Thursday, July 9, 2009

UPDATE UO (3 Julai)

Salam alaik

Bagi mengisi masa yang diberikan Allah selama 2 minggu (walaupun sekarang hanya tinggal beberapa hari je lg..) dengan harapan masa yang diberikanNya tidak menjadi sia-sia walaupun agak terlambat. Dan saya mengharap teguran dari Bah n Kak dina kalau terbaca entry ini yerr~ner taw tersalah salin ker)

Beberapa hari yang lalu kami mengadakan usrah online. Dan bagi yang tidak dapat mengikuti UO tersebut, telah saya janjikan akan memberi dalam bentuk tulisan. Memang sulit ketika berada di rumah untuk kekal istiqamah menjalankan dakwah (akak faham..hee~) ditambah pula kerja2 rumah yang menimbun..(hehe..sabar ye!..tu belum kawin n kerja lg..ahhaa~).

Anyway, minggu lalu UO kita ada 2 kali. Pertama diberi oleh Bah, n second oleh Kak dina. Hopefully lepas ni dapat kita UO lebih kerap lagi memandangkan sebahagian dari kita sudah ada yang pulang Malaysia..(lepas ni entah bila lg kite dapat usrah sesame lg kan~sementara semangat masih membara!~hehe..yuk kita UO!)

Ok, tajuk yang di bahas kelmarin berkenaan 10 muwasofat oleh Hassan Al Banna (haa! Ada yg terlupe ker?..ni kena review balik nnt nih..hehe~). Ok berkenaan seorang muslim haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Mungkin ada segelintir dari kita yang hanya berfikir, “cukuplah apa yang aku tahu kat sini jer..malas aku nak amik tau ape jadi kat sane kat diorang, ape kaitan dgn hidup aku anyway asalkan aku tak kacau orang n happy, dah cukup!” atau mungkin berfikir, “asalkan aku dapat jadi doctor one day, aku malas nak update, nanti aku dah kerja aku update la info2 mane yang aku tertinggal”. (Ahaa..ada sesiapa adik2 akak yang berfikir macam tu ker? Baik mengaku! ada punishment time korang balik nanti yer~hee)

Sambil-sambil korang dok kat umah, apa kate buka buku2 apa yang ada kat rumah. Akak percaya paling kurang sebuah buku pasti ada kan!? Bagi menambah pengetahuan kita, bahan bacaan sangat membantu. (di tambah pula dengan internet yang tidak terjangkau luasnya, n boleh pilih pun apa yang korang nak baca ikut suka selera masing2) Paling afdal tu yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah. Tapi seperti yang kita tahu ada juga pelbagai buku yang dibahas oleh para ulama yang ‘tsiqah n universal’ (bak kata Bah~heee) yang boleh di pegang oleh kita sebagai bahan bacaan kita. Untuk apa kita baca? Yes, untuk top up balik ilmu2 kita yang tertinggal. Tambah masa2 cuti ni la korang nak membaca kan?! Kalau hari biasa banyak assignment, tutorial la, pleno la..haa..ni alasan ape lg korang nak bagi kat diri korang?ahaa~kan! ;p (u got 24 hours for urself!)

Sambung, ciri2 orang yang berpengetahuan luas adalah
1. Membaca n menulis dengan baik
2. Membaca tafsir at least 1 juzuk dari AlQuran
3. Memelihara hokum tilawah
4. Menghafaz setengah dari hadis 40
5. Menghafaz 20 hadis dari raudatus salihin
6. Mengenali 10 syurga
7. Mengetahui hukum bersuci
8. Mengetahui hukum solat
9. Mengetahui hukum berpuasa
10. Membaca sesuatu di luar bidang kita, at least 4 jam/ week
11. Memahirkan diri dengan wasilah moden
12. Sentiasa peka dengan serangan pemikiran
13. Mengetahui pertubuhan yang menyeleweng
14. Mengetahui keburukan n kebaikan KB (ingat x? keluarga berencana!)
15. Mendengar dengan baik
16. Mampu memberikan pandangan
17. Bersedia menerima tugas yang kolektif
18. Tidak menerima syubhah yang dilemparkan kepada kita

Mungkin ini hanya yang dapat disenaraikan. Kita tahu ciri2 orang berilmu pengetahuan luas tu sangat banyak..n mungkin ada yang korang nak tambah? “Erm, saya rasa akak ada yang tertinggal la..ada je yang saya rasa tertinggal..”..xpe! “u’re free to add on!!” yang penting kita sentiasa mencuba untuk mempunyai ciri2 tersebut..ok;p! chaiyok adik2ku!!

Kalau tidak salah akak, yang diberi oleh Bah ini adalah petikan hadis, tapi akak tak berapa clear sbb terputus2 time tu (so harap Bah dapat betulkan akak yer~)mungkin juga sebuah perumpamaan(maafkan saya..inilah kelemahan on9..=p tapi kita cuba juga ya!)

“Di bumi ada yang dapat menumbuhkan rumput, tetapi ada di bumi yang tidak dapat menumbuhkan rumput, dan ada juga yang tidak mampu menumbuhkan rumput”

Disini, seramai mana yang mampu mengambil kejadian alam dan berfikir?

Bumi yang dapat menumbuhkan rumput merupakan golongan yang mampu menerima ilmu, menyerapnya dan memahami serta mampu menyampaikan kepada orang lain, sama seperti rumput yang tumbuh menghijau segar (..menyegarkan mata yang memandang~~ni ayat akak!;p). Seperti itulah lahirnya orang-orang yang mampu memberi manfaat terhadap orang lain. Hati diumpamakan seperti tanah yang mampu menyerap ilmu tersebut sehingga melahirkan orang yang bermanfaat. Manakala hujan yang gugur menyirami bumi diumpamakan seperti ilmu yang dapat diserap dan menumbuhkan tumbuhan2 yang cantik. Seperti mana Imam Syafie yang tahu akan hukum-hakam. Beliau mampu melahirkan ilmu yang menyebabkan orang lain faham dengan ilmu tersebut (“tapi kami ni bukan macam tok imam kak!”..”alaah..ingat tok imam je ke leh membaca, habistu korang tak nak tambah ke ilmu tu..bukannye korang kena buat buku..tol x?!”;p)

Namun ada juga golongan yang tidak mampu menyerap ilmu tersebut, tapi die tamping ilmu tu dan mampu memberikan pada oranglain. Tapi sayangnya, tidak mambu beri pada diri sendiri..(haa~yang ni sayangla kalau jadi kat kita..tol x?! penat2 kita tampung, tapi tak bagi efek kat kita..padahal kalau boleh, ilmu tu lah yang dapat beri manfaat pada kita..(haa makanya! Buang payung tu! Biar hujan membanjiri hati kita!!membersihkan lumpur-lumpur yang kian tebal..Jangan sumbat hati-hati kita dengan bahan-bahan toxic yang menyebabkan cirrhosis hepatis! End stage pulak tu..ahaa~) Tapi yang bagusnya golongan ni, die mampu menyampaikan kat orang lain..jadi? apa bezanya? Haa..lihat balik golongan yang pertama tadi balik yerr~;p

Golongan yang ketiga ini pula tidak mampu memberi manfaat kepada dirinya dan kepada diri orang lain..bagus punye water resistant ni!! Ini lebih sesat dari haiwan ternak! Sehingga menjadi bahan bakar api neraka!!(nauzubillah!)

Kita kalau boleh sangat-sangat memerlukan ilmu pengetahuan seperti mana kita perlukan hujan malah menurut hadis riwayat Ahmad, ilmu itu hujan, kita perlukan ilmu lebih lagi dari kita perlukan hujan (especially kat Medan ni..panas tau! Syukur 2 hari ni hujan..alhamdulillah..akak dok uma je la yer~hehe=)..)

Ok..tu baru bahagian pertama dari yang Bah bagi kat akak..ada lagi sambungan die. Belum lagi yang Kak dina update..insyaAllah akak update lagi ngan korang nanti yer~thanx 2 both of u!! sabar dgn ragam kami;p~harap semangat korang masih menyala2 sepertimana hari-hari kita bersama di sini yer..take care!=P


2 comments:

  1. assalamualaikum kak..huhuhu...tak dpt ikut but ayukran sbb akak letakah sama2 kat blog...mmg duk kat umah nie ujian la..jd mls..akak masa bc part awl2 td sedey la nak ngs plak sbb dah tak bleh duk usrah sama2...
    apa2 pun akak doa sy bleh lwn nafsu nie..cobaan betul nnti kim slm kat kakak2 terchenta kat sn...rindunya.

    ReplyDelete
  2. yke..ahaa akak x bmaksud plak bsedey2..tp aesyrin kate, ttbe akk jd sedey gak..tp xpe..tenet mghubungkan kte..tp ade daurah kat msia..contact k.saufi..dorg tgu korg cntact..keyh..semangat! gambatte!

    ReplyDelete