Tuesday, March 30, 2010

SALAM CINTA

Assalamualaikum wbt,

Lama xmndengar khabar dr kalian sume..insyaAllah, kita cuba saling ingat mengingatkan, dalam kita memberi, kita juga harus menelan dan menerima..teguran demi teguran yg kita lontarkan, insyaAllah, ia juga merupakan lontaran terhadap diri sendiri..dalam kita cuba memperbaiki persekitaran kita, insyaAllah perbaikan juga ditujukan kepada diri sendiri..

Yang kita harapkan ianya tidak berjalan sehala dari mana2 arah, tetapi seiring hingga keredhaan Allah tercapai..
Segala yang kita lakukan bukanlah suatu angan-angan kosong, tetapi untuk meraih sesuatu yang pasti, sesuatu yang kita sandarkan keyakinan kukuh kepadanya. Bukan suatu impian dari sang Mat Jenin maupun Laila Majnun, tetapi impian seorang hamba untuk bertemu Tuhannya yang menciptakannya.

Tugas yang kita lakukan tiada limit, tiada jam kerja, tiada gaji, tiada habuan, tiada award, tiada penghargaan, tiada imbalan, tiada kata2 manis yang diharapkan. Tetapi lebih jauh dari itu yang kita mahukan. Tidak kelihatan dengan pandangan mata, tetapi dinikmati oleh mata hati. Bukan penghargaan dari orang yg istimewa yg kita mahukan, tetapi penghargaan dari Yang Lebih Teristimewa dari segala2nya yang kita sentiasa nanti-nantikan.

Ingatlah, bukan kesenangan yg kita harapkan, segalanya dijalani penuh ujian dan dugaan, penuh penantian dan harapan, penuh suka dan duka, ada pahit dan manisnya, dikaburi onak duri, berliku-liku tiada penghujung, sangat jauh, terlalu jauh..tetapi kita mahu melakukannya. .tetap ingin melakukannya, kerana kita telah meletakkan keyakinan kita kepada Sang Khaliq untuk mengatur langkah kita. Setiap yg kita lakukan demi Khaliq, walaupun pahit mulanya, tetapi kemanisan menanti dihujungnya.

Teruslah bangun dan berjalan wahai adik2 tersayang sekalian, biar kita merangkak mengatur langkah menuju perjalanan yang jauh, sesekali terjatuh, jangan lupa untuk kembali bangun dan berpautlah pada yang kukuh, asalkan kita tidak jatuh tersungkur dan tercelup lumpur. Biar walau naqibah2mu sibuk dgn urusan mereka, tetapi Naqib Yang Agung ada bersama kita.

Usrah kita umpama keluarga, malah lebih banyak masa kita dihabiskan bersama. Inilah makna sebenar usrah. Kita tidak sedarah daging, tetapi Allah menyatukan kita dgn ukhuwah yg terlalu indah. Inilah diantara butir-butir kemanisan yang telah dicampakkan kepada kita. Janganlah ada jarak diantara kita, kerana hati kita sudah saling menyatu diatas ikatan yg murni.

Ingatlah, masa sentiasa berputar meninggalkan kita. Kelewatan kita dapat merubah segalanya.

Akak mendoakan yg terbaik untuk 'keluarga kita', hubungan yg diikat kerana Allah, insyaAllah akan dipelihara oleh Allah setiap detik.

"Tarbiyah Bukanlah Segala-galanya, Tetapi Segala-galanya Bermula Dengan Tarbiyah"


jazakillah, salam yg tersayang buat adik2ku yg sentiasa dicintai Allah..

No comments:

Post a Comment