BismillahirRahmanirRahim..
Sesungguhnya diri ini hanyalah pinjaman..pemilik sebenarnya adalah Allah. Tapi kita insist mengatakan diri ini kita yang punya.
Wahai diri yang memenuhi seruan tuhannya..sudahkah cukup seruannya kau lengkapi?? Biar berapa tahun, diri ini dibiarkan terkapai-kapai..bagai yoYo..kejap diatas..kejap dibawah..kejap diatas balik..then dibawah lagi..namun Allah Maha Memiliki..Dialah pemilik hati ini..hanya sedetik Dia datang menyapa..hati yang tadinya gelap diselaputi kegelapan..sekelip mata Dia mampu mengubahnya jernih..
Pernahkah kita terbayangkan, bagaimana Kekasih kita begitu tersiksa ketika terputusnya wahyu dari Allah. Rasa rindu, sedih, bersalah dan pelbagai lagi mainan perasaan muncul ketika itu. Sehingga rasanya mahu sahaja dikorbankan dirinya agar Allah menyapanya kembali.
Tapi kita hanyalah manusia, hatinya begitu mudah dibolak-balikkan. Kita sanggup membiarkan hati kita kosong tanpa kata-kata cinta dariNya. Sedangkan KekasihNya saja begitu tersiksa terputusnya wahyu, tetapi kita, tanpa rasa segan silu, membiarkan hati kita seperti sebuah rumah yang kosong tidak berpenghuni.
Pada zaman ketika Rasulullah saw masih hidup, AlQuran dihidangkan dengan cara yang berbeza. Setiap terjadinya peristiwa-peristiwa tertentu, Allah akan menurunkan ayat-ayatNya melalui jibril. Sedikit demi sedikit diterima dan dihafal dan difahami oleh para sahabat. Tetapi di zaman kita sekarang, AlQuran terhidang didepan mata dalam bentuk buku, ada yang seperti dompet, ada lagi mp3, dll Tapi sudahkah kita menerimanya, menghafalnya, memahaminya, mantadaburinya?
Terkadang kita menunggu, menunggu dan terus menunggu sapaan itu datang menyapa. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa diri sendirilah yang seharusnya siap menghadirkan diri dihadapanNya. Apakah masih berselimut, kita tunggu Allah datang menyapa kita? Sungguh peliklah kita ni. Tidak sedar diri. Kalau dengan teman diperlakukan sebegitu, pasti macam-macam yang dihemburkan.
Ketika sibuk diri ini dipenuhi janji-janji kosong duniawi, barulah terdetik mahu pulang kembali mencari RabbNya. Terkadang buntu, terkadang samar. Tetapi Allah menyayangi kita. Bertarik tali kita denganNya, namun Allah tetap menyayangi kita...
Bagi orang yang memenuhi seruan Tuhan, mereka disediakan balasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruanNya, sekiranya mereka memiliki semua yang ada di bumi dan ditambah sebanyak itu lagi, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan itu. (13:18)
Adakah kita tergolong dalam group yang memenuhi seruanNya, atau sebaliknya? jawapan ada pada diri masing-masing.
Maka apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran, iaitu orang yang memenuhi janji Allah dan tidak melanggar perjanjian (13:19-20)
Kita mempunyai mata untuk melihat, apakah dibiarkan saja membuta tidak mahu melihat dan mengambil peduli? Tidak, kita tidak buta. Mata kita masih terang, dan akal kita masih berfungsi. Pasti kita marah jika ada yang mengatakan sedemikian kepada kita, tetapi sedarkah kita, itulah yang sedang kita lakukan sekarang. Mata masih terbuka celik, tetapi buat-buat tidak nampak AlQuran didepan mata. Hanya lalu, sentuh pun taknak apalagi mahu menelaahnya, jauh sekali. Tetapi sedarlah wahai diri, dirimu diciptakan begitu hebat dan mulia sekiranya kebenaran tersebut diambil dan janjiNya dipenuhi.
Perjanjian kita dengan Allah bagaimana pula? ya, kita masing-masing telahpun berjanji dan bersumpah setia kepadaNya. Tetapi.. ....
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sedikit dibanding kehidupan akhirat (13:26)
Inilah kita, terlalu sayang dengan kehidupan yang kita ada sekarang, sehingga semuanya kelihatan indah dan menggiurkan. Cita-cita tertinggi kita pacakkan, namun bukan untuk Allah. Semuanya kelihatan begitu pasti, tetapi sayang, itu semua fana. Tiada yang kekal melainkan suatu hari nanti ia akan hancur berkecai. Segala kenikmatan tersebut tidak dapat dibawa menemani kita dikubur nanti. Hanya kesaksian yang mampu membantu dan menemani kita.
Bangkitlah wahai diri, dirimu bukan hina,
kerana dirimu dicipta oleh Dia Yang Maha Sempurna
***********************************************
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (13:28)
No comments:
Post a Comment