Saturday, July 18, 2009

UPDATED UO 13julai-AMAL ISLAMI


Baiklah..ini merupakan bahagian yang kedua dari UO 13 julai yang lalu. Maaf terlebih dahulu kerana akk mengambil masa yg agak lama untuk posting ini sebab kebetulan computer akk bermasalah dan juga Alhamdulillah berkat doa kalian, akk masuk clinical start 13 julai lalu. Jadi agak sibuk. (padahal masuk rumah sakit jiwa je pon..eh! bersembang ngan orang gila ni pon penat taw..asyik ketawa jer..mane x penat..ahaa~a ada yg menyanyi la, mintak duit la, macam2! Seronok taw..) ok2, berbalik pada topic perbicaraan kite. Ada x sesiapa yang masih tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan amal islami?..baiklah, amal iaitu kerja..maka amal islami adalah kerja-kerja islam. Disini Bah berkongsi sebuah cerita dengan kita. Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW oleh para sahabat, apakah amalan yang paling baik yang dikasihi, kemudian dijawab oleh baginda solat pada waktunya..kemudian ditanya lagi oleh sahabat yang lain, apakah amalan yang paling dikasihi, kemudian baginda menjawab berbuat baik pada ibubapa, kemudian ditanya kembali oleh sahabat yang lainnya soalan yang serupa, dan baginda menjawab jihad fisabilillah. Namun demikian, para sahabat tetap bertanya dan bertanya apakah ada lagi amalan yang paling mulia? Kemudian baginda menjawab, “nescaya sekiranya kamu Tanya, maka akan aku tambah” ok.. kat sini apa yang kita dapat sebenarnya..? (eh!? Awat nabi asyik ubah2 jawapan..biar tol?..hmm..) bukan la Nabi main2 jawab jer..tapi Nabi jawab pon ada skill..thats why jawapannya berbeza..so, kita para dai pon ketika ditanya bertubi2 oleh mutarabbi kita, janganlah bagi jawapan yang terlalu kaku..rigid..sehingga tak mahu ubah langsung..ikut keras kepala kita jer..haa..berdasarkan jawapan Nabi ni, dapat kita tahu menjawab dengan penuh berhikmah..baginda tahu peribadi masing2 sahabat yang bertanya, ada yg lalai terhadap waktu solat maka dijawab baginda amal yg paling dikasihi adalah solat di awal waktu. Kemudian sahabat yang kedua bertanya lagi di jawab berbuat baij terhadap ibu bapa. Nah, kat sini nak menggambarkan, sehebat manapun kita beramal dan berdakwah, tetapi jika tanggungjawab terhadap ibu bapa diabaikan, adalah merosakkan amalan tersebut. Jadi, janganlah kita mengabaikan mereka. Mungkin baginda melihat sahabat ini kurang memberi perhatian kepada ibu bapanya sehingga mungkin menyebabkan ibubapanya terkecil hati..

haa..pernah x dgr nasyid dari Fareast, azimat bonda;

“setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan,

segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan,

tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya,

azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam”

(ahaa~ jgn ingat akk x terer nyanyi..ngehee~). Ha! Akk sering tegur adik2 akk jgn biarkan ibu berkecil hati, walaupun x sengaja..dengar tu, tertutup pintu syurga taw. Pernah x korg dgr kisah seorang sahabat yg ketika di hujung waktu usianya, sulit sekali untuk nyawanya lepas, maka isterinya (kalau x salah) berjumpa baginda n tanya apa yg patut die buat ya Rasulullah?! Kemudian baginda jawab, pergilah jumpa ibu sahabat tersebut. Walaupun si isteri ini merasa bahawa suaminya tidak pernah berbuat dosa kepada ibunya, namun diturutkan juga. Apabila ditanya adakah masih ada dosa anaknya yg belum diampuni, maka si ibu menjawab tidak ada. Tetapi isteri tetap bertanya dan bertanya lagi, maka barulah ibunya teringat bahawa pernah suatu ketika dulu ibunya terkilan kerana sikap anaknya yang semakin kurang memberi perhatian terhadap ibunya selepas beliau berkahwin dgn isterinya. Ha, sampai macamtu sekali..padahal ibu die pon x perasan die ada pernah tersimpan sakit hati itu. Apa lagi kita ni?!..mahu je marah n merajuk bile x dapat duit nak beli baju~ahaa..jgn macamtu yer..kite x taw hati ibu ni macam mane..kadang2 kita slalu rasa; alah, mak aku x kesah aku buat ape pon..mesti die fahamnye..tapi pernah x kita terfikir, mak kita jg manusia biasa yg x terlepas dari kesedihan. Ibu juga mempunyai impian terhadap anaknya masing2. Hati ibu juga lembut seperti hati manusia yg lain. Ok2 kita lanjutkan lagi, kemudian dari jawapan2 baginda juga, dapat kita lihat kepentingan2nya mempunyai priority masing2. ok, solat pada waktunya merupakan ibadah kepada diri sendiri kan, buat baik kepada ibu bapa merupakan ibadah kepada keluarga, dan jihad fi sabilillah merupakan ibadah terhadap orang ramai. Ini menunjukkan apa?! Haa~..jgn pening! Ini adalah paksi yang diletakkan oleh baginda. Walaupun susunannya berbeza2 mengikut individu2. apa ni?..ahaa~ ok..Nabi akan menjawab pertanyaan sahabatnya berdasarkan orang yg bertanya. Mana yg harus diutamakan, mana yg harus di beri prioritas yg lebih dari yg lain. Mgkin mutarabbi kita ni rajin betul dtg usrah kite, tp suke lambat2kan waktu solat die..sikap die terhadap teman2 die ok je..xde pon suke sakitkan hati pon. Cume part solat je slek sket. Ha..kat sini kita taw die x berapa pedulikan hal dirinya terhadap tuhannya. Die leka dgn tgungjawab die sndiri, so kita nasihatkn die spy solat di awal waktu itu amat2 dituntut oleh Nabi..kalau lambat2 nnt sebelah kaki kita dah tgu dah standby kat neraka..terlepas je waktu solat, teruslah kedua2 kaki kita ni dah kat neraka..haa nak ker macamtu?! Mesti sebelah pon kite xnak kan.. Begitulah juga yg dikatakan oleh Saidina Ali “berkatalah kepada manusia berdasarkan tahap akal mereka”

Ok..skrg kita teruskan pada masalah2 dalam beramal islami ni..apa jer masalah yg kita hadapi..yg pertama seperti biasalah, kasal da’awi iaitu malas. (Ni akk pon ade gak sket2..ehee..byk sbnrnyer!) ok..masalah ni adalah hambatan utama kita..kita tahu ramai adik2 atau sahabat2 kita yg commited ngn usrah n daurah yg slalu dianjurkan. Even mutabaah die full! Xde pony g die x buat. Tapi kenapa mereka xnak berdakwah or kdg2 bg seribu satu macam alasan lg..kdg alasannye pon same jer; x bersedia lah, takutlah..n macam2 lagi..inilah yg menghambat individu commited tadi untuk menjadi Islamic workers. Masalah ini tidak diatasi ketika dia masih ditahap individu muslim yg commited. Sehingga apabila dia menginjak satu anak tangga menjadi Islamic workers, dia tidak dapat sepenuhnya maintain. “Kakinya bagai diikat oleh rantai besi!” ayat Bah. Itulah yg menyebabkan die lambat menjadi Islamic worker. Ramai yg takut akan komitmen. Even komitmen terhadap teman n family. Ni lagi pulak komitmen terhadap orang lain. Nak bg usrah tiap2 minggu, pergi usrah utk diri sendiri lg, daurah lah, rehlah lah, jaulah lah..n macam2 lah..(ahaa~ clang association!..ingat x per tu? Clang assoc. tu kan manifestasi terhadap gangguan cara berfikir..alaa cari la dlm kuliah jiwa/psychiatry!..haa..so ssape yg bg ayat2 clang camni..maka bolehlah dapatkan konsul segera sblm terlambat..ahaha~) ok2, kalau muslim biasa akan melihat or melakukan perkara2 sepele..contohnya still watch movies (akk nonton gak nih!), main game(nsb akk x terer main!..hehe), facebook/ friendster lah (alamak akk der gak nih!)..tapi kalau muslim yg commited n tahu hakikat dia diciptakan menjadi khalifah, dia akan merasa ada jer dakwah yg x tersampaikan. Ada je yg x beres. Ok..so kalau ada yg merasa ape yg die buat ni slalu berhadapan dgn masalah, maksudnye die adalah seorang Islamic workers. Cz hanya org yg buat kerja yg akan berhadapan dgn masalah (jom! Wat2 rajin jom~)..malas ni actually berlaku secara direcn n indirect, which is (ayat bah~hehee..) secara indirect nye die tidak proaktif, tidak memerlukan keperluan2 yg ada, x dapat berkembang.

So, masalah yang kedua sering kita hadapi dalam beramal islami ini adalah tidak tersusun, seterusnya yg ketiga adalah amal islami ini cukup hanya dijadikan sebagai kerja2 sampingan jer..ok, Bah bg kite analogi seperti membuat tomyam..dimana tomyam yg sedap n ade thrill! Mesti yg diletakkan rempah2 spices2 mengikut susun aturnya kan..kalau pakai taruk je sume dalam periuk tu, tutup n masak..rasanya nnt pasti x sama dgn tom yam yang first td kan..macam tu lah jugak kita dalam beramal ni..kalau wat kerja x tersusun, kerja tu x proaktif..susah nak berjalan ngn lancar. Kat sini kata Bah, ustaz ungkapkan seperti ini “tarbiyah is not a cheese cake, but nasi!! ”..ada ssiape yg xdapat tgkap x?..hadiah menanti kepada siapa yg mengerti..hehe~..so, amal islami ni bukanlah kerja sampingan yg diambil pada waktu lapang, tp setiap masa..our whole life!.. dakwah seolah2 menjadi rutin bagi dirinya!~subhanallah, kita semua sdg bekerja mnjadi seperti itu kan?!~..ok..kita lanjutkan, masalah yg keempat dan seterusnya adalah sibuk dengan amal2 dhaif, tidak faham, dan juga pertengkaran sesame pekerja islam. Bagi mereka yg tidak faham n tidak yakin, harus diketahui bahawa ilmu itu di transform mengikut kefahaman kita, walaupun kdg2 kita xfaham, ia tetap menjadi fikrah..so, jgn give up tanpa mencuba sedaya upaya..macamana kita nak faham kalau buat x sepenuh hati kan?!~ kita kna sentiasa pegang bahawa ilmu dapat mengungkapi fikrah tersebut n perkara ini x dapat terjadi bila keyakinan kita padanya kurang! Menghafal tak tentu hala tapi x faham pun x leh. Even kite exam, kalau pakai hafal je, ilmu tu lekat sejam dua je kan..tapi kalau faham n aplikasikan, fuh, lekat insyaAllah sampai bila2..tol kan?! N lagi sati, tak faham tu juga akhirnya cenderung menyebabkan seseorang tidak mahu membuat kerja. Betul x?..kita ada byk contoh2, kejadian2, teman2..yg mana xpernah lepas dalam perkara2 seperti ini..kita jgn menarik diri dari memberi nasu=ihat pada mereka, tapi kembalikanlah semangat tu pada m,ereka semula..cz, x mustahil one day kita akan merasa perkara yg sama n sayangnya juga, tiada sesiapa yg menarik kita kembali..jangan lah perjuangan ini hanya dilakukan bagi mengisi masa lapang..jadikannya sebagai sesuatu yg penting..jadikannya sebagai matlamat kita.. “aku belajar nak jadi doctor so that one day aku boleh sumbangkan duit or tenaga aku pada mereka, aku nak sampaikan agama ni so that mereka sedar indahnya agama ini”..jadikanlah diri kita sebagai icon islam..simbol wujudnya pekerja islam yang berani tampil, bersedia membantu and so more..sentiasalah memperbaharui smangat2 kalian..ok adik2 ku!!..sampai sini dulu, insyaAllah kita sambung next time..wallahua’lam

2 comments:

  1. Salam,

    Sedikit cadangan dari saya.. mungkin saudari perlu wujudkan perenggan pada artikel agar mudah untuk membacanya. Syukran.

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    terima kasih atas komentarnya..terasa sgt segan krn dibaca oleh ustaz..insyA saya akan berusaha improve..=p

    ReplyDelete