Saturday, April 3, 2010

HATI

HATI
mampu menggerakkan anggota
sehingga mampu menggerakkan tubuh
melakukan setiap perkara
semua bermula dgn hati
mahu buat sesuatu
diawali dengan niat dihati
menetapkan sesuatu tindakan
juga perlukan hati yang kuat

bila terasa lapar,
hati juga berbisik
bila terasa kenyang,
ia pun turut berbisik..

mahu belajar..
hati mendukung
mahu mandi,
hati mendukung
mahu tidur,
hati turut mendukung

tetapi apa akan jadi
jika hati dibiarkan mati??

mengungkap zaman silam
hati juga yang menggerakkan umat
dari seketul daging bewarna merah
ia berubah menjadi hati yang jernih
sehingga menjernihkan seluruh alam

namun dimanakah hati itu sekarang
apakah sudah terkubur bersama pejuang silam
atau dibiar mati didalam diri!

2 comments:

  1. salam kak hajar^^

    apa kabar??moga kak hajar sentiasa di bawah lindunganNya...

    bercakap tentang hati...cukup subjektif...
    namun yang pasti segalanya bermula dari seketul daging itu...
    hidup ia, hiduplah jasad yang bernyawa ini...
    namun andai mati ia, matilah jasad ini walau masih bernyawa dan ajal belum menjemput...

    teruskan berlari kak hajar, dalam membawa ummah kepada Tuhan Yang Esa...
    kami sentiasa di sisi kak hajar, i'Allah...
    dan yang paling pasti, Dia sentiasa ada dekat menanti tiap luahan kita padaNya...
    moga sentiasa bersemangat!!^^

    keep on writing coz i liked reading your written^^

    salam rindu - miss, jakarta...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wbt..
    syukran atas kunjungan mis..

    alhamdulillah akk kat cni sihat, tmbh lagi dapat smgt2 baru dr akhwat jakarta..insyaAllah smoga kita tetap ditsabatkan oleh Allah untuk berada dijalan ini, insyaAllah..

    semoga jga posting ni bkn sekadar posting je, tp melekat jga kat hati akk sndiri..=p

    insyaAllah jika diizinkan Allah, kita jmpa lg ye!.. salam syg dr akk n akhwat medan..

    ReplyDelete