Thursday, June 25, 2009

MENANGANI KEJEMUAN DALAM DAKWAH

taken from: http://zuridanmdaud.blogspot.com

Pendahuluan
Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w:
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:

" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]
Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.
Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:
Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.

Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.

B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:
Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.
Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:

1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.
Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

Tuesday, June 23, 2009

JAWAPAN

mungkin sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini..sibuk? tak..saya baru lepas pulang bercuti di tanah air..nak pegang komputer pon takut2 tersangkut lama. memang pon. kurang dari 2 minggu sahaja saya dapat pulang ke rumah
dan penantian yang ditunggu2, alhamdulillah. Allah memberikan jawapanNya. mungkin akan saya ceritakan lebih lanjut pada posting selanjutnya, kerana ada banyak yang saya pelajari dari penantian tersebut. Allah yang Maha Penyayang tidak pernah menyusahkan atau membebani hambaNya. hanya sahaja Dia memberi waktu kepada kita untuk belajar..insyaAllah

Thursday, June 11, 2009

PENANTIAN



Assalamualaikum wbt


Subhanallah..lama betul x berblogging..mulanya ada exam..terpaksa struggle for the last strike..chaiyok..u can do it!!..(insyaAllah..berilah aku kemenangan itu ya Allah..amin)


Selepas bersengkang mata memerah akal n fikiran..family datang dari tanah air..berjalan merantau Indonesia melihat ciptaan Sang Pencipta..tidak disangka..kesan keindahan alam yang memikat berjaya mengatasi withdrawal symptoms ku terhadap kopi yang lama kutinggalkan..betapa hebat ciptaan Tuhan..mengatasi ciptaan ubat manusia..hanya melihat kebesaran dan mencium wanginya keindahan tersebut terubat segala keresahan dan kebimbangan..damainyee..


Sekarang merupakan suatu penantian..menanti keputusan..berada di rumah membuat membuat aku sedikit lalai terhadap diri sendiri..(taw2 je laa..=p)


Ya Allah,

jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur..

jadikanlah kami hambaMu yang taat kepada seruanMu..

jadikanlah kami hamba yang yakin akan janjiMu..

tsabatkanlah hati kami atas landasan dakwah ini..

kuatkanlah hati kami menempuhi liku2 ini..

berilah kesabaran kepada kami Ya Allah

agar kami tidak goyah

agar kami tidak lesu

agar kami tidak jemu

menyeru dan meyeru..

kerana itu tujuanMu..

Ya Allah..







Tuesday, May 19, 2009

Some Day May Never Come!!



taken from:http://muslimah2muslimah.blogspot.com/

We only have one guarantee in life and that is DEATH! It may seem very blunt but it's very true. Many times we can be very short-sited, particularly as youth(teens-twenties). I have recently experienced a few deaths in my family, some very unexpected, and it has got me thinking. We don't know when are time is going to be up! All we can do is live each and every moment for the sake of Allah. We have to guard our actions, thoughts and words. We have to keep in mind that our most precious gift is our deen and that we will never be perfect, but we can strive for perfection. Many people don't even have Islam in their hearts and we do. We as Muslimahs should never ever take this for granted.


We've said this before and previous blogs but we have made many changes in our lives over the past couple of years. We would say to ourselves that eventually we would do better. Many times we say to ourselves "someday we will do this/that". Such as someday I will wear hijab, someday I will offer salah, someday I will make sunnah salah, someday I will learn more surahs, someday I will learn Arabic, someday I will stop backbiting, someday I will stop clubbin', someday I will be kinder, etc. This list could go on for ever and ever.


BUT THE QUESTION IS: WHAT IF SOMEDAY NEVER COMES?

This could be the very last blog that we post or even the very last blog you read because our time has come! So what do we do? We live each moment likes it's our last. By this we don't mean wild out and "get it in". We mean strive to do what is fisabilillah and "go hard in this deen". We only have one shot and our time here is soooooo short in comparison to the akhirah(afterlife). On the day of judgment we will stand alone and be held responsible for ALL of our actions; good and bad. We can't say "Sister So-and-So talked me into it or Sister So-and-So did it too." We know what we are supposed to do and what we are not supposed to do, we have no excuses! Ignorance is no excuse we should be consistently learning from the cradle to the grave. If we are unsure about something, we should look it up and try to make sure that we are doing what is correct.

We still have many goals that insha' Allah we will be able to achieve but we will sincerely try every single day, hour and minute to do better. May Allah guide us all on al siratul mustaqeem- Ameen.

We must remember Inna lillaai wa inna ilayhi raji'oon(from him we came and to him we will return)

We kept this one short because we will be posting a more detailed video about this topic on YouTube in our next installment so insha' Allah subscribe(click the yellow button) if you haven't already. Here is the link for our YouTube. http://www.youtube.com/user/muslimah2muslimah

Asalaamu alaikum
Nadira & Najwa
Muslimah2Muslimah


Monday, May 11, 2009

Understanding and Application of Islamic Values in Medical Practice, Ethics, Hospital Administration



Alhamdulillah baru-baru ini saya dapat mengikuti seminar dan workshop di Padang, Indonesia bertemakan understanding and application of Islamic values in medical practice, ethics, hospital administration. Diantara yang ditekankan adalah The Lost Jewels, Maqasid Syariah dan Qawaid Syariah yang disampaikan oleh Prof Omar Hasan Kasule dari Brunei serta Dr Ali Misha dari Jordon, Dr Ishak dari Malaysia serta beberapa lagi pakar-pakar dari Malaysia dan Indonesia. Masa yang agak lama diperkirakan untuk posting ini kerana mahu memahamidengan jelas dahulu berkenaan MS ini, takut-takut tidak sampai maksudnya pulak.


Saya seorang doktor muslim!


Pertama sekali sebelum itu, apa perbezaan antara kita(bakal..) dengan doktor yang non muslim? Baju sama, working hour sama, naik kereta sama(hihi..). Jadi apa bezanye? Ok. Jika dilihat dari sudut pengendalian serta perlaksanaan antara kita dan mereka (doktor non muslim) memang tiada beza, seharusnya! Baiklah, kita ambil contoh, apakah yang membezakan perjalanan dan perlaksanaan haji di Mekah sebelum dan selepas kedatangan islam?? Apakah tawafnya berbeza? Apakah sa’inya yang berbeza? Tiada yang berbeza bukan, dari sudut perlaksanaannya, baik tawaf, sa’i, dll (maaf saya kurang ingat susun atur melaksanakan haji, lemahnya ingatanku =p). Jadi, yang membezakannya apa?? Jika dipandang dengan mata kasar, tiada beza sama sekali!! Semua sama kan! Even orang Quraish tetap menyebut Allahu Akbar. Tetapi bagi seorang muslim yang faham, melihat dengan mata hati, yang jelas membezakan antara kita dan mereka adalah nilai-nilai islam. Kita sekarang ini melaksanakan haji dengan penuh ketauhidan! Keyakinan kita yang paling tinggi kepada Allah Yang Maha Esa. Pengharapan mengabdikan diri dengan penuh sifat kehambaan. Itulah perbezaannya. Cukup simple dan sederhana mungkin, tetapi penting sekali sebagai individu muslim. Malah non muslim lebih mengaplikasikan Islamic values ini sepanjang kehidupan mereka berbanding muslim yang sedia dilahirkan dengan nilai-nilai tersebut malah mereka turut mengkaji dan mengembangkannya. (Malu x?..) Mereka punch card lebih awal, keluar office lebih lambat, concentrate dalam kerja, jujur dengan majikan n rakan sekerja, dll. Tapi kita, kalau boleh nak lari awal jer. Buat kerja pun macam terpaksa.

Apakah Islamic values tu?


Islamic values ataupun nilai-nilai islam dalam diri individu muslim terdiri dari:


General values:
1) Correct aqidat
2) I’tidaal/equilibrium
3) Quality in work performance

4) Self motivation


Ethical values:
1) Respect for patient autonomy
2) Disclosure and truthfulness
3) Respect for patient privacy and confidentiality

4) Respect for fidelity


Tidak sulit bukan? Mudah sekali nilai-nilai didalam islam. Namun mengapa sulit sekali bagi individu muslim untuk melaksanakannya? Ini dapat kita lihat ketika patient memilih-milih samada mahu perkhidmatan dari doktor muslim atau non muslim. Mereka lebih suka dengan non muslim kerana lebih ramah, lebih mendekati patient, tak cekik darah, dll. Inilah permasalahannya. Nilai-nilai islam ini telah hilang dari diri kita. Kita dilahirkan dengan fitrah yang begitu sempurna. Nilai-nilai islam inilah merupakan pembeza antara kita dan mereka! Pembeza aku dan engkau! Ayuhlah tanamkan semula nilai-nilai tersebut! Kita telah diangkat sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) wajib melaksanakan yang terbaik serta harus sentiasa cuba untuk meningkatkan diri. kita masing-masing punya Furqan yang bermaksud pembeza. Pembeza siapakah kita. Mengaplikasikan alQuran di sepanjang hidupnya. Seperti kata Prof Omar Hasan Kasule; umat islam sekarang hanya baca Quran ketika ada mayat. Kalau tak ada mayat, mereka lupa kepada Quran. Lucu tetapi mendalam maksudnya.


Aplikasikan Maqasid Syariah


MS merupakan law atau hukum yang telah dipersiapkan bagi kita seorang doktor mengaplikasikannya ketika bertemu patient. Mungkin ramai yang masih belum pernah mendengarnya. Saya juga masih baru mendengarnya tetapi inilah yang harus diterapkan ketika masih mahasiswa (hmm?..student!). Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Xpe, insyaAllah saya percaya masih belum terlambat untuk semua itu. Apakah elemen-elemen di dalam MS? Terdiri dari:


1) Hifdh deen- memelihara deen
2) Hifdh nafs- memelihara jiwa
3) Hifdh nasl- memelihara keturunan
4) Hifdh aql- memelihara akal

5) Hifdh mal- memelihara harta


Ok, pertama sekali deen. Kita wajib memelihara deen kita bukan. Sepertimana Sumaiyah dan Bilal memelihara deen mereka walau badan serta jiwa begitu diancam. Begitu jugalah kita ketika cuba membantu, merawat, menyelamatkan nyawa manusia ketika di ambang kematian. Adakah selepas kita puas diagnose penyakit mereka, kita minta mereka jumpa dukun sebagai ikhtiar terakhir? Atau ambil beberapa potongan-potongan ayat Quran kemudian dililitkan ke lengan mereka atau mana-mana bahagian yang lain. Inilah yang masih terjadi sebenarnya. Paling mudah kita wajib mengingatkan mereka supaya kembali meletakkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa menyembuhkan segala sesuatu. Meminta hanya pada Dia. Begitu juga pada diri doktor itu sendiri. Janganlah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak agama.


Kemudian jiwa. InsyaAllah mudah difahami kerana memang menjadi tugas kita bagi menyelamatkan jiwa manusia sehabis daya kita. Kerana itulah kita berada di bidang ini bukan? Namun janganlah sampai dunia dan harta mengelabui niat murni tersebut.

Memelihara keturunan. Kita tahu melalui keturunan akan menghasilkan generasi-generasi masa depan yang dapat memimpin dunia ini. Kerana itulah kita disuruh berkahwin, bagi menghasilkan keturunan muslim yang dapat memimpin. Keturunan inilah yang kita harus pelihara. Janganlah melakukan kontrasepsi tanpa menilai hujung pangkal tujuan mereka melakukannya. Namun sekarang telah ada kontrasepsi yang bersifat reversible, sehingga hukumnya sudah tidak lagi haram.


Memelihara akal pula. Contoh yang paling mudah adalah penggunaan narkoba atau dadah selama perawatan. Ini memungkinkan timbul masalah bagi kesihatan akal mereka. Dan yang terakhir adalah memelihara mal atau harta. Ok, mungkin kita terlalu hendak menegakkan diagnose suatu penyakit sehingga patient tersebut tergadai rumahnya. Sehingga terjadinya pembaziran-pembaziran yang lain. Sedangkan ada cara yang lain untuk menegakkannya. Lainlah kalau mereka mampu. Namun begitu tetap terjadi pembaziran bukan?
Mungkin ini sedikit yang dapat saya berkongsi. insyaAllah saya akan cuba meluangkan masa berkongsi pengalaman. ilmu jika tidak disampaikan, akan berkarat menjadi sia-sia kan? Tetapi kalau diberi dan dikongsi bersama akan berkilau memancar menyusup ke dalam hati-hati yang mendengarnya. InsyaAllah.