Friday, May 1, 2009

SIAPAKAH LEBIH LAYAK, KAU ATAU DIA??


Diriku bukan milikmu. Tetapi aku adalah milik Dia. Hatiku juga bukan milikmu tetapi adalah milik Dia. Adakah kau akan tetap memaksaku untuk tetap menjadi milikmu sedangkan aku sentiasa mengharapkan Dia sentiasa memilikiku? Ketahuilah, aku diciptakan bukan untuk menjadi khalifahmu tetapi sebagai khalifah Dia. Adakah layak dirimu berbanding diriNya?? Mungkin kau fikir selama ini aku tidak akan bahagia selagi aku tidak membuat kau bahagia. Mungkin selama ini kau fikir aku tidak adil terhadap dirimu. Tetapi adakah kau lupa siapa yang memberikan kebahagiaan itu? Adakah kau lupa juga bahawa dirimu sebenarnya milik siapa? Kau dan aku sama. Kita dicipta dari tanah yang sama. Tanah hitam yang berbau busuk, mungkin kau terlupa. Kita dicipta untuk tujuan yang sama. Tidak layak dirimu untuk menandingiNya. Tidak layak dirimu mengatakan kau lebih berkuasa terhadap diriku, jika kau tidak pernah bersamaku untuk bersamaNya. Apatah lagi untuk menghalangiku dari mendekatiNya. Walau aku diciptakan lemah dari dirimu, tetapi adakah kau lupa siapakah yang memberikan kekuatan itu? Mungkin kau lupa bahawa Dia sangat dekat dengan diriku. Malah lebih dekat dari urat leherku. Janganlah kau cuba merampas tempatNya dihatiku. Janganlah kau berani menggantikan Dia dengan dirimu. Janganlah kau lupa tujuan dirimu diciptakan. Dirimu diciptakan untuk beribadah kepadaNya. Dirimu diciptakan untuk menjadi penolongNya. Adakah kau lupa terhadap janjimu dengan Dia suatu ketika dulu? Janganlah kau lalai dengan diriku. Janganlah kau lalai dengan kehidupanmu. Janganlah kau lalai dengan dunia yang fana. Ingatlah dunia yang kekal sedang menanti disana. Sekiranya kau tetap ingin bersamaku marilah bersamaku disini agar disana kita kekal bersama. Sekiranya kau cuba meraguiku mengenaiNya, aku tidak akan pernah meraguiNya dan aku tidak akan pernah teragak-agak untuk memilihNya, untuk bersama denganNya.


2 comments: