiga telah syahid! Syahid dan dijanjikan syurga..

MasyaAllah!! Sunhanallah!! Indahnya perjuangan para sahabat..mereka telah berjanji pada diri mereka sendiri bahawa mereka akan menjadi pembela agama Allah..walaupun dahulunya, silam mereka dilumuri darah para pejuang islam, namun mereka berjanji akan menggilap kembali darah tersebut dengan memperjuangkan Islam..benar-benar mereka melakukannya sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir..

Janji mereka telah tertunai, namun janji kita??

Pernahkah kita berjanji kepada diri kita untuk menggilap kembali masa jahiliyah kita dengan membela agama Allah..sudah, kita sudahpun berjanji semalam..tetapi adakah sudah tertunai?? Adakah sudah kita cuba untuk tunaikan??

Perjuangan para sahabat begitu hebat dan dahsyat berbanding perjuangan yang kita harus lalui..namun..adakah kita belum juga bersedia menghadapinya?? Adakah kita masih bertalik tali dan ragu-ragu untuk melaluinya??

Sejarah kita berbanding para sahabat jauh lebih cetek kejahatan yang kita lakukan, namun mengapa masih ragu-ragu terhadap pengampunan Allah??adakah darah kita pernah dihalalkan oleh Baginda??pernahkah kita menentang habis-habisan agama Allah??pernahkah kita membunuh beribu-ribu nyawa mereka yang berjuang dijalan Allah??

Namun Ikrimah menghapuskan dosanya yang lalu..sehingga beliau syahid!! Beliau syahid membela agama Allah dan berada di barisan ahli syurga..Subhanallah!

Ikrimah bin Abu Jahal dapat merasai nikmat syurga, kenapa kita tidak??

No comments:

Post a Comment