Thursday, January 29, 2009

Nikmat yang perlu dikongsikan..

http://musablog.com/

Salam.

Saya tengah mencari-cari apakah gambar yang sesuai dengan artikel yang bakal saya tulis ini. Mungkin apabila habis penulisan saya ini baru saya akan simpulkan dengan satu gambar yang dapat menerangkan kesimpulan untuk artikel kali ini.

Oh, satu persoalan yang ingin saya tanyakan kepada pembaca-pembaca yang budiman. Apakah perasaan sekiranya anda diberikan hadiah berjumlah 10 billion ringgit daripada seorang yang anda tidak kenali atau mungkin anda kenali tetapi tidak memahami beliau. dan kemudian beliau menyuruh anda memberitahu kepada rakan-rakan yang ada disekililing anda tentang hadiah yang anda terima dan menyuruh mengajak rakan-rakan anda untuk menerima hadiah yang sama dari beliau!.

Mungkin ada yang mengatakan “aku tidak mahu beritahu siapa2, kerana kalau aku beritahu, mereka akan dapat nilai yang sama. Aku tidak ada lagi istimewa berbanding rakan2 ku.” Atau mungkin yang akan mengatakan “Ah, aku tidak mahu beritahu siapa-siapa, aku tidak mahu berkongsi apa yang aku dapat dengan mereka”.

Kemudian Individu itu memberi anda cadangan, “kalau begitu, saya memberikan kamu hadiah yang sama nilainya dengan hadiah yang akan saya berikan kepada rakan2 kamu sekiranya kamu mengajar mereka untuk berjumpa saya?”. Wah, alangkah terkejutkan nya kita. Kita merasakan seperti MLM la pula apabila beliau mempromosikan cadangan beliau kepada kita bukan?

Ia, Individu itu yang cuba dimaksudkan ialah seperti Allah yang sentiasa memberi ganjaran dan nikmat yang tidak pekerti dan sebenarnya nikmat yang paling indah merupakan apabila kita dapat menjadik seorang ISLAM dan apabila kita berada dalam keadaan berIMAN. Alhamdulillah untuk kita yang ada kenikmatan itu, tetapi bagaimana kepada mereka yang tidak ada nikmat yang terbesar itu, nikmat yang apabila kita dapat, InsyaAllah sekiranya berkekalan ke akhirnya, kita akan dimasukkan ke dalam syurga selagi kita tidak melanggar syarat2 yang ditetapkan (dosa pahala).

Adakah nikmat ini akan berkurang sekiranya kita menyampaikan kepada orang lain,? tidak bukan? Kita akan mendapat gandaan yang banyak sekiranya kita mengajak mereka yg tidak berIMAN dan tidak kembali kepada ISLAM untuk kembali kepada penciptanya semula. Tidak begitu?

alangkah ruginya kita sekiranya kita tidak mematuhi apa yang tuhan kita suruh untuk menyampaikan ISLAM ini kepada semua kerana Allah telah memberikan terlalu banyak nikmat dan apa yang kita perlu lakukan hanya menjadi hamba nya yang patuh dengan peraturanNYa dan menyampaikan kenikmatan yang kita dapat kepada orang lain. Ianya tidak terlalu susah untuk mengajarkan mereka bukan? Kita sudah belajar dari kecil tentang Islam ini tapi kenapa kita susah untuk menyampaikan.

Allah tidak pernah melantik ustaz2 dan orang2 yang tertentu untuk menjalankan tanggungjawab menyebarkan agama tetapi semua orang perlu dan ada tanggungjawab menyampaikan Islam ini.

Tetapi bagaimana? Kalau kita hendak menyampaikan nikmat ini apa yang perlu adalah kita meyakini dan merasai kenikmatan ini daripadaNya. kemudian apabila kita sudah merasai kita perlu bersyukur dengan ibadah-ibadah yang dilakukan dan kemudian menyampaikan kepada semua tentang bagaimana kenikmatan itu dan bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat itu.

Cuba kita tanya kepada dunia ini ,Adakah kita pernah menjumpai seorang yang budiman yang sanggup memberikan kita wang yang banyak dan kemudian meyuruh kita membuat kerja yang kita perlu lakukan dan menambah wang sekiranya kita berjaya dan kalau kita gagal pon kita akan diberikan wang yang sama!. Tidak pernah bukan?

Maka kerana itu , Allah yang maha berkuasa yang memegang dunia ini dan mengamanah kan kita menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya tanggungjwab itu untuk kepentingan kita sendiri. So marilah kita sama-sama menyampaikan kenikmatan kepada semua manusia.

Wassalam

No comments:

Post a Comment