Thursday, June 2, 2011

HADITH BAHTERA

Perumpamaan ini dibuat oleh Rasulullah saw..lebih kurang begini..




Didalam sebuah bahtera, ada anak kapal yang bekerja tempatnya di tingkat bawah, dan ada juga anak kapal yang kerjanya di tingkat atas. Bagi anak kapal yang bekerja di bawah, adalah sulit bagi dirinya untuk mendapatkan bekalan air, mahu tak mahu, terpaksa menunggu anak kapal dari tingkat atas untuk memberikan air. Mereka merasa seperti terpaksa menyusahkan orang dan sulit untuk mendapatkan air. Sampailah suatu masa, anak kapal di tingkat bawah ni terfikir untuk melubangi sahaja lantai bahtera tersebut supaya mudah mendapatkan bekalan air.


Andaikan bahtera itu adalah kehidupan kita. Kehidupan kita, seperti bahtera yg sedang berlayar di tengah lautan yang hebat bergelora. Terhoyong hayang tanpa arah. Jika tidak dipandu atau tidak dikendalikan oleh mereka yang mahir tentang ilmu alam, mereka yang tahu memandu bahtera, apalah akan terjadi kepada bahtera tersebut. 

Mereka lah berada di tingkat atas bahtera. Dan kita hanya berada di tingkat bawah bahtera, yang tidak tahu dimana kita, kemana arah kita, pelayaran masih jauh lagi ke, masih lama lg ke pelayaran. Sampai suatu masa kita terfikir untuk menebuk lubang kapal kerana mahu kerja mudah.

Disini, anak kapal tingkat bawah fikir "Alah, aku sorg je yg tebuk..msti tak beri efek pn.." Rupa-rupanya bukan anak kapal itu berfikir sendirian. Bagaimana kalau sebenarnya keseluruhan anak kapal tingkat bawah sedang memikirkan hal yang sama. Dengan perbezaan tekanan, retak dan sebagainya, walaupun lubang yang kecil dan sedikit, tapi lama-lama mampu juga memecahkan keseluruhan bahtera sehingga karam. 

Dimanakah silapnya? Apakah kekurangannya di sini? Apakah peranan setiap anak kapal tersebut?

Bagi anak kapal tingkat atas, mereka diletakkan di tingkat atas kerana dianggap sudah mahir mengendalikan kapal, melabuhkan kain, melepaskan sauh, tahu membaca kompas, menafsir alam dan sebagainya. mereka juga sudah berpengalaman luas dalam ilmu pelayaran. 

Manakala anak kapal tingkat bawah, pengalaman nya terbatas. Hanya mendayung, itupun tidak pernah melihat luasnya lautan. Kerana kerja mereka adalah dibawah kapal sahaja. Namun, bukanlah remeh kerja tersebut. Jika tiada mereka, kapal tidak akan dapat bergerak juga.

Jadi, bagi setiap anak kapal harus memainkan peranannya masing-masing. Bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan agar pelayaran menjadi mudah, lancar, selamat, dan cepat tiba ke destinasinya. 

Bagi anak kapal tingkat atas, haruslah mengelakkan hal tersebut dari terjadi. Mereka harus sedar dari awal perubahan sikap anak-anak kapal tersebut, kerana mereka dahulu mungkin pernah menghadapi masalah yang sama. Nasihat haruslah diberikan agar masalah tersebut tidak menyebar dan bertambah rumit.

Anak kapal tingkat bawah pun seharusnya saling memahami antara satu sama lain. Jangan membiarkan beban dipikul sendirian. Persepsi yang timbul dalam hati kita, jangan difikir hanya masalah kecil, kerana mungkin sahaja keseluruhan anak kapal mempunyai persepsi yang sama. Pentingnya syura disini supaya kerja tersebut dapat dpikul bersama dan menjadi mudah. persepsi yang buruk, jika tidak ditangani dengan segera, dapat mengkaramkan keseluruhan bahtera tersebut. Begitulah juga halnya bagi anak kapal tingkat atas. Seorang mengalah untuk menjalankan tugas, kerja akan menjadi kurang efisien, bertumpuk dan menambahkan beban kerana beban kita yang ada tidak membantu untuk meringankan pelayaran bahtera.  



No comments:

Post a Comment