Kadang hati ini bisa menipu
Tetapi akhirnya ia kecundang
Mampukah hati menahan rindu
Walau pada insan, tetapi itu semua penipuan
Sering terdengar,
Jika kita merindu, kita sdg dirindui
Tetapi aku cuba meletakkan pada yg tidak pasti
Entahkan benar, entahkan tidak..
Apakah terbalas, masih tiada keyakinan
Sering aku merasa kesepian
Ingin diingati dan dirindui
Tetapi oleh siapa..pun tiada jawapan
Tetapi hati sering mencari-cari
Terkadang ketemu, terkadang tertipu
Jawapan sering mengecewakan
Tidak pernahkah aku sedar?
Sebenarnya aku merindui jauh dari semua itu
Jauh kepada sesuatu yg Benar
Kepada Yg Pasti itu
Tetapi dimanakah mahu ketemu??
Bagaimanakah bisa menjumpainya??
Terlalu yakin
Hati ini yakin sebenar-benarnya
Yang aku rindukan adalah Dia
Benar..Dialah!
Tetapi bagaimanakah??
Bantulah aku..bagaimana bisa aku dilihat oleh Mu
Selepas apa yg aku lakukan selama ini..
Apakah masih lagi dirindui olehNya..
Benar..benar-benar
Aku terlalu rindukan Dia
Hatiku sentiasa menjerit-jerit
Apakah sudi aku dipandang lagi??
Aku sangat memerlukan cinta dari Nya
Kenapa semuanya berlaku selepas kesalahan demi kesalahan yg aku lakukan
Malu aku mahu mengakuinya sekarang
Tidak mampu aku berpatah
Tetapi..
Aku mahukan Dia
Aku benar-benar perlukan Dia
Mungkinkah aku dapatkan semula?
No comments:
Post a Comment