Ikhlaslah,
Apakah ikhlas sekadar menjadi retorika yang disuapkan kepada objek dakwah kita?
Takutlah kepada Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar, Maha Kuasa atas sesuatu,
Kemenangan dakwah sejak dulu sering terkait dengan keikhlasan prajurit,
Apa yang kita ingin ketika berdakwah dan berjuang menyebarkan nilai islam?
Aktiviti dakwah adalah untuk meraih redha Allah,
Allah adalah imbalan terbesar
Yakinlah Allah akan terus menyertai perjuangan kita,
Selagi perjuangan dan keinginan kita tidak bergeser atau berubah,
Ikhlaslah dan peliharalah keikhlasan itu sehingga Allah memberikan kemenangan atau kita mendapat keredhaan Nya sebagai syuhada
THIS IS MY WAY: Based on clear evidence, I and ALL who follow me, call people to ALLAH, glory be to ALLAH, I do not join others with HIM [12:108]
Sunday, October 30, 2011
Thursday, October 20, 2011
Menjadi kader terlatih~
Dalam setiap merancang program atau rencana kerja, maka terlebih dahulu harus melihat kedalam atau internal organisasi. Sebab dengan mengenali potensi internal itulah nantinya bisa diperhitungkan apa saja langkah-langkah keluar organsasi. Berbicara tentang potensi internal, lanjut Hilmi, maka sejatinya yang utama dan pertama adalah kader. Sebagai partai kader, maka kewajiban segenap aktifis PKS harus mempersiapkan perangkat-perangkat kaderisasi partai.
-Ketua Majelis Syuro PKS, KH Hilmi Aminuddin-
Monday, October 17, 2011
Allah bantulah aku..
Assalamualaikum wbt,
Kali ni sy ingin berkongsi pengalaman..pengalaman ni taklah hebat mana, tetapi sekadar perkongsian, agar barmanfaat kpd semua..insyaAllah
Ketika kaki ini baru melangkah ke pesawat, subhanallah, berbunga2 rasa hati..x sabar ingin mengenali waqi' tanahair..mungkin kerana selama ini, tersentuh tarbiyah di perantauan, terasa sungguh asing untuk pulang ke tanahair sendiri..takut untuk berhadapan dgn realiti sebenar..tiada lg hidup sebebas2nya menjalankan apa sahaja aktiviti yg dimahukan..bukanlah kembali ke pangkuan keluarga itu sebagai alasan..tetapi menyedari diri ini telah kembali kepada ibu dan ayah yg harus dijaga hak mereka terhadap anaknya..huuh berat terasa dihati untuk berhadapan dgn masyarakat yg selama ini hanya diintai dilayar sahaja..
Terlihat bumi tarbiyahku yg semakin menjauh dari pandangan mata, sayuu hati, berlinang mata, cuba menahan perasaan hati..bukan senang bertarung dunia mengejar janji yg telah lama tersemai..janji yg menentukan siapa kita disisi Mu..janji yg bisa mengubah tanah jahiliyah menjadi tanah yg bisa mengubah dunia kembali bertamadun..
Bertarung bersama2 sahabat yg seakan saudara sendiri, suka-duka dirasa bersama..bahu membahu..segala pahit masin semua terpaksa ditelan demi menghargai manisnya janji Allah..demi menjaga sinar islam disana..demi menjaga saudara-saudara yg terlambat untuk menyambut cahayaMu..
Perasaan ini sering bermain2 dihati..risau, kelu, tergamam, cuba membuka mata, cubit pip kiri, cubit pipi kanan..mungkin kerana suatu ketika dulu, hati ketika meninggalkan tanahair adalah jauh bertolak belakang dgn sekarang..Subhanallah, sesungguhnya Allah lah yg memberikan hidayahNya kepada siapa yg dikehendakiNya..dan aku bersyukur Alhamdulillah kerana telah disentuh nikmat hidayah sepanjang berada disana..tempat yg terbaik buat diriku..untuk menyambut hidayahMu..
Ketika mula menjejakkan kaki di tanahair, segala2nya berbeza..suasananya beza, cuacanya beza, udaranya beza, walaupun bumi yg kutinggalkan tak lah jauh mana, hanya seberang tanahair, tetapi pandanganku..perasaanku kini..sungguh jauh berbeza..sayu meninggalkan bumi tarbiyahku sebenarnya, bumi yg banyak mendidikku mengenali siapa diriku..hanyalah seorang hamba..yg tidak sabar bertemu Tuannya..
Setibanya sy di tanahair, sy dikuarantin oleh murabbiku selama seminggu lebih..melihat angka, hanya sebentar seminggu tu, hakikatnya hati ini terasa sungguh lama..bukan apa, agar keluarga dapat menerima kepulanganku dgn senang hati..senang hati dlm erti kata, xperlulah lagi melihat aku keluar2 rumah utk berprogram padahal baru pulang tanahair..tunggulah seminggu dua menatap wajah anaknya dulu, insyaAllah semoga semua berjalan lancar..
Agak lama hati dibiar kosong tanpa terisi, kerana sibuk mengurus diri dan rumah..sejujurnya hati ini masih lagi tertinggal di perantauan walau hakikatnya jasad berpijak di tanahair..
Banyak cerita yg didengar tentang betapa hebatnya tarbiyah di Malaysia..mampukah sy untuk beradaptasi dgn kapasiti yg umpamanya tidak sampai 1 bar..( TT_____TT ) huhu
Alhamdulillah, langkah awal untuk memanaskan enjin tarbiyah di tanahair akan bermula..keluarga menerima, walaupun terkadang sedikit sayu memikirkan penerimaan mereka hakikatnya..kepada Allah jualah hati ini bertawakal dan berdoa agar dilembutkan hati mereka..
Terasa ganjil, kerdil, kecil, malu, segan, semuanya ada ketika berhadapan dgn akhawat tanahair..hebatnya mereka, tersusun rapi gerakerja mereka, ukhuwah yg begitu hebat, binaan yg tersusun rapi..terasa malu dgn keadaan diri, yg terlalu jauh ketinggalan di belakang..
Berat untuk menelan keadaan ini..mampukah???..Wallahu a'lam..
Memikirkan hal ini, sy mengambil keputusan untuk hibernate sebentar dari kerja 'dunia'..sadid bunyinya..(buat gempak je)..keputusan yg diambil ini, sekali lagi memberi pelbagai gambaran kpd ramai pihak yg bertanya..ada yg positif, ada yg negatif sikit2..xmampu untuk berdebat lg, Allah sahaja yg tahu segala isi hati..
Keputusan ini sgt berat sebenarnya, memikirkan sy tidaklah mempunyai tabungan yg banyak untuk menampung sara hidup beberapa bulan, terpaksa menadah tangan dgn parent, berat sgt berat, malu pn sgt malu..terfikir kenapa sejak dulu tidak serius memikirkan akan berhadapan dgn keadaan seperti ini..inilah sarananku, menabunglah untuk saat2 seperti ini..bukan sengaja mahu goyang kaki membina badan di rumah, jauh dari itu..
Hati ini perlu benar2 disiapkan untuk menempuh cabaran dunia realiti..tidak mahu kecundang seperti beberapa jundi yg sering dicerita akhawat, tidak, sy tidak mahu seperti itu..biarlah hidayah ini kugenggam, walau panas seperti bara, izinkanlah aku Ya Allah..
Alhamdulillah kini hampir 6 bulan sy telah berhibernasi..Allah sahaja yg mengetahui kini..sudah cukupkah tarbiyah yg Kau berikan selama 6 bulan ini untukku..adakah bekalan ini dapat memberi jaminan untuk menghadapi realiti?..asumption2 negatif kita cuba singkirkan dulu.. >_<
Allah bantulah aku..dalam menghadapi realiti ini..
Ya Allah basahkanlah hatiku dgn zikrullah, dekatkanlah daku kepadaMu Wahai Sang Khaliq yg memiliki hatiku,
Rabbi yassir wa la tu'assir..permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..bantulah aku dlm urusan akhiratku..

Monday, August 8, 2011
Ramadhan Kareem
assalamualaikum wbt..
lama benar diri menyepi..smpi penuh bersarang segala cengkerik, dan teman2nya..
selamat menyambut ramadhan al mubarak..insyaAllah smoga ramadhan kali ni dapat meninggalkan kesan kepada hati-hati kita, juga menjadi suatu titik permulaan yg baru dan suci dalam kita mengatur langkah mendekati kekasih kita, Yang Maha Esa, insyaAllah.
semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman, semakin bertambah pengetahuan..semakin lama waktu berlalu, sudah tentu berganda-ganda nikmat yang telah Dia kurniakan bagi mentarbiyah hamba-hambaNya.
dalam sedar, tidak sedar, 6 tahun berlalu bagaikan kelipan mata..terkadang gelap, terkadang cerah dan jelas..terkadang berdebu..kabur, terkadang merah, terkadang pedih..terkadang terpana, terkadang terpukau..namun terkadang diselitkan kelipan-kelipan kegembiraan, kegirangan, kepuasan..subhanallah..
segala jerih, perih tenaga diperah bagi menggenggam segulung ijazah..segala tangga, bukit, gunung didaki bagi merealisasikannya..
namun, ku sangat yakin dan sungguh ku beriman, semuanya berlaku atas kehendakMu..kejayaan dan kegagalan merupakan nikmatMu yang terbesar terhadap hambamu..ijazah itu, tidak mungkin dapat ku genggam tanpa bantuan dan petunjukMu..
selebar risalah yang kau bentangkan buat SEMUA khalifahMu, sungguh mendidikku makna sebenar dari segulung ijazah ini. risalah ini, tanpanya, segulung ijazah ini, ibarat kertas kosong yang tidak bermakna, kertas contengan tangan-tangan makhluk yang tidak mempunyai erti..dakwat-dakwat yang pelbagai warna jadi tidak berseri..
sungguh risalah ini benar-benar telah memuliakan segulung kertas contengan yang menjadi pujaan, dambaan makhluk-makhlukMu yang dahagakan kekayaan, kekuasaan, kemuliaan..
insyaAllah semoga ijazah dan risalah yang ku GENGGAM sekarang, akan terus ku GENGGAM sehingga hujung hayatku..biar bagai menggenggam bara api..(insyaAllah)
kerana bersamaku ada risalahMu..

Thursday, June 2, 2011
HADITH BAHTERA
Perumpamaan ini dibuat oleh Rasulullah saw..lebih kurang begini..
Didalam sebuah bahtera, ada anak kapal yang bekerja tempatnya di tingkat bawah, dan ada juga anak kapal yang kerjanya di tingkat atas. Bagi anak kapal yang bekerja di bawah, adalah sulit bagi dirinya untuk mendapatkan bekalan air, mahu tak mahu, terpaksa menunggu anak kapal dari tingkat atas untuk memberikan air. Mereka merasa seperti terpaksa menyusahkan orang dan sulit untuk mendapatkan air. Sampailah suatu masa, anak kapal di tingkat bawah ni terfikir untuk melubangi sahaja lantai bahtera tersebut supaya mudah mendapatkan bekalan air.
Andaikan bahtera itu adalah kehidupan kita. Kehidupan kita, seperti bahtera yg sedang berlayar di tengah lautan yang hebat bergelora. Terhoyong hayang tanpa arah. Jika tidak dipandu atau tidak dikendalikan oleh mereka yang mahir tentang ilmu alam, mereka yang tahu memandu bahtera, apalah akan terjadi kepada bahtera tersebut.
Mereka lah berada di tingkat atas bahtera. Dan kita hanya berada di tingkat bawah bahtera, yang tidak tahu dimana kita, kemana arah kita, pelayaran masih jauh lagi ke, masih lama lg ke pelayaran. Sampai suatu masa kita terfikir untuk menebuk lubang kapal kerana mahu kerja mudah.
Disini, anak kapal tingkat bawah fikir "Alah, aku sorg je yg tebuk..msti tak beri efek pn.." Rupa-rupanya bukan anak kapal itu berfikir sendirian. Bagaimana kalau sebenarnya keseluruhan anak kapal tingkat bawah sedang memikirkan hal yang sama. Dengan perbezaan tekanan, retak dan sebagainya, walaupun lubang yang kecil dan sedikit, tapi lama-lama mampu juga memecahkan keseluruhan bahtera sehingga karam.
Dimanakah silapnya? Apakah kekurangannya di sini? Apakah peranan setiap anak kapal tersebut?
Bagi anak kapal tingkat atas, mereka diletakkan di tingkat atas kerana dianggap sudah mahir mengendalikan kapal, melabuhkan kain, melepaskan sauh, tahu membaca kompas, menafsir alam dan sebagainya. mereka juga sudah berpengalaman luas dalam ilmu pelayaran.
Manakala anak kapal tingkat bawah, pengalaman nya terbatas. Hanya mendayung, itupun tidak pernah melihat luasnya lautan. Kerana kerja mereka adalah dibawah kapal sahaja. Namun, bukanlah remeh kerja tersebut. Jika tiada mereka, kapal tidak akan dapat bergerak juga.
Jadi, bagi setiap anak kapal harus memainkan peranannya masing-masing. Bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan agar pelayaran menjadi mudah, lancar, selamat, dan cepat tiba ke destinasinya.
Bagi anak kapal tingkat atas, haruslah mengelakkan hal tersebut dari terjadi. Mereka harus sedar dari awal perubahan sikap anak-anak kapal tersebut, kerana mereka dahulu mungkin pernah menghadapi masalah yang sama. Nasihat haruslah diberikan agar masalah tersebut tidak menyebar dan bertambah rumit.
Anak kapal tingkat bawah pun seharusnya saling memahami antara satu sama lain. Jangan membiarkan beban dipikul sendirian. Persepsi yang timbul dalam hati kita, jangan difikir hanya masalah kecil, kerana mungkin sahaja keseluruhan anak kapal mempunyai persepsi yang sama. Pentingnya syura disini supaya kerja tersebut dapat dpikul bersama dan menjadi mudah. persepsi yang buruk, jika tidak ditangani dengan segera, dapat mengkaramkan keseluruhan bahtera tersebut. Begitulah juga halnya bagi anak kapal tingkat atas. Seorang mengalah untuk menjalankan tugas, kerja akan menjadi kurang efisien, bertumpuk dan menambahkan beban kerana beban kita yang ada tidak membantu untuk meringankan pelayaran bahtera.
Wednesday, June 1, 2011
MENGUBAH TAK BERUBAH
Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (13:11)
Seringkali kita mendengar ayat ini dibacakan bagi meneguhkan hati kita agar perubahan bermula dengan diri kita sendiri. Tapi sejauhmana kita betul-betul menghayatinya sepertimana yang seharusnya. Tidak terlepas pada diri ini, walau diulang berbuih-buih ayat ini, namun masih juga kurang jelas. Bukan kerana apa, hati ini sentiasa digoda untuk tidak mahu faham.
Pernah suatu hari rumah kami diserang cikTi. Sungguh waangi dan harum. Kalau dibiarkan dan tidak dicuci dengan bersih-sebersihnya, cikTi akan mendouble malah mentriplekan bau yg sedia ada. Dengan keadaan housemate yg x mengizinkan untuk ikut cuci bersama kerana masing-masing sibuk, xkanlah mahu dibiarkan begitu sahaja.
Beratnya jasad ini mahu bangkit memulakan langkah. Tapi takkan bau itu akan hilang begitu sahaja. Mahu solat hajat sahaja? Xkan kemana bau tersebut. Minta alim ulama doakan agar dihilangkan oleh Allah bau tersebut? Mustahil perkara tersebut dapat terjadi jika bukan diri kita sendiri yang bangun dan ambil berus, sabun, getah paip, air dsb.
Begitulah juga keadaan kita. Allah memberikan kita akal berfikir dan memilih, jasad untuk kita berusaha. Dibantu dengan roh yang bertasbih mengadap dan meminta bantuan dari Allah.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Posts (Atom)