Friday, April 16, 2010

KAIN TEBAL, HITAM DAN BUSUK

dimanakah hati?
kemanakah hati?
sudahkah aku menutup hatiku?
subhanallah kembalikanlah hati ini
kembalikan ia bersama Mu

adakah cukup sampai disini perjuanganku selama ini
adakah ini kesudahannya
setelah cahaya yang Kau suluhkan
aku menutupinya dengan kain
kain yang menahanku dari menerima cahaya itu

Ya Allah
singkirkanlah kain ini
kain tebal, hitam dan busuk ini
layaknya aku menggantikan cahaya itu dengan kain ini??

kemanakah harus aku melarikan diri
dari kain yang tebal, hitam dan busuk
dulu cukupku menyimpannya
tetapi sedar-sedar aku kembali mengambilnya

Ya Allah
bagaimana aku mahu membuang
kain tebal, hitam dan busuk?
buangkan! campakkan!
campak jauh-jauh! sehingga tidak lagi kutemui
kain tebal, hitam dan busuk ini
walau beribu batu aku melangkah,
walau beribu batu aku berlari,
tidak mahu kutemui
kain tebal, hitam dan busuk itu!!

1 comment:

  1. Setiap hari kita memohon didalam solat...
    Marilah kita menghayati duduk antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diam sejenak, buka dada dan diri anda untuk menerima ampunan dari Allah seperti anda membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika anda masih kecil. Tetaplah membuka diri anda untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga anda merasa tenang.

    Berikutnya sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri anda untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terkira besarnya. Bukalah dada anda seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang anda terima. Ulanglah beberapa kali hingga anda merasa cukup.
    Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu
    Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

    Warfa'nii (angkatlah darjatku)

    Warzuqnii (berilah aku rezeki)

    Wahdinii (berilah aku petunjuk)

    Wa'Aafinii (sihatkan aku)

    Wa'fuannii (maafkan aku)
    Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.
    Jom kita cuba praktikkan dan cuba ceritakan pengalaman anda setelah mencubanya.

    ReplyDelete