Tuesday, April 20, 2010

BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN

Dalam tidak sedar..
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..

tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati
ruginya kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati
ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita
untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi
atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita
untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya
agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas,
satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai,
diamlah sejenak
lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar
selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu
pantaslah Allah perlakukan kita begitu..

ps:
terima kasih mama..
semoga solat kita selepas ini bersifat lebih mendekatkan diri kita kepada Allah
bukan sekadar solat kerana kewajipan lagi, tetapi kerana kita betul2 memerlukannya
makanan untuk roh kita, ruhiyah yang sering kita terlewatkan
solat sepertimana kita betul2 mahukan maghfirah, keampunan Allah
betul-betul kita mahukannya, bukan main-main lagi..

Friday, April 16, 2010

KAIN TEBAL, HITAM DAN BUSUK

dimanakah hati?
kemanakah hati?
sudahkah aku menutup hatiku?
subhanallah kembalikanlah hati ini
kembalikan ia bersama Mu

adakah cukup sampai disini perjuanganku selama ini
adakah ini kesudahannya
setelah cahaya yang Kau suluhkan
aku menutupinya dengan kain
kain yang menahanku dari menerima cahaya itu

Ya Allah
singkirkanlah kain ini
kain tebal, hitam dan busuk ini
layaknya aku menggantikan cahaya itu dengan kain ini??

kemanakah harus aku melarikan diri
dari kain yang tebal, hitam dan busuk
dulu cukupku menyimpannya
tetapi sedar-sedar aku kembali mengambilnya

Ya Allah
bagaimana aku mahu membuang
kain tebal, hitam dan busuk?
buangkan! campakkan!
campak jauh-jauh! sehingga tidak lagi kutemui
kain tebal, hitam dan busuk ini
walau beribu batu aku melangkah,
walau beribu batu aku berlari,
tidak mahu kutemui
kain tebal, hitam dan busuk itu!!

Saturday, April 3, 2010

HATI

HATI
mampu menggerakkan anggota
sehingga mampu menggerakkan tubuh
melakukan setiap perkara
semua bermula dgn hati
mahu buat sesuatu
diawali dengan niat dihati
menetapkan sesuatu tindakan
juga perlukan hati yang kuat

bila terasa lapar,
hati juga berbisik
bila terasa kenyang,
ia pun turut berbisik..

mahu belajar..
hati mendukung
mahu mandi,
hati mendukung
mahu tidur,
hati turut mendukung

tetapi apa akan jadi
jika hati dibiarkan mati??

mengungkap zaman silam
hati juga yang menggerakkan umat
dari seketul daging bewarna merah
ia berubah menjadi hati yang jernih
sehingga menjernihkan seluruh alam

namun dimanakah hati itu sekarang
apakah sudah terkubur bersama pejuang silam
atau dibiar mati didalam diri!