Thursday, February 19, 2009

Peliharalah Allah


Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda :

‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’


(Riwayat Tirmizi)

Sunday, February 8, 2009

AKU ADALAH MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin dahulu, jauh disudut hati aku pernah terlintas perasaan sedemikian, tetapi sekarang, aku yakin dengan apa yang telah ditetapkan untukku. Biarpun mereka memandangku pelik, tetapi apa yang aku mahukan Allah memandang aku cantik. Biarpun mereka tersenyum sinis, tetapi aku mahukan Allah tersenyum tanda kasih dariNya. Biarpun mereka menjauhi aku, tetapi aku mahukan Allah semakin dekat denganku..


Dan aku akan cuba menjadikan diri aku lebih baik dari mereka, InsyaAllah..kerana itulah yang membezakan aku dengan mereka.

Thursday, February 5, 2009

Carilah jodoh beragama



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta


Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama


Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam memilih calon pasangan.Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Wednesday, February 4, 2009

GAMBAR NI..



bila tgk kat gambar ni, sy rasa macam hati sy sama ngn gambar ni..


ada asap2 tebal berkepul2, guruh berbunyi2(mcm leh dgr je?!), kilat sabung menyabung, macam nak hujan tp xturun2 lg..gelap kadang2 cerah..apa lg leh sy describe pasal gambar ni??..

sy perlukan mak sy..da 2 hari cuba tp xdapat2..

siapakah lagi yang layak menghentikan segala guruh, petir, kilat, gelap, hujan dll kalau bukan Sang Khaliq?!

dari sini, baru sy sedar, bukan syg mak yg sy perlukan, tp syg dari Sang Wadud tu sendiri..

Tuesday, February 3, 2009

*SY* TIDAK SENDIRI!

alhamdulillah..

harini sy bsyukur sgt2..sbb selama ni sy slalu fikir sy sendirian..tp sbnrnye, masih ramai yg bersama2 sy berjuang...berjuang dan berjuang..
memangla slama ni kami berjuang utk tegakkan agama Allah ni kat USU ni, tp sy baru tahu, perjuangan yg sy nak ianya ditegakkan dlm organisasi yg sy ada skrg ni, rupanya ada jg teman2 yg mempunyai fikrah yg sama..mission yg sama..

ada teman yg sama2 memandang bahawa islam bukan pada ibadah sj, tp keseluruhan hidup sy, esp time nak jd doc nnt
..doc sbnrnye memerlukan lebih byk masa perlu diluangkan dgn Allah, mengadu, memohon beri kekuatan, kesabaran dan lain2 lg. sbb sy rasa profesi yg sy pilih ni meletakkan sy betul2 pada tempat yg pertama dihadapan masyarakat. jd mmg perlu sbnrnye organisasi kami ni dilatih supaya sentiasa tidak lupa kpd tujuan tersebut. bukan sekadar kerja, makan, mandi, tidur macam robot yg x berfungsi..

sy selalu ngadu kat mama..ma
camana sy nak ia berjaya di'ada'kan..xkan sy sorg?..mampuke sy ni..da la baru setahun jagung dalam tarbiyah, tp da nak blagak pandai..

sebelum ni sy slalu terfikir..n terfikir..sy mmg baru, sgt2 baru dlm tarbiyah..bahkan dalam family sy, sy yg plg lambat terima tarbiyah..maksudnya, hati sy sndiri nak menerima tarbiyah..
adik sy stat darjah 4 da pakai tudung..fully tudung, all d time..tp sy, form 1 baru pakai..tu pon pantang lepas dr parent sy, tudung pon lepas la..sampai kat USU ni pon, masa awl kat sini, tudung bukan main silang lg..n sy mmg nakal!..baik kat skola, rumah, dgn kawan2 dulu..kami hidup penuh dalam keadaan jahiliyah..mmg islam blaja dr kecik, tp xpenah minat utk hidup bersama islam..sehinggalah kat USU ni..Allah buka hati sy..melalui pelbagai cara yg sy rasa sgt2 indah bile dikenang..sbb siapa sgka..bahawa apa yg kita sdg hadapi tu sume adalah hidayah Allah?..

sy dari seorang kakak yg x penah nak amik taw hal adik2 sy, skrg sy rasa sunyi kalau dorg xmsg..even seminggu x msg pon rasa rindu sgt..dulu2 adik2 la tmpt bgaduh..haha..siap sudu, cawan, kerusi bergelimpangan la pokoknye..da la adik sy tu hot temper..dapat sy pl
ak yg suke nyakat..ape lg..kalah suami isteri..

tp skang adik tu la yg sy boring kalau x msg die..heheh..die plak skang sibuk nak kawin..(huu..nnt tggl sy sorg2 nak kacau sape??)


(azan magrib...solat2!..)