Tuesday, March 31, 2009

QURAN

**************************************************************************

Allah says in the Quran, "Let there rise from amongst you group(s) who invite others to the khair(Islam), command the good, and forbid the evil, and they are the ones who are successful." [3:104]

The Messenger (SAW) said:

"Some people will come on the Day of Judgement and their Imaan will be outstanding, it's light will shine from their chests and from their right hands. So it will be said to them, 'Glad tidings for you today, Assalaamu Alaykum and goodness for you, enter into it (Jannah) forever!' So the angels and the Prophets will be jealous of the love of Allah for them."

So the Sahabah asked, ' Who are they O Messenger of Allah?' He (saw) replied, "They are not from us and they are not from you. You are my companions but they are my beloved. They will come after you and will find the book (the Qura'an) made redundant by the people, and a Sunnah which has been killed by them. So they will grab hold of the book and the Sunnah and revive them.

So they will read them and teach them (the Qura'an and the Sunnah) to the people and they will experience in that path a punishment more severe and more ugly than what you (O Sahabah) have experienced.

Indeed, the Imaan of one of them is equivalent to the Imaan of forty of you. The Shaheed of one of them is equivalent to forty of your Shuhadaa'. Because you found a helper towards the truth (the Prophet [saw]) and they will find no helper towards the truth. So they will be surrounded by tyrant rulers in every place, and they will be in the surroundings of Bayt ul-Maqdis (al-Quds). The Nussrah (victorious material support) of Allah will come to them, and they will have the honour of it on their hands."

Then he (saw) said "O Allah give them the Nussrah and make them my close friends in Jannah."

[Musnad of Imam Ahmad - Chain No. 77, Hadith No. 17561]

*************************************************************************************************

SAMPAI BILA??

************************************************************************************

~sampai bila kami kena tunggu?

~sampai bila kami kena diam?

~sampai bila kami kena lihat je?

~bila masa kami kena cakap?

~eyy ish malulah!

~nanti ape diorg cakap ape pulak!

~pandai2 je nak tegur orang, tgk la diri sendiri dulu!

(dan macam2 lagi bila..bila..dan bila..)

Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran, setiap kali sesuatu yang tidak enak terlihat berlaku didepan mata..sampai bila harus bertindak dan sampai bila pula mahu ditunggu mengumpul kekuatan untuk saling mengingatkan?

Tidak kurang juga saya sendiri pernah melalui perkara-perkara seperti itu..apabila terimbas kembali zaman ketika saya dicampakkan untuk bersama-sama teman ketika dibangku sekolah mahupun di matrikulasi..indahnya ketika itu tiada siapa yang menyangkal pelbagai perkara hendak dicuba bersama..mula dari melepak, menonton wayang, dan banyak lagi hal-hal yang rasanya tidak perlulah dituliskan disini..memang tidak dinafikan zaman sekolah merupakan zaman 'honeymoon'..walaupun padat dengan PMR dan juga SPM..masih mempunyai masa untuk semua itu..ketika bersama-sama teman, kami cenderung mempunyai group-group sendiri.. disitu bermulalah kembara mencuba pelbagai benda-benda baru dan mulalah mendekati perkara-perkara yang dilarang..memang ramai teman-teman yang kecundang..dan saya juga hampir-hampir bersama mereka yang kecundang tetapi mujur ada yang sempat menyelamatkan (alhamdulillah!)..

Apabila difikirkan kembali, sehingga sekarang saya tidak berupaya menyelamatkan teman-teman yang kecundang, sehingga apabila ditanya-tanya bagaimanakah keadaan mereka, memang sudah jauh dari jalan yang lurus..(naudzubillah!) dan disitulah sentiasa terfikir-fikir, kenapa saya boleh selamat? bagaimana saya terlepas? dan tentunya kerana ada si penyelamat tadi yang menyelamatkan saya(dan tentunya semua itu tidak akan terjadi kalau bukan dengan kehendak Allah)..dan siapakah penyelamat tadi?..itulah seorang sahabat yang berani menegur saya..walaupun saya berada dalam group tadi, tetapi saya tidak mampu memainkan peranan untuk menegur mereka, sehingga mereka lalai..semua adalah gara-gara malu(konon)!..dan itulah yang terjadi jika kita tidak mampu menegur..dimanakah peranan kita yang mengaku teman?

Disinilah wujudnya peranan usrah/ halaqah..dimana kita dapat berkumpul bersama membincangkan mengenai islam..dan dimanakah lagi tempat yang boleh kita berkumpul dan bersama-sama berbincang mengenai Islam, menegur sahabat, memikirkan masalah-masalah sahabat-sahabat yang leka..disinilah bermulanya semangat untuk kita berani menegur..insyA apabila kita mampu berdiskusi dalam halaqah, insyA apabila kita berada diluar kelompok halaqah, kita mampu menegur mereka..ini kerana dalam halaqah, kita telah melatih diri kita dan juga telah dilatih untuk saling menegur, saling memikirkan, saling berbincang..dan inilah indahnya sunnah Nabi yang diajarkan pada kita..

Bagaimana lagi kita mahu mengumpul kekuatan dalam diri sekiranya kita tidak bersama mereka yang tsiqqah dalam islam? kononnya kita bersama teman-teman kita nanti boleh menegur, tapi bila?..dan yang paling parah apabila kita sendiri tewas bersama mereka..InsyA saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat supaya cubalah bertindak aktif ketika dalam halaqah, janganlah kita hanya duduk diam mendengarkan murabbi kita bercakap.. walaupun tidak masuk akal, tetapi disitulah kita mula melangkah, setapak demi setapak untuk berani bersuara..alhamdulillah saya pun sudah mencubanya dan Alhamdulillah (chewaH!).. walaupun tidak lantang bersuara, tetapi masih tetap dapat bersuara..

Jadi sahabat2..janganlah hanya duduk berdiam diri menunggu keyakinan diri itu datang!!..tetapi bergeraklah untuk mencari keyakinan diri..insyaAllah!

************************************************************************************

Thursday, March 26, 2009

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah aku panjatkan
Atas segala limpah kurniaMu padaku, Ya Hafidz

Di saat hati begitu kekosongan..
Kau isi hatiku dengan sesuatu yang begitu bernilai..
Sesuatu yang sukar dicapai oleh mereka yang ammah


Disaat aku begitu merindukan dakapan ayah ibuku..
Kau hadirkan aku personal-personal yang begitu penyayang,
Begitu mengambil berat,
Bukan terhadap diriku, tetapi terhadap jalan juang Mu
Amat ku kagumi kecekalan hati mereka,
Kekentalan hati mereka,
Begitu mereka menjaga jalanMu yang suci ini
Justeru itu yang membuat aku yakin akan kasih sayang Mu
Akan dakapan Mu yang Tulus dan Kekal
Terhadap para pejuang agamaMu
Terdetik dihati kecilku untuk menjadi serikandi Mu

Disaat aku terkenang
Saat saat riang bermain bersama adik-adik..
Begitu seronok tertawa ketika itu
Seakan-akan terdengar tawa riang mereka..
Kau hadirkan dalam hidupku kini, ‘adik-adik’ku yang baru,
Adik-adikku yang membuat aku begitu sayang..
Sayang untuk mendidik mereka..
Agar mereka menjadi hambaMu yang solehah
Agar suatu hari kelak mereka juga akan menjadi serikandi Mu


Disaat aku begitu ingin menghabiskan masaku
bersama sama sahabatku yang akrab..
meluahkan segala isi hati, mengadu dan mengeluh
atas segala kejadian yang rasanya ingin dikongsi bersama..
kau hadirkan ‘teman-teman’ baru untukku,
teman-teman yang apabila bersama mereka
segala isi hati mahupun keluhan dulu, tidak sempat untuk difikirkan lagi..
kerana begitu enak dibuai semangat-semangat perjuangan
berjuang bersama mereka di jalanMu yang Haq!
segala keluh dan kesah yang dulunya begitu menjerat
begitu menyarang disegenap ruang dada dan fikiran,
kini bagai hilang..hilang sama sekali
Kau gantikan dengan memikirkan ummah
Kau gantikan dengan kesibukan menyampaikan agama Mu
Kepada mereka yang kabur,
Kepada mereka yang hilang arah,
Maupun kepada mereka yang tidak tahu sama sekali..

ALHAMDULILLAH
Aku panjangkan syukurku ini
KepadaMu
Al Haq
Al hafidz
Al muhaimin
Al badi’
Al Nafi’
An Nur
Al Hadi


ADIK-ADIKKU SAYANG

***********************************************************************************

SEMOGA ALLAH MEMBALAS USAHA MURNI KALIAN..(*_*)


"mereka mempunyai permata-permata yang berharga untuk dijualkan, insyA dengan jualan tersebut Allah akan menggandakan permata mereka dan membalas dengan sesuatu yang lebih baik.."

INSYAALLAH!! =p

***********************************************************************************

Tuesday, March 10, 2009

Philosophy Life Skill

Philosophy Life Skill

1) Memanah

2) Menunggang kuda

3) Berenang

Sebenarnya inilah filosofi yang seharusnya ada pada diri setiap insan yang bergelar muslim..filosofi yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad SAW.. ingat x lagi? ketika zaman Khilafah, salah seorang tentera musuh mengintip masuk ke suatu perkampungan untuk melihat-lihat keadaan umat Islam ketika itu..ketika sedang berjalan2, musuh tersebut terjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis, kemudian apabila ditanya kenapa pemuda tersebut menangis, dijawab bahawa beliau kalah dalam memanah. Ketika sang musuh tadi dengar, dia pun pulang dan mengkhabarkan laporannya, bahawa Islam mengajarkan umatnya supaya berpegang teguh pada Quran dan Hadith sejak dari mereka kecil lagi. Pemuda yang beliau jumpa sedang menangis tadi menangis kerana kalah dalam memanah adalah kerana Nabi mengajarkan umatnya supaya anak-anak mesti diajar Memanah, Menunggang kuda, dan Berenang. Tambah sang musuh lagi, bahawa Islam tidak akan dapat dikalahkan selagi mana mereka memegang kuat pada Quran dan Hadith. Setelah puas puak2 musuh berdiskusi, mereka sepakat untuk menjauhkan Quran dan Hadith dari hati setiap penganut Islam. Ini kerana mereka tahu, komitmen setiap muslim kepada agamanya, dan paling mereka dapat lakukan adalah menjauhkan mereka dari Quran dan Hadith..


Maka berlangsunglah peranan mereka merosakkan pemikiran-pemikiran penganut Islam dengan pelbagai cara. Setelah beberapa tahun, musuh menghantar lagi pengintipnya untuk melihat bagaimana keadaan umat Islam sekarang, dan apabila sang musuh masuk ke salah sebuah kampong, dia bertemu dengan seorang pemuda yang sedang menangis, kemudian ditanya kenapa pemuda tersebut menangis, dijawabnya beliau menangis kerana kekasih hatinya pergi meninggalkannya. Dan apa lagi yang dilakukan oleh sang pengintip tadi?? dilaporkannya kepada ketuanya bahawa saat ini adalah masa yang tepat untuk menyerang Islam!! Dan apa jadi pada serangan yang dilakukan tersebut?? Islam berjaya dikalahkan seteruk-teruknya oleh musuh.. Islam yang sebelumnya menguasai 2 per 3 dunia!, kini telah jatuh merudum akibat hati mereka yang telah berjaya dijauhkan dari Quran dan Hadith tadi..sehingga ke hari ini..


Apa pengajarannya??

Saya mendapatkan ini ketika menghadiri suatu majlis atau seminar dari PKS di Medan..haha mulanya naqibah kami (beliau mmg org PKS) message, “ada daurah untuk semua mahasiswa di salah sebuah hotel…..” jadi kami pun bersemangatlah datang..kat hotel pulak tu, mesti best daurah ni..apabila kami sampai pagi tu, kami lihat banner “Pelatihan Tekad Bumi PKS”..hanya senyuman yang terukir..hehe kena tipu!..disebabkan sudah diajak naqibah, kami pun masuk, mendaftar, dan mencari tempat duduk.

Begitu ramai mahasiswa yang hadir..mereka semua kelihatan bersemangat..betul-betul bersemangat. Apabila acara bermula, pengerusi majlis berteriak “apa khabar semua!!” mereka pon menjawab “Alhamdulillah, selalu semangat, Allahu Akbar!”..huh! terpegun kejap..bersemangat sekali!..kami yang hadir pada ketika itu pon turut bersemangat..ketika diputarkan lagu Merah Saga, mereka berdiri bersama menyanyikan lagu tersebut yang ditujukan kepada saudara kita di Palestine..ditambah pula kehadiran seorang penyanyi rap islami, Ebith beat A (EBA) dari Bandung..lagi bertambah-tambah semangat..saya betul2 terpegun dengan EBA..beliau masih muda, 24 tahun, penyanyi rap asalnya, dan sekarang me’rap’kan nasyid..apabila beliau memberi ucapan, betul2 macam ustaz yang sedang rap..beliau mengingatkan kembali tujuan kami disana bukan hanya untuk mendapatkan materi untuk pemilu semata2, tapi melalui pemilu tersebutlah, dakwah di Indonesia akan dapat berkembang..dan banyak lagila yang die ingatkan..(saya terfikir, rasanya artis nasyid kat Malaysia mesti xdapat bagi ucapan sehebat EBA, tujuan die bernyanyi betul2 ikhlas untuk berdakwah, Subhanallah!!). saya sgt suke dengan lagu yang disampaikan EBA, Surat Cinta Dari Palestina..belum keluar lagi lagu die..


Apa kaitan dengan Phylosophy Life Skill tadi?

Berbalik pada philosophy kita tadi, merupakan hadith yang menyuruh supaya umat islam mesti mempunyai kemahiran memanah, menunggang kuda dan berenang.. Haaa?..zaman sekarang memanah?..belum sempat angkat busur, dah kena bom la nanti..zaman sekarang menunggang kuda?..biar betul!, mesti kalah kena lenyek dengan kereta kebal..(ahaha..tu sume ayat2 saya masa sekolah dulu2..) tambah dengan berenang..apa sebenarnya yang Nabi nak ajar kita ni??..soalan ni bermain2 dalam kepala saya sampailah pada hari tersebut di “Pelatihan Tekad Bumi PKS”

1) Kenapa memanah?

(saya akan jadi anak panah yang siap dilontarkan oleh siapa saja pemanahnya!! untuk menuju target saya!! go Hajar!)

Haa..Nabi suruh kita memanah bukan sebab zaman Nabi hanya ada panah je, tapi Nabi suruh kita supaya mempunyai sasaran hidup yang jelas..sejelas target yang akan kita panah ketika anak panah dan busur tersebut telah berada ditangan kita. Itulah yang Nabi nak kita supaya jelas target, visi misi dan tujuan hidup kita. Apa yang hendak kita capai dalam hidup ini?? Tentulah keredhaan Allah. Macamana nak dapat? Mestilah ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Macamana nak jelas dengan target hidup kita tu? Cuba buat senarai 100 target yang kita nak, besar2 atas kertas, tuliskan impian-impian kita tu, dan tampal kat dinding bilik, hari2 kita lihat target kita, disitu akan jelas kelihatan tujuan hidup kita. Dan 100 target tu tidak akan hanya terhenti disitu, setelah masa jauh berlalu, kita akan dapati, semua target2 kita telah tercapai, yang tinggal hanyalah coretan2 target…sebab apa? Sebab target kita semua telah tercapai!! ..cubalah! insyaAllah

“Impian yang tidak dituliskan akan lenyap menjadi mimpi!!”

2) Kenapa menunggang kuda?

(menunggang sambil memanah..lagi mantap!)

Walaupun zaman kita masih ada kuda, dan kebanyakan kuda zaman kita ni semua malas2..nak relax je tau..ajak jalan2 pusing taman pun merungut..(hihi..tu masa saya naik kat Taman Tasik Titiwangsa dulu2 =p )..kenapa menunggang kuda? Ibrah dari kuda tersebut adalah agar kita mampu mengendalikan hidup kita, dan bukan kita dikendalikan oleh hidup kita!..seperti mana kita menunggang kuda, kita mampu mengawal kuda untuk berlari, pusing, berjalan, duduk rehat, makan rumput dan sebagainya, seperti itulah kita kena kawal hidup kita..jangan takut mengendalikan kuda, bukan kuda yang mengawal kita..betul x?? makan untuk hidup ke hidup untuk makan? (Ayat adik saya..=p ).

“Jangan takut untuk menghadapi kehidupan!!”

3) Kenapa berenang?

(gajah pon leh berenang!,,nape aku xleh?!)

Masa zaman kanak2 dulu saya suka lumba2 berenang dengan adik2 kat sungai, tapi mesti saya yang kalah..sebab..ahaha..saya berenang tak pernah bergerak langsung..walau 1cm pon!!..sampai mama pon gelakkan saya..(HUUUU…!!!.. =..( ) haha..itu semua memori!..berbalik pada topik, kenapa berenang?? (saya mmg suke cite jauh2!..adik2 usrah pon kata camtu..nak wat cane, kalau x nnt korg ngantuk..hehe) Baik..kenapa Nabi suruh kita berenang, sedangkan pada zaman Baginda, xpernah peperangan berlangsung kat air laut!..hanya padang pasir je..jadi kenapa berenang? Haaa…sebab melalui berenang, kita akan terus bergerak ke depan..ada ke berenang bergerak pada arah berlawanan??..hmm..sepanjang penelitian saya didepan layar TV ketika Sukan Komanwel dulu, semua perenang berenang bergerak ke arah kepala, xda pulak saya nampak bergerak pada arah kaki..betul x?..ke saya yang x update perkembangan terbaru dunia renang??..ibrahnye, kita harus menguasai keterampilan hidup kita dan mampu bergerak..jika kita x menguasai skill untuk berenang, macamana nak bergerak?!..(saya lah tu!! Nasib baik terapung!)..dan kalau xpandai mengimbangi badan kita dalam air, macamana nak terapung?(Alhamdulillah, part tu saya lulus!..yea!!) begitu juga dalam hidup kita, adakah boleh kita bergerak melawan arus?..pon xboleh.. dan..bagaimana kita nak menyelamatkan diri kalau lemas tanpa skill berenang..jadi??!

“Kuasailah keterampilan hidup!”

Disana turut diajarkan cara2 Direct Marketing dan Direct Selling yang betul..bukan PKS ajar anak2 buah die menjual barang, tapi bagaimana untuk menyuruh pembeli mereka membeli..ape ni..xfaham..seperti yang kita tahu pemilu, akan berlangsung tak lama lagi, jadi, bagaimana cara untuk mengajak rakyat2 jelata supaya memilih PKS..jangan salah faham, PKS bergerak atas dasar dakwah, dan bukannya menggunakan dakwah sebagai method..untuk berdakwah, memerlukan kemenangan dan kuasa untuk merealisasikannya. Itulah juga yang diajarkan oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, as-syahid Imam Hassan Al Banna.. dan direct selling ini dilakukan oleh Nabi selepas menerima wahyu pertama, iaitu kepada Siti Khadijah dan Ali. Dan kami pula, insyaAllah akan lakukan pada sahabat2 dan adik2 kami disini.. Bagaimana untuk menarik mereka supaya betul2 mencintai dan memilih jalan Allah..insyaAllah doakan kami berjaya!!

Itulah sedikit, terlalu sedikit sebenarnya berbanding dengan apa yang telah kami dapat pada hari tersebut..walaupun kami pulang awal selepas makan tghari (oo..dapat makan terus cabut?..hehe..), terlalu banyak ilmu yang kami dapat walau pada masa yang singkat itu..kami berterima kasih kepada naqibah kami kerana sudi menjemput kami, nasib baik kami xpakai baju kurung, kalau x mesti peserta2 lain pandang pelik kenapa ada mahasiswa Malaysia kat seminar PKS ni..ahaha..kami pon nak belajar jugak!! Jadi bersemangat macam korang!!
INSYAALLAH!!

************************************************************************************

Saturday, March 7, 2009

EXAM..EXAM..!

"EXAM"..word yang paling2 gerun..tp kadang2 malas/mengantuk/penat mengatasi kegerunan..(hihi)..

semoga exam kalini memberi suatu cahaya baru, atau suatu ruang untuk saya terutamanya mendekatkan diri kepada Al-Haq, dan lebih mengikhlaskan hati dalam berjuang menuju kejayaan yang dikejar..insyaAllah!!

Rabbi yassir wa la tu'assir,

Fainna taisir kulli 'asir 'alaika yasir

Allahumma tammim bilkhair

Dosa Boleh Halang Cahaya Ilmu

(Sumber: Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty)

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

Tuesday, March 3, 2009

Pendakwah Berminat Dengan Manusia

sumber:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Good morning Mr. Adidas!” sapa budak itu.

Good morning Tony,” saya membalas dengan senyuman.

Are you going to work?” beliau bertanya lagi.

Indeed. And you, to school?” saya menjawab dan menambah ramah mulut dengan soalan untuknya.

Yes, I am,” balasnya.

Namanya Tony. Beliau berketurunan Vietnam. Baru berusia enam tahun dan tinggal di kawasan sekitar Westbound Grove. Setiap hari, saya akan berselisih dengannya kerana kami menaiki bas yang sama. Saya bertolak dengan double decker merah nombor 7 dari Ladbroke Grove menuju Edgware Road. Beliau pula bersama emaknya akan menaiki bas yang sama di Westbound Grove.

eastacton

Apa yang sering mengingatkan saya kepada Tony ialah, beliau merupakan satu-satunya ‘penduduk tempatan’ yang sempat saya kenali selama lebih setahun bermastautin di Kotaraya London. Anak kecil itulah yang tanpa segan silu menegur saya, dan emaknya yang di sisi hanya senyum melihat perbualan harian saya dengannya.

Saya di Kota London, hanyalah seorang pencuci pinggan.

Sesekali berkhutbah Jumaat di Masjid Malaysia Hall di Bryanstone Square.

Saya tidak berupaya untuk berhubung dengan sesiapa dari kalangan penduduk tempatan kerana komuniti kota London amat rencam dengan 1001 bangsa dan kaum yang menghuninya. Malah, sebahagian komuniti bukan Inggeris memilih untuk hidup secara berkelompok dan jangan terkejut jika ada orang Bangladesh yang sudah 20 tahun menghuni East London, tetapi tidak berbahasa Inggeris.

East End itu ialah mini Bangladesh!

BERBEZA DI IRELAND

Tetapi pengalaman saya berbeza selepas berpindah ke Ireland Utara.

Masyarakat Irish di sana lebih menghargai pengalaman berinteraksi dengan orang asing. Keramahan semulajadi mereka memberikan ruang yang lebih untuk orang asing seperti saya berinteraksi.

p1010023

Good morning, son!” sapa seorang makcik tua di perhentian bas.

Teguran-teguran ramah mesra seperti ini adalah perkara biasa di Ireland. Malah ada kalanya saya merasakan seolah-olah orang Irish ini banyak berkongsi sifatnya dengan orang Melayu. Selain kerap terlewat ala-ala ‘janji Melayu’, kaum perempuan juga ada tabiat bersembang di pagar-pagar rumah, bergosip tentang kisah terkini di dalam drama Coronation Street atau Eastenders.

FRANK MCCOURT

mccourt

Mungkin inilah sebab mengapa saya jatuh hati dengan karya-karya Frank McCourt.

Beliau bukanlah seorang ahli sastera atau tokoh budaya. Namun novel-novelnya amat melumatkan hati saya membacanya. Ketawanya membuat saya ketawa, sedihnya membuatkan saya berduka. Amat beremosi. Saya menyukai karya Frank McCourt kerana ia mengingatkan saya tentang Ireland.

Mengubat rindu saya dengan selembar perjalanan hidup selama bermastautin di sana.

Mungkin tidak ramai dari kalangan pembaca yang mengenali Frank McCourt, jauh sekali untuk meminatinya. Malah tujuan saya melakarkan catatan ini bukanlah untuk mengajak pembaca menanam minat kepada Frank McCourt dan buku-buku karangannya. Namun saya memilih untuk meluahkan isi hati saya tentang buku beliau, TEACHER MAN, lantaran kerinduan saya kepada Ireland!

angelas_ashes

Saya mengenali Frank McCourt melalui novel pertama beliau ANGELA’S ASHES iaitu semasa saya tinggal di Belfast. Tidak lama selepas buku pertamanya diterbitkan, novel tersebut telah difilemkan dan ia menjadi filem yang popular. Semenjak membaca novel pertamanya, saya jatuh hati dengan karangan-karangan Frank McCourt.

Sejurus sebelum saya pulang ke Malaysia pada tahun 2004, Frank McCourt menghasilkan pula bukunya yang kedua, iaitu ‘TIS: A MEMOIR. Dan selepas itu, saya berpeluang untuk menyambung kembara saya bersama Frank McCourt melalui novelnya yang ketiga, Teacher Man.

Apakah yang menarik tentang novel-novel McCourt?

itw

Saya mula menghargai budaya Irish, semasa saya belajar mengulas filem Into The West , iaitu suatu filem Irish yang menceritakan tentang kembara dua kanak-kanak mencari ‘roh’ ibu mereka. Ia adalah cerita yang boleh membantu kita mendalami watak dan cara hidup golongan Travellers, iaitu ‘badwi Irish’ yang hidupnya berpindah randah, dan sering dikaitkan dengan jenayah serta dipandang rendah oleh penduduk ‘tetap’. Filem ini menjadi silibus di dalam kelas persediaan saya semasa mengambil ujian IELTS di The Queen’s University of Belfast.

Berbalik kepada novel-novel Frank McCourt, daya tarikan utama karyanya mungkin terletak kepada kejujuran beliau dan sifatnya yang bersahaja di dalam penceritaan itu. Asalnya Frank McCourt yang kini telah bersara daripada profesyen perguruan Bahasa Inggerisnya di New York, menulis novel Angela’s Ashes hanya dengan tujuan untuk mengabadikan penderitaan hidupnya sebagai kanak-kanak Katholik di Ireland, untuk dibaca dan dikenang oleh anak cucunya. Tanpa dijangka, novel itu ‘meletup’ terutamanya selepas ia difilemkan dengan sebaris pelakon handalan seperti Alan Parker dan Emily Watson.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Adik-beradiknya mati kerana kekurangan makanan, ayahnya penyayang tetapi kaki arak, ibu pula gigih membesarkan anak-anak dengan seribu penderitaan, diabadikan di dalam gaya bahasa bersahaja yang boleh menjadikan saya tersangkut dua tiga hari dengan novel itu, semata-mata untuk mengetahui kesudahan cerita.

Paling menyedihkan, semasa Frank McCourt melihat kelibat ayahnya yang pergi meninggalkan kampung halaman untuk ke England, mencari kerja untuk mengubah keadaan diri dan keluarga. McCourt sedih kerana dia mahu menjerit “I love you, dad” kepada ayahnya, tetapi takut ditertawakan oleh jiran. Masyarakat Ireland di masa itu mungkin banyak persamaan dengan satu sifat masyarakat Melayu yang malu untuk menunjukkan perasaan, menyatakan kasih dan sayang. Malah kekadang bapa menunjukkan kasihnya dengan menyiku kepala anak-anak sehingga benjol.

tis

Novel ‘Tis pula menceritakan tentang perjalanan McCourt ke Amerika untuk belajar. Dengan seribu kemiskinan tetapi berbekalkan azam yang tinggi, Frankie berjaya menempatkan dirinya di Universiti walaupun tidak bersekolah. Di situlah akhirnya McCourt berjaya menjadi guru di sekolah menengah di New York. Sukarnya untuk dia mengajar pelajar di sekolah itu, kerana dia sendiri tidak pernah bersekolah. Selepas berjaya mengumpulkan duit, beliau pulang ke Ireland untuk mencari adik beradik dan ahli keluarganya. Di situlah pada saya, novel Angela’s Ashes berakhir, iaitu selepas ibunya meninggal dunia dan sisa-sisa deritanya membesarkan anak-anak, hanyut bersama debu mayat ibu Frankie, Angela.

mccourt-teacher_man

Novel ketiga Frank McCourt, Teacher Man, telah saya selesaikan kembaranya.

Ia adalah coretan pengalaman beliau mengajar dan sememangnya penuh dengan kelucuan bersulam kesedihan. Hari pertamanya di sekolah, beliau gagal menarik perhatian anak-anak murid, dan terpaku melihat mereka bergaduh di dalam kelas. Apabila seorang pelajar mencampakkan sandwich ke lantai, Frank McCourt secara spontan mengutipnya di lantai dan memakan sandwich tersebut. Tergamam sungguh semua pelajarnya.

Frank McCourt dimarahi oleh Pengetua kerana makan di dalam kelas, tetapi dia sendiri tidak pasti mengapa dia secara spontan menjamah sandwich tersebut. Mungkin kerana hidupnya yang lapar semenjak lahir, hari itu dia tersentuh melihat sandwich terbuang ke lantai, oleh anak-anak Amerika yang hidupnya serba cukup tetapi masih kurang ajar kepada ibu bapa. Semenjak itu, Frank McCourt menjadi guru favourite di sekolah tersebut.

Di celah-celah tulisan Frank McCourt, memang ada bahasa yang kesat, ada kelakuan yang buruk. Jauh sekalilah jika mahu dibandingkan dengan Ayat-ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih.

Namun sebagai Muslim, saya membacanya dengan tapisan nilai diri sebagai Muslim. Saya membacanya bukanlah kerana saya mahu membudayakan diri atau pembaca dengan budaya negatif itu. Tetapi saya membacanya semata-mata kerana satu sebab.

Saya berminat dengan manusia.

BERMINAT DENGAN MANUSIA

Saya suka menelaah kelakuan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia.

Berminat dengan manusia, adalah pra syarat seorang pendakwah.

Pendakwah perlu sedar bahawa tugasnya adalah untuk menterjemahkan kehendak titah Pencipta manusia untuk ditempa ke atas manusia ciptaan Dia. Pendakwah harus kenal Allah dan kenal manusia. Mesejnya mesti Rabbani, pendekatannya mesti manusiawi.

Apabila pendakwah tidak menjaga kemanusiaan manusia, dia telah melanggar sehimpun sunnatullah aturan-Nya.

Justeru untuk menyampaikan dakwah yang manusiawi, pendakwah mestilah berminat dengan manusia…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

jojar: hmm..saya mmg suke tgk org..sampai mata xleh kelip, punye nak tgk gelagat org..
tp still susah nak menyelami mereka...

mungkin saya kna byk2 zikir pelembut hati..

Ya Latif..Ya Latif..Ya Latif..Yang Maha Lembut
Ya Halim..Ya Halim..Ya Halim..Yang Maha Penyantun