Friday, September 18, 2009

PERBAIKI DIRI TERHADAP ORANG


Bagaimanakah cara orang menerima kita?
cuba lihat ke sekeliling..
adakah mereka betul-betul dapat terima kita seadanya?

Cuba pula kita tanyakan pada teman disisi
adakah kita sudah cukup sempurna
pernahkah ada perasaannya yang terkecil hati dengan kita

Mungkin selama ini kita sering merasa, diri kita yang perfect. Orang disekeliling perlu respect dengan kita. Tapi pernahkah kita menanyakan kepada mereka secara terbuka, adakah benar begitu.

Hal ini mungkin kerana kita terlalu melihat ke cermin, yang terlihat hanyalah diri sendiri. Cuba pula kita melihat pada orang yang melihat kita.

Ada sepotong hadis menyatakan, dengan kata lainnya, jika kita mahu melihat diri kita, lihatlah pada orang yang kita jumpa. dengan kata lainnya, kalau dia senyum, pasti kita juga sedang senyum, tetapi kalau dia masam, pasti kita sedang bermasam muka dengannya.

Cubalah, dari hari ini ubahlah persepsi kita terhadap diri sendiri. Jangan terlalu taksub dengan diri sendiri sehingga tidak terlihat orang disekeliling.

Ketika kata-kata amarah dilepaskan, cubalah lihat ke cermin. Buruk atau tidak wajah kita pada ketika itu. Mungkin agak lucu ketika marah kemudian mencari cermin. tetapi cuba kita cuba. Betapa orang yang melihat wajah kita ketika itu, sudahlah kena marah, muka dah macam hantu lagi..

Bagaimana kita mahu orang menerima kita?
baik ketika senang, ketika duka, ketika marah..

Cubalah sehabis daya kita supaya mereka dapat menerima kita
kerana marah melulu tanpa melihat pada keadaan yang sebenarnya, hanya mengundang dosa, yang akhirnya menghitamkan hati sendiri.

Cubalah direnungkan kembali mengenai sifat pada diri sendiri supaya semua orang disekeliling kita dapat menerima kita dengan senang hati. Walaupun sedang senang, dapat bersama-sama senang. Walaupun sedang dalam kesusahan, dapat sama-sama merasainya dan mencari penyelesaiannya. Walaupun ketika marah, dapat menerima akan kemarahan kita dan cuba menenangkan kita. Supaya persepsinya pada diri kita menjadi baik..

Adakah sulit untuk memperbaiki diri sendiri?

Mudah kan?..maka cubalah perbaiki diri sendiri..

Janganlah hanya menghitung hari, menunggu orang mengubah diri mereka semata-mata kerana kita..mustahil kan!?

No comments:

Post a Comment