Tuesday, December 1, 2009

TEMUDUGA CALON JENAZAH

kindly taken from : www.tahjudcinta.blogspot.com



Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Andacuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Iaakan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Iaakan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepadaorang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnyaapabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orangyang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketikabeliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanyadiletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinyadan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkarakebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangimalaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat :dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak adajalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakatberkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya :Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudahmula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakahpandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulusentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendaksembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akanmengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kamitanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad)yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksiankamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! NabiMuhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialahpesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkandan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamudibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satupintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janjiAllah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlahgembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dandisinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

No comments:

Post a Comment