Sunday, October 18, 2009

MOGA KITA SEMUA FULLTIMER..

taken from www.muntalaq.wordpress.com


Bila merenung ke langit dan melihat jarak UA yang ingin dicapai, ia tampaknya terlalu jauh. Bila? akan berlakukah angan-angan Al-Ustaz ISHAB itu? atau hanya angan-angan indah yang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Memang manusia (dan kadangkalanya kita) merasa ianya angan-angan. Apa tidaknya? Semua manusia berduyun-duyun ke tempat kerja di setiap pagi dan pulang petangnya dengan penat dan membawa tubuh yang telah longlai. Memapah otak yang telah kering dan kabur. Siapa yang akan bekerja untuk Islam dan mencapai matlamat tinggi Islam kita itu? Ada berapa kerat manusia yang bekerja sepertimana kerjanya engginer, penyelidek, buruh, pengurus dan penekun software di syarikat-syarikat gergasi dunia? Jika syarikat-syarikat gergasi itu telah jutaan jam disumbangkan oleh pekerjanya, namum hingga kini ia masih belum menjadi UA. Bagaimana kita?

Kita ingin mencari pekerja fulltimer untuk urusan ini. Tapi di mana? ada berapa kerat yang sanggup dan mampu? Di mana akan di dapati kehidupan seperti orang lain juga yang inginkan kahwin, rumah, kenderaan, menyekolahkan anak-anak dan membina hidup jika duit yang ada hanya cukup untuk petrol dan tambang ke tamrin, halaqah, daurah dan menelepon followup?

Adik-adik di IPT begitu bersemangat untuk bekerja dan bergerak. Tetapi dari mana akan didapati modal untuk tambang, petrol dan tel? dari mana duit untuk belanja mad’u dan anak buah? Sedangkan biasiswa sendiri pun cukup untuk sewa rumah dan tambang ziarah ibubapa?

Adik-adik ini begitu gembira bila mendapati ramai abang kakak mereka mula bekerja. Tentunya nanti tabung kita akan penuh dan mereka akan lebih mudah untuk bergerak. Mereka yang belum bekerja begitu mengharapkan itu semua. Tapi mereka tidak tahu bahawa abang dan kakak ini telah ada perancangan mereka dalam hidup. Abang dan kakak masing-masing menyimpan plan rahsia mereka sendiri; untuk hidup seperti orang lain di luar sana.

Saban hari tiada yang berubah. Adik-adik ini menunggu, bilakah dakwah ini akan berubah dan menjadi rancak setelah ramai dari abang dan kakak telah menjadi profesional yang bergaji 4 angka?

Adik-adik ini tidak sedar. Abang dan kakak mereka mempunyai perancangan hidup yang tidak cukup dgn bilangan 4 angka tersebut. Abang dan kakak bukan lagi student yang boleh hidup seperti dulu. Ada banyak tanggungjawab yang entah datang dari mana bila bertukar status.

Kesian…. tinggallah adik meneruskan cita-cita dan angan-angan mereka. Dakwah tetap seperti sediakala walaupun ramai abang kakak mereka telah bergaji dan berkeluarga.

Sebenarnya abang dan kakak tidak perlu menjadi fulltimer dakwah dgn meninggalkan kerja dan duduk bersama di asrama dan hostel menjadi seperti student kembali setelah tamat belajar. Mereka telah mendapat lesen baru di medan. Lesen untuk mengaut sebanyak mungkin ‘alat’ untuk membantu dakwah. Alat ini tidak mungkin dapat dicapai oleh adik-adik kita.

Ketika keluar dari rumah di waktu pagi hari, ber’jam’ di jalanraya bersama manusia lain atau berebut menaiki komuter dan LRT, abang dan kakak mesti ingat.. bahawa mereka sedang bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi untuk menyuap mulut dakwah yang memerlukan. Mereka bertarung sengit dengan mausia lain demi untuk meneruskan hidup mati dakwah. Ketika pulang, mereka membawa hasil kerja harian mereka untuk diserahkan kepada dakwah, setelah sebahagiannya di ambil untuk keperluan diri seperlunya bagi meneruskan pertarungan esok hari.

Alangkah indahnya kehidupan kita ini bila semua kita merasai bahawa mereka semua adalah fulltimer !

No comments:

Post a Comment