‘Tidak berani’ lahir dari iman yang lemah..benarkah? atau adakah berani itu merupakan potensi diri yang dapat diwarisi? Ataukah berani itu dapat disifatkan sebagai ikut-ikutan, bila kawan kita berani, kita pun ikut sama berani, malah ada yang lebih hebat..adakah begitu?? Ataukah kita hanya perlu tunduk tanpa menegakkan kebenaran?? Atau menunggu super hero untuk menegakkan ia untuk kita?
Adakah begitu wahai HATI??
Iman yang dikatakan lemah, hanya dirasa ketika hati mulai tidak tenang atau tidak tenteram dengan perkara-perkara yang telah dilakukan, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduknya. Ada yang dirasa menentang dan ada juga yang dirasa menyokong. Ditambah pula dengan akal yang sentiasa berputar-putar mencari fakta serta bukti akan tindakannya. Namun nafsu yang cuba membenarkan keadaan sering melekakan, membuai enak hati dengan alasan-alasan yang tiada nas sama sekali. Malah memang telah dipegang kuat dari dulu akan ketidakbenarannya.
Iman yang lemah berjaya dibuai enak oleh nafsu sehingga berjaya mengatasi segalanya, membuat bibir menjadi kelu. Kelu untuk bersuara. Kelu untuk menegakkan kebenaran. Kelu untuk berani dan bertegas. Sehingga pendirian yang teguh mungkin malah luntur atau hancur akibatnya. Fitrah yang murni kini dilawan akibat iman yang lemah.
Apakah iman yang sering harus disalahkan???
Iman. Iman. Iman. Habis tu macamana nak tahu iman ni kuat ke lemah?
Sebenarnya bagaimana kita mahu memupuk iman sehingga ianya menjadi sebati dalam diri kita itulah yang harus dipersoalkan. Sehingga ianya benar-benar berfungsi selama kehidupan kita. Berfungsi melindungi kita. Berfungsi menggerakkan akal kepada kebenaran yang haq sehingga mampu juga untuk menggerakkan hati membezakan yang benar dan batil. Sehingga kebenaran dapat terserlah didepan mata. Sehingga hati berani menggerakkan bibir bagi menyatakan kebenaran.
Pengajaran terutamanya ditujukan kepada diri sendiri sebelum menuding jari merata. Mengapakah diri menjadi lemah seperti itu? Tidak berani menyatakan yang benar. Sanggup membiarkan jasad dipersalahkan.
Fikirlah wahai HATI!!
No comments:
Post a Comment