Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (13:11)
Seringkali kita mendengar ayat ini dibacakan bagi meneguhkan hati kita agar perubahan bermula dengan diri kita sendiri. Tapi sejauhmana kita betul-betul menghayatinya sepertimana yang seharusnya. Tidak terlepas pada diri ini, walau diulang berbuih-buih ayat ini, namun masih juga kurang jelas. Bukan kerana apa, hati ini sentiasa digoda untuk tidak mahu faham.
Pernah suatu hari rumah kami diserang cikTi. Sungguh waangi dan harum. Kalau dibiarkan dan tidak dicuci dengan bersih-sebersihnya, cikTi akan mendouble malah mentriplekan bau yg sedia ada. Dengan keadaan housemate yg x mengizinkan untuk ikut cuci bersama kerana masing-masing sibuk, xkanlah mahu dibiarkan begitu sahaja.
Beratnya jasad ini mahu bangkit memulakan langkah. Tapi takkan bau itu akan hilang begitu sahaja. Mahu solat hajat sahaja? Xkan kemana bau tersebut. Minta alim ulama doakan agar dihilangkan oleh Allah bau tersebut? Mustahil perkara tersebut dapat terjadi jika bukan diri kita sendiri yang bangun dan ambil berus, sabun, getah paip, air dsb.
Begitulah juga keadaan kita. Allah memberikan kita akal berfikir dan memilih, jasad untuk kita berusaha. Dibantu dengan roh yang bertasbih mengadap dan meminta bantuan dari Allah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment