Tuesday, November 30, 2010

KITA BERKUMPUL KERANA APA?

Bermula sejak di zaman Rasulullah lagi, apabila umat Islam berkumpul dan bersatu mereka akan menjadi kuat. Tetapi kalau masing-masing hanya membawa diri masing-masing, umpama sebatang lidi yang rapuh, mudah dipatah-patahkan. Mudah juga dilempar sani-sini. Itulah kekuatan umat Islam. Kita akan menjadi kuat jika bersatu, tetapi mudah sekali rapuh jika hanya bersendirian.

Namun, seperti yang diajarkan Nabi, kita berkumpul bukan untuk berbual kosong, bukan sekadar bertanya khabar, bukan sekadar memenuhi masa-masa free, bukan juga sekadar memenuhi tuntutan kewajiban. Tetapi sungguh, jauh lebih besar dari itu semua. Kita berkumpul, selalu kita panggil liqa, usrah, halaqah..apa-apa pun, itu semua tujuannya untuk mengumpulkan kita. Tapi apakah hanya itu yang kita mahukan sedangkan jauh lebih besar dihadapan kita yang telah disusun untuk kita.

Bilal bin Rabah, sanggup menyelinap keluar ditengah malam dari jagaan tuannya, Umaiyah, untuk berkumpul bersama muslim yang lain. Apakah rahsia disebalik berkumpulnya Bilal sehinggakan, beliau menjadi ahli syurga yang suci hatinya, merdu suaranya melaungkan takbir mengajak kepada Islam, tinggi jihadnya terhadap Islam. Begitu juga Umar al Khatab ketika menyerang adiknya Fatimah al Khatab yang sedang berkumpul membacakan alQuran. Ada apa sebenarnya dengan usrah ni?

Ada yang menganggap usrah cukup sebagai suatu tuntutan kewajipan. "Sebab sy pernah terdengar kita kena join usrah, jd saya pn joinlah!".."sebab ustazah saya cakap, usrah tu wajib,,".."sebab sy rasa kalau saya xpergi usrah, saya rasa bersalah"..macam2 lagi jawapan yg menarik.

Tapi sebenarnya jauh dari itu. Terbentuknya para da'i yang mantap yang dihantar oleh Nabi ke Habsyah, Madinah dll sehingga berjaya menyebarkan risalah ini adalah kerana pembentukan yang dibentuk selama berada di dalam usrah. Mereka berjaya menjadi 'cream of the cream'..betapa hebatnya da'i yang dibentuk oleh Nabi sehingga mereka mahu menyebarkan risalah ini dan mahu memastikan seluruh umat didunia ini mendapatkan Islam. 

Itulah yang kita harapkan dari berkumpulnya kita. Bukan sekadar suka-suki jumpa member-member usrah, bukan sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, tetapi sungguh besar peranan da'i kita daam membentuk kita sepanjang usrah dijalankan. 

Bahkan melihat wajah sang murabbi pun cukup memberi jawapan kepada segala permasalahan. Segala beban dunia menjadi ringan melihat wajah murabbi kita. Itulah nikmatnya usrah kita. Kita berusrah untuk membentuk pemahaman kita terhadap Islam, untuk kembalikan kepada Islam, bersama membincangkan masalah umat Islam, bersama membincangkan sesuatu yang tak pernah kita bicarakan dengan orang lain di waktu-waktu biasa kita, di luar waktu usrah kita. Ilmu yang kita dapat dari pelbagai sumber, kita cuba uraikan agar dapat membentuk diri dan orang lain supaya menjadi seorang muslim yang beriman dan bertaQwa. 

Pentingnya peranan murabbi kita dalam membentuk diri kita ketika dalam usrah. Jadi, bukanlah murabbi kita saja-saja nak menyusahkan kita dengan usrah, atau saja-saja nak bagi homework atau denda. Tapi semua tu adalah untuk membentuk diri kita menjadi individu Muslim yang sebenar-benar muslim. Selangkah kita  membuka hati kita untuk memperbaiki diri kita, Allah akan mempermudahkan langkah yang seterusnya.

Jadi, bukalah hati kita, agar murabbi kita dapat membantu kita. Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang pada diri mereka (13:11)


Pernah seorang murabbi berkongsi, katanya, usrah is like rice, not just a cheese cake, sedap dan enak, tetapi jarang sekali kita perlukannya, tetapi nasi sudah menjadi makanan ruji kita, sehari tidak makan nasi rasanya x feel. Ada yang kekurangan tanpanya. Itulah usrah. 

Tapi rasanya lebih dari itu, kalau kita umpamakan usrah ni seperti oksigen, macamana?? ^_^

Sunday, November 21, 2010

-ABSTRAK-

"fikiran kau abstrak lah!"
Kata-kata seorang teman memang sentiasa berlegar-legar. kalau difikir-fikirkan, dulu tak pernah pulak orang cakap macam tu. siap ada yang kata diri ni dinding lah, batu lah, dll..
hmm..fikir fikir fikir dan fikir, betulke?
Wallahua'lam..

Kalam Allah begitu indah, bahasanya betul-betul menyentuh hati..kalau tidak, macamanalah berjaya menarik hati penduduk Mekah yang pada Zaman Rasulullah, asyik berpuisi..inilah mukjizat Rasulullah, alQuran yang indah bahasanya, diturunkan dikalangan penduduk bumi yang pada ketika itu sibuk berpuisi. barulah kena gayanya..

Setiap hari selepas solat, kita sibuk membuka alQuran, baca..dan tadabur. semakin tadabur, semakin asyik kita teruskan..helaian demi helaian kita habiskan..seolah-olah ayat itu berbicara kepada kita..

Batu yang kukuh pasti berlekuk jika tetesan air terus jatuh menimpanya. begitulah hati kita terbentuk. hati yang keras, lama-lama akan menjadi lembut, tetapi hanya dengan ayat-ayat alQuran. kerana hati kita, dan diri kita diciptakan oleh Dia yang menurunkan alQuran, dan ianya adalah untuk kita. sebagai panduan hidup kita. kita beli kipas angin, pasti diselitkan buku panduan dari factory tersebut. samalah macam kita. alQuran diturunkan agar kita tak lost dalam memandu diri ini.

Mungkin inilah acuan Allah. jika Saidina Umar yang keras hatinya, pedangnya tak pernah kenyang dengan darah, tetapi ketika beliau memeluk Islam, lidah dan hatinya hanyalah untuk kebenaran, kaum Quraisy gerun dengannya, malahan syaitan-syaitan juga takut melihat kelibatnya. itulah acuan Allah

Kalau diri kita dulunya tidak seperti sekarang, malah lebih baik dari dulu, itulah acuan Allah. hidup ini diisi dengan ujian. tapi tak pernah ujian tersebut menggagalkan kita, malah kita semakin bangun dan bangun dan sedar dengan kesilapan yang dulu.

jadi kalau ada yang kata kita abstrak, apa jawapan dia..? ^_^

Tuesday, November 16, 2010

-WAHAI JIWAKU-

Wahai jiwa ku, sesungguhnya kamu telah berjanji kepada Rabb mu setiap hari 
disaat kamu berdiri membaca..
iyya ka na'budu wa iyya ka nasta'in
Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan (1:5)


Wahai jiwaku, bukankah dalam munajat ini engkau telah berikrar tidak akan berhamba selain kepada Allah,
tidak akan meminta pertolongan selain kepada Nya
tidakkah engkau telah berikrar untuk tetap komitmen kepada shiratul mustaQim 
yang terbebas dari kerumitan dan liku-liku perjalanan
tidakkah engkau telah berikrar untuk berpaling dari jalan orang-orang sesat dan dimurkai Allah?


Kalau memang demikian, hati-hatilah wahai jiwaku
janganlah engkau langgar janjimu setelah Dia engkau jadikan sebagai pengawasmu
Janganlah engkau mundur dari jalan yang telah ditetapkankan oleh Islam setelah engkau jadikan Allah sebagai saksimu
hati-hatilah jangan sampai engkau mengikuti jalan orang-orang yang sesat dan menyesatkan setelah engkau jadikan Allah sebagai penunjuk jalan


Hati-hati wahai jiwaku,
jangan engkau ingkar setelah beriman,
jangan tersesat setelah engkau mendapat petunjuk,
janganlah engkau menjadi fasik setelah beriltizam,
Barangsiapa melanggar maka akibatnya akan menimpa dirinya,
barangsiapa tersesat maka kesesatannya itu akan menimpanya

Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain. Dan Kami (Allah) tidak akan menurunkan azab kecuali setelah mengutus seorang utusan (Rasul) (17:15)


Karya Dr Abdullah Nashih Ulwan