Wednesday, June 1, 2011

MENGUBAH TAK BERUBAH




Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (13:11)
 Seringkali kita mendengar ayat ini dibacakan bagi meneguhkan hati kita agar perubahan bermula dengan diri kita sendiri. Tapi sejauhmana kita betul-betul menghayatinya sepertimana yang seharusnya. Tidak terlepas pada diri ini, walau diulang berbuih-buih ayat ini, namun masih juga kurang jelas. Bukan kerana apa, hati ini sentiasa digoda untuk tidak mahu faham.

Pernah suatu hari rumah kami diserang cikTi. Sungguh waangi dan harum. Kalau dibiarkan dan tidak dicuci dengan bersih-sebersihnya, cikTi akan mendouble malah mentriplekan bau yg sedia ada. Dengan keadaan housemate yg x mengizinkan untuk ikut cuci bersama kerana masing-masing sibuk, xkanlah mahu dibiarkan begitu sahaja. 

Beratnya jasad ini mahu bangkit memulakan langkah. Tapi takkan bau itu akan hilang begitu sahaja. Mahu solat hajat sahaja? Xkan kemana bau tersebut. Minta alim ulama doakan agar dihilangkan oleh Allah bau tersebut? Mustahil perkara tersebut dapat terjadi jika bukan diri kita sendiri yang bangun dan ambil berus, sabun, getah paip, air dsb. 

Begitulah juga keadaan kita. Allah memberikan kita akal berfikir dan memilih, jasad untuk kita berusaha. Dibantu dengan roh yang bertasbih mengadap dan meminta bantuan dari Allah.


Wallahua'lam

Sunday, May 15, 2011

Ya Allah..aku pasti merindui..T.T

Dalam sedar tak sedar..hanya tinggal 2 hari lagi aku akan meninggalkan bumi Medan ini..setelah 6 tahun, betah jauh dari tanah air..

Hakikatnya tak lah begitu jauh, namun begitu luas nikmat yang Kau kurniakan..

Ya Allah..begitu banyak yang aku pelajari disini..
Di sini aku mengenali Mu..Di sini aku bertemu dgn tarbiyah Mu..Di sini aku belajar bertatih dan merangkak..Di sini aku pernah diselubungi suka duka..Di sini Kau telah membuka mata hatiku..

Bertemu dgn mereka begitu banyak tarbiyah Kau taburkan bersama..

'Setiap kesulitan pasti akan Kau datangkan kemudahan'..dan aku bersyukur Ya Allah, Kau tidak pernah membiarkan diriku dalam kesulitan..

KehadiranMu ketika Kau datangkan bantuan..demi bantuan..demi bantuan..semoga akan membuat aku lebih mencintaiMu..lebih menyayangi jalan yg Kau bentangkan

Mengenali mereka adalah kenangan terindah..semoga ia abadi di dalam memori hati ini..

Ya Allah, aku tinggalkan mereka dgn penuh tawakal kpd Mu
Jagalah hati dan diri mereka..hadirlah dalam setiap langkah yg mereka ambil..

jaulah ke Gunung Sibayak..
KITA