Tuesday, February 23, 2010

~INTENTION~


Waking up in the morning, gotta make my prayer
Am I really gonna' make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid (mosque), even when it's tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
Gonna' get me the knowledge, gonna study Islam
Am I going just to build my ego? so they call me “the Man”?
Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
When I know anytime He can take me, without one real du'a (prayer)
Does it matter if they say I'm a big shot?
when I get no reward for my deeds
And I'm dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please
Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely

Are my Intentions alright?
Am I doing it for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

Wearing thoubs with a kufi, kufi
Miswaks leather socks like the old days
Am I trying to follow the Prophet? or am I seeking praise?
Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an
Am I speaking so they like how I'm speaking? and they say I'm “the Bomb”
Donating to Islamic centers, giving money so the Deen can grow
Am I giving for the sake of Allah? or is it for show?
Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me
And I forget that without my niyyah, I'm just wasting my time
My intentions cannot bring the reward, when they're out of line
So I pray to Allah to help me, to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely

Yah Allah, accept this niyyah
Coming from young Muslims striving to be believers
So on the day, our deeds You'll measure. Know we only did this strictly for Your pleasure, Your pleasure
Your mercy, Your ajur (reward), Your Jannah (heaven), forever and ever and ever
And reward us for those who listen
Heeded to the message, changing their condition
And know that everything up until this point I've ever written
I submit as my repentance
And if its blessings You're sending my way
I beg You hold them to the judgement day
so maybe in Jannah you can look back and say...it was a lovely day, a lovely, a lovely day, yes a lovely day
Are my intentions, alright, am I doing for Allah
When I am looking deep deep down inside, do I have the right niyyah (intention)?

Are my Intentions alright?
Am I doing it for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

Tuesday, February 16, 2010

Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk

Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."


Dipetik dari : http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/pengajaran-kisah-kamal-atartuk.html

Sunday, February 14, 2010

PENAT BERDIRI

Diambil dan diolah dari buku (Bahtera Penyelamat)

Penat berdiri....

Rasa sudah kering?

Rasa mahu berubah kejalan hidup yang lebih mudah?

Rasa maaaahu melupakan Jalan Ini?

Lupakah kita pada kata Rasulullah?

"Siapa yang bimbang (dan) bergegas pulang, siapa yang bergegas pulang akan sampai ke kediamannya.
Sesungguhnya barangan Allah amat mahal. Barangan Allah ialah syurga"


Kenapa perlu bergegas pulang wahai saudaraKu... .?


Lepak dulu...

Jangan takut... saudara tidak akan menjadi miskin di jalan dakwah ini... HAHAHA

Tidakkah saudara rasa malu apabila dihina didalam Al-Quran

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang bersabar.(PADA HAL!!) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran) . Kini setelah terluang kesempatan di hadapan, kamu masih teragak-agak. "
(Surah Ali-'Imran: Ayat 142-143)

Sedarkah saudara bahawa anda telah dikalahkan oleh diri sendiri?


"Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan (risiko) kepapaan.... "
(Surah Al-Baqarah)

Adakah kita masih ragu2?

....Dapatkah anda mendengar pekikan dan jeritan (battle cry) Ikramah bin Abi Jahal bersama-sama 400 orang pejuang Islam didalam peperangan Yarmuk....

Ketika pertempuran semakin sengit Ikramah berkata:
"Aku telah berjuang dalam berbagai medan perang bersama Rasulullah dan aku tidak pernah berundur. Tetapi Apakah aku akan berundur hari ini!!!!"

Kemudian beliau berteriak dan berkata:
"Siapa yang mahu berbai'ah untuk berjuang sampai mati!!!!!"

Maka bapa saudara Haris bin Hisyam bersama-sama empat ratus orang pejuang Islam yang berjalan kaki dan berkuda ikut membai'ah beliau. Setelah itu mereka pun menyerang dan bertempur sehingga mereka tumpas.


Ini lah seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dan dibenarkan oleh perbuatan para sahabat

" (Jalan) Syurga dihampiri oleh kesulitan/kesusahan , manakala (jalan) Neraka dihampiri oleh (tarikan) nafsu syahwat"


lupakan kepenatan kita dan menjeritlah dengan hati kite

"Siapa yang mahu berbai'ah untuk berjuang sampai mati!!!!!"

*******************************************

ps:
ini merupakan salinan email yg dihantar oleh seorang teman..
semoga ia berjaya mengetuk hati kita
di saat2 kita goyah atau lesu, mungkin ini sebagai ubatnya..
kata2 nabi yg tidak pernah lupa kepada kita..
seruan para sahabat yg tidak pernah tahu erti mengalah
ini lagi kita, masih mahu bergoyang kaki lagikah?

Thursday, February 11, 2010

~TADABUR~

"Orang-orang yang kafir dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah, Allah menghapus segala amalan mereka.." Muhammad:1

ayat ini merupakan ayat pertama surah Muhammad..cuba sedikit kita tadaburi ayat tersebut..

seperti yang kita dapat baca di atas,
Allah akan menghapus segala amalan orang-orang kafir DAN orang-orang yang menghalangi DARI jalan Allah

jadi, tidak mustahi disini, orang-orang yang dimaksudkan oleh Allah adalah dari kalangan orang kafir DAN juga dari kalangan umat islam itu sendiri..benarkan?

disini diletakkan 'DAN' bukannya 'YANG';
maksudnya orang yang kafir DAN menghalangi jalan Allah,
tetapi bukan orang kafir YANG menghalangi jalan Allah..

ternyata memang ada dari kalangan umat islam sendiri yang menghalangi jalan Allah..
tidak perlu kita melihat jauh-jauh, di tanahair kita, di kuliah kita, juga dirumah sendiri, terkadang tidak lepas dari perkara ini..samada sedar atau tidak..

termasuklah diri sendiri sebenarnya, ketika kita cuba menarik teman dari melakukan sesuatu kebaikan, adakah itu tidak termasuk dalam kategori orang yang menghalangi jalan Allah??

jadi, sama-samalah kita menginterospeksi diri masing-masing, janganlah kita termasuk ke dalam golongan kedua tersebut..


~insyaAllah~

Tuesday, February 9, 2010

-WITHOUT YOU-


There is no life without you, I need you

You cleanse me, cure me from impurities

So clear & pure, driplets like music to my ears

Colorless, yet color is, what you bring to life on earth

There's no price for what you're worth

The way you move is so smooth

How you soothe with your natural sound, it's profound

You feed me, a necessity

You're next to breathing, your complexity

So simple, though only One knows

It's the way you flow, the way you trickle

Your perfect ice crystals

Without you my tears would dry, the world would cry

The earth would let out an awful sigh

My thirst you quench, my veins you moisten

Life can't live without you, but you're only a creation

There's someOne I need more, for you are just water

Your miraculous touch would not be much

Without your Creator


Thursday, February 4, 2010

~MANUSIA PLASTESIN~

pernah tak kita merasa hidup kita ni..kemana tujuannya?
setiap hari melangkah tugas yang sama..


seperti makhluk plastesin..
hanya menyerupai bentuk yg diciptakan
mudah dilenturkan, mudah dibentuk..
apabila lengkaplah sudah penciptaannya..lalu?

apa lagi?..bagi mengisi masa, makhluk plastesin ini pun
mula diberi upaya utk bergerak dan berfikir..
banyaklah yg cuba dilakukannya..

makhluk plastesin mula berfikir sesama mereka..
cuba memajukan diri mereka
cuba mencapai kejayaan yang gemilang..

demi hidup yang makhluk plastesin yakin hanya sebentar
semuanya harus dilakukan dan dirasai
sebelum peluang keemasan tersebut ditarik

segalanya diusahakan supaya puas
biar semua tahu mereka punya nama
mahu semua tahu kedudukan dan darjat mereka
mereka merebut kepuasan demi kepuasan

iyalah..hidup ini hanya sebentar

setelah puas menjalani,
tenaga dan upaya makhluk plastesin mulai berkurang..
kepenatan dan jemu melanda makhluk plastesin
organ demi organ mula letih melakukan kerja

terlantarlah makhluk plastesin
tiada lagi upayanya untuk bergerak

ketika makhluk plastesin melihat
semua urusan dirinya harus memerlukan bantuan
dari makhluk plastesin yang lain,
makhluk plastesin ini mula merasa dirinya tidak berguna

ketika dirinya juga sudah mengalah..
ketika upaya dan kekuatannya juga sudah mengalah..
kemana lagi tempat makhluk plastesin mahu berpaut

makhluk plastesin tahu kini dia akan berpisah dengan kepuasannya
dunia yang dia kejar, baru saat ini dia tahu tiada nilainya..
nama yang dia bina, baru saat ini dia tahu tiada yang menghargainya..
pangkat yang dia dambakan dulu, baru saat ini dia tahu tidak mampu melakukannya..
harta yang dia kumpul banyak2 dulu, baru saat ini dia tahu satu sen pun tidak membantu..
orang yg dia sayang dan puja, kini hanya mampu melihat dan menatap keperitan yang makhluk plastesin sedang hadapi..

apa lagi? siapa lagi? bagaimana lagi?

pernah tak kita dgr..
umat Muhammad hidupnya kurang lebih 65tahun

pernah tak, ketika membaca Quran..
apakah yang Allah mahukan dari penciptaan kita,
sehingga darjat kita dinaikkan Allah..
sehingga melaknat iblis, malaikat no.1 ketika itu..
menjadi sehina-hina makhluk..

melihat kembali kehidupan dunia kita..
yang diciptakan Allah penuh nikmat..
indah dan penuh kepuasan..

tapi kenapa hanya sebentar??
sedangkan diakhirat hidupnya kekal??
apakah semua ini tanpa tujuan?

terkadang kita tahu kenapa,
tapi masih sengaja bertindak seperti kanak-kanak yang polos..
pelik!

tidak cukup lagi alasan yang diberikan..
belum bersedia mengubah kepuasan yang dikejar dengan kepuasan yang tidak pasti,

ketika dipersoalkan oleh malaikat mengenai penciptaan kita,
pernahkah Allah menjawab ke malaikat,
"Aku belum bersedia menciptakan manusia, kerana mereka hanya akan bergaduh sesama mereka dan membuat kerusakan dimuka bumi"..??

tetapi Allah menjawab, "Aku lebih mengetahui"

ketika umat Musa tawaduk mengingati Allah, mengasingkan diri didalam gua, supaya setiap detik dapat mengingati Allah,
kenapa umat Muhamad yang lalai juga dikatakan yang terbaik??

dimana ketersediaan kita, selepas Allah mempertahankan penciptaan kita??
dimana ketersediaan kita selepas Allah menaikkan darjat kita dari umat lain??

dimana keinginan kita ketika Allah menanti dengan sabar dari hari ke sehari..
menunggu hambaNya ingat kepadaNya..
walau sesaat pun terkadang kita masih lagi lupa merinduiNya..
tetapi masih lagi diberiNya nikmat dan kejayaan untuk yang tidak merinduiNya itu!!

Allah beri masa..+/- 65 tahun..
kita tidak pernah mahu tahu kenapa kita diciptakan
oleh Pencipta kita..

adakah perangai ini yang akan kita bawa pulang??
ketika saat kita 'dipaksa' untuk pulang??