Thursday, January 29, 2009

MARI BACA QUNUT NAZILAH

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Seiring dengan kebiadaban Yahudi menyerang saudara kita di Palestine tanpa belas kasihan yang mana telah pun masuk berbelas hari maka semakin banyak masjid di seluruh dunia membaca doa Qunut Nazilah setiap sholat lima waktu. Kita sangat sedih kerana tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk membantu kaum Muslimin Palestine di Ghozzah (Gaza). Mereka dizalimi oleh keganasan Yahudi Laknatullahi `alaihim. Hanya doa sahaja senjata yang kita dapat kirimkan kepada mereka tetapi sebenarnya doa bukan perkara yang remeh. Ia merupakan senjata orang beriman. Marilah kita membaca doa Qunut Nazilah dalam sholat-sholat kita pada hari-hari ini.

Pada hakikatnya doa merupakan salah satu senjata penting umat islam. Itulah sebabnya dalam Perang Badr Nabi shollallahu ’alaihi wa sallam sebelum berperang berdoa memohon pertolongan ALLAH untuk kemenangan pasukan Islam. Begitu khusyu’nya Nabi shollallahu ’alaihi wa sallam berdoa sehingga tiga kali serbannya jatuh dan setiap kali jatuh diangkat kembali oleh Abu Bakar Radhiallaahu `anhu.

Oleh itu janganlah kita memandang remeh pengaruh doa lebih-lebih lagi mendoakan saudara sesama Islam tanpa pengetahuan pihak yang didoakan. Doa Qunut Nazilah yang kita bacakan berkaitan dengan keganasan pasukan Zionis yahudi keatas saudara-saudara kita kaum muslimin di Ghozzah (Gaza), Palestine, isinya kita memohon kepada ALLAH Yang Maha Kuasa agar menolong dan memenangkan kaum muslimin dan mujahidin Palestine di Ghozzah (Gaza) dan mengharapkan kekalahan bahkan kehancuran pihak Yahudi Zionis .

Doa Qunut Nazilah merupakan Qunut yang dibaca Nabi Muhammad shollallahu ’alaihi wa sallam untuk mendoakan kebaikan suatu kaum atau untuk kebinasaan suatu kaum yang lain.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isya` dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal sebelum sujud. Lalu dalam posisi berdiri Imam dan seluruh ma’mum mengangkat kedua tangan lalu mengaminkan doa Qunut Nazilah yang dipimpin Imam sholat berjamaah.

Biasanya Doa Qunut Nazilah diawali dengan pembacaan doa Qunut seperti biasa oleh Imam Sholat berjamaah. Kemudian Imam memimpin doa yang lebih khusus berkenaan dengan penderitaan saudara-saudara kita di Ghozzah (Gaza). Doa Qunut yang biasa berbunyi seperti berikut:

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنَ عَافَيْتَ ، وتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ، وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

“Ya ALLAH ! berilah kami petunjuk sebagaimana golongan yang telah ENGKAU beri petunjuk. Selamatkanlah kami dalam golongan golongan yang ENGKAU telah pelihara. Uruslah kami di antara golongan yang telah ENGKAU uruskan. Berkatilah kami dalam segala sesuatu yang ENGKAU telah berikan. Hindarkanlah kami dari segala bahaya yang ENGKAU telah tetapkan. Sesungguhnya ENGKAU lah yang menentukan dan bukan yang ditentukan. Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah ENGKAU lindungi. ENGKAU wahai RABB (TUHAN) kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.” (HR Thabrani 3/123).

Selain itu boleh dibaca Qunut yang pernah dibaca oleh Nabi shollallaahu`alaihiwasallam , iaitu seperti berikut: -

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْْفِرُكَ وَنَسْتَهْدِيْكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ،اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya “ Ya ALLAH! sesungguhnya kami bermohon pertolongan MU, kami meminta ampun kepada MU, kami memohon petunjuk dari MU, kami beriman kepada MU, kami berserah kepada MU dan kami memuji MU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri MU, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada MU.

Ya ALLAH! ENGKAU yang kami ibadah dan kepada ENGKAU kami bersholat dan sujud, dan kepada ENGKAU jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat MU dan kami takut akan azab MU kerana azab MU yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur. Ya ALLAH! azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalangi dari jalanMU.

Setelah itu Imam boleh berdoa Khusus dan doa ini boleh dibaca apa sahaja yang sesuai . Oleh itu ianya berbeza antara satu Imam dengan Imam lainnya. Yang penting isinya adalah mengharapkan kebaikan untuk kaum muslimin dan kekalahan pihak musuh yang menganiaya atau memerangi kaum muslimin.

Boleh juga dibaca doa yang Nabi shollallaahu`alaihiwasallam memohon kepada ALLAH agar dibinasakan tentera Ahzab dalam peperangan khandaq atau Ahzab, iaitu :

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ الأَحْزَابِ

Wahai ALLAH yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan yang menjalankan awan, dan yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah tentera-tentera Ahzab (Tentera yang bersekutu terdiri dari Kuffar Quraisy dan Yahudi Madinah).

Kemudian boleh juga ditambah dengan doa yang lain, seperti ;

اللَّهُمَّ انْصُرْ المُجَاهِدِينَ عَلَى أَعْدَائِنَا أَعْدَاءَ الدِّين، اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين وَالمُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين، اللَّهُمَّ ثَبِّتْ إِيمَانَهُمْ وَ أَنْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَى قُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ ، اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ اللَّهُمَّ دَمِّرِ الْيَهُود الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ وَ شَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار ، يا جبار و يا مُنْتَقِمَ ، اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

“Ya ALLAH ! menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama . Ya ALLAH !! bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestine. Ya ALLAH ! teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka dengan Rahmat MU, Wahai Yang Maha Pengasih. Ya ALLAH ! binasakanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin. Ya ALLAH ! binasakanlah kaum Yahudi perampas dan penjajah, cerai-beraikanlah kesatuan mereka. Ya ALLAH! hancurkanlah Yahudi dan bantulah kami ke atas mereka dan goncangkanlah mereka. Wahai TUHAN kami! binasakanlah kesempurnaan mereka, pecah-belahkanlah kesatuan mereka, pecah belahkanlah hati-hati mereka, goncangkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMU, wahai TUHAN Yang Maha Gagah Perkasa, wahai TUHAN Yang Maha Berani, wahai TUHAN Yang Maha Berdendam, wahai ALLAH , turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dari MU yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Dan sampaikanlah Sholawat kami kepada Nabi Muhammad.”

Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Sholat Sendirian?

Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nas dari Nabi shollallahu`alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara sendirian". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.

Doa-doa ini boleh juga dibaca selepas sholat dan disepanjang waktu, boleh juga ditambah dengan doa yang berikut :-

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

turunkan para Malaikat MU untuk membantu para Mujahidin di Ghozzah ( Gaza ) dan Seluruh Palestine,

sebagaimana telah ENGKAU turunkan ribuan Malaikat di peperangan Badr, Khandaq dan Tabuk.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Ghozzah (Gaza), kuatkanlah terus generasi baru dikalangan anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam melalui Jihad fii Sabiilillah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

janganlah ENGKAU biarkan kami termasuk dari golongan yang hanya berpeluk tubuh melihat kezaliman keatas saudara-saudara kami.

Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin yang ikhlas dan para Syuhada yang menanti Syurga-MU. Janganlah ENGKAU biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sehingga lupa kepada Negeri Akhirat-MU.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara! Dengan rahmat MU kami mohon pertolongan.

anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-MU dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”

Washollallaahu `ala Nabiyyina Muhammad Wa aalihi wasallam

Sila ke blog saya

http://almadanii.multiply.com

No comments:

Post a Comment